08 August 2016

Tawaran penempatan anak-anak ke tahun 1 sesi persekolahan 2017

Assalamualaikum..

Aritu dah register persekolahan abang Eusoff: Selesai daftar persekolahan abang tahun 1, 2017

Hari ini dah selesai membuat pengesahan penempatan secara dalam talian.. dan Alhamdulillah abang Eusoff telah mendapat penempatan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2017, seperti yang dipohon.


Ibu dan ayah yang ada anak-anak bakal ke tahun 1, 2017 boleh berbuat demikian sekarang.
Hendaklah membuat pengesahan penempatan di sekolah yang telah diluluskan mulai 16/07/2016 hingga 30/09/2016 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak-anak ibu dan ayah semua.

Sudah membuat pengesahan... print je terus surat tawaran penempatan tersebut. Tak yah tunggu sekolah pos surat ke rumah dah..

Jika tidak bersetuju dengan penawaran penempatan, masih boleh membuat rayuan untuk penukaran sekolah, juga secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah 30/09/2016.

Berkongsi-kongsi info untuk manfaat bersama..

Hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi abang Eusoff di CIC. Tahun depan bermula fasa baru dalam hidup abang. Bersekolah di sekolah yang "besar" berbanding sebelum.

Sampai harini pun, kalau bercakap pasal "sekolah" abang tahun depan, sepertinya dia masih tidak bersedia untuk bertukar sekolah..

"Saya nak sekolah CIC, jeee.. bukan sekolah lain!"

:).... jangan la ada adengan nangis menangis lagi untuk tahun depan nii.....
Abang kan dah big boy...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015