15 August 2016

Bear shape curtain holder from Daiso

Assalamualaikum...

Hunting langsir untuk bilik tidur anak dah lama sebenarnya... untuk sementara waktu ni, gantung sahaja langsir lama dari rumah sewa pertama dulu lagi.. warna coklat gelap..

Yang sangat tak best, langsir ini telus cahaya. waktu malam jika diturunkan langsir pun tetap telus pemandangan sehingga ke dalam jika lampu di pasang.

Sampai harini pun belum jumpa lagi langsir untuk bilik anak-anak yang berkenan dihati. Dengan corak dan warna yang comel-comel dengan harga yang comel juge.. belum pun! 

Tapi..tapi.. mende alah ni pulak yang saya jumpa. Hihi.. comel sungguh! Dah berpuluh-puluh kali pergi Daiso belum pernah lagi terjumpa benda ni.. walaupun awal-awal dulu memang pernah mencari curtain holder untuk langsir sliding ruang tamu dan curtain holder untuk langsir master bed room. Tapi tak terjumpa lak yang ini. 😅


Alang-alang jumpa dan terus berkenan.. ambil la dua, untuk pegang langsir bilik anak-anak. Matching je untuk warna langsir sekarang.

Sebelum ni, langsir anak-anak ikat dengan pengikat rambut je..(memang beli khas untuk ikat langsir dorang..)

Comel sangat di mata mama.. biarpun anak-anak bukan lah kisah pun..😂😂






4 comments:

  1. alolololoooo...comey bangat ni!! bole carik jugak nanti..tapi kena tunggu bilik anak siap dulu. masih terbengkalai sampai skg. sob..sob..sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow2 buat.. siap nanti bilik anak-anak boleh la carik kat Daiso.. ada 2-3 jenis corak kain yang comel-comel..

      Delete
  2. Sama la...masih tercarik2 langsir kat bilik anak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaja saya dah jumpa langsir yang berkenan di hati dengan harga yang budget sekali..

      Jenama Kaison..hihi..
      Nanti ada masa saya up entry.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015