07 May 2015

Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka & it’s a picnic time!

Assalamualaikum

Bercuti panjang memang sangat awesome! 

01 May 2015 – Hari pekerja
02 May 2015 - Saturday 
03 May 2015 – Hari Wesak
04 May 2015 – Cuti Ganti untuk Hari Wesak

Maka dengan itu, kami, warga Selangor Darul Ehsan dan seangkatan dengannya mendapat 4 hari cuti.. yippiiii!! 

Jadi ke Melaka, Bandaraya Bersejarah lah kami 4 beranak.

Rehatkan minda, rehatkan fikiran dari beban kerja, keluar sikit dari ruang lingkup kehidupan harian biasa-biasa.. Biarpun dengan anak-anak kecil, fizikal takde lah boleh rehat mana, tapi Alhamdulillah tetap terasa segarnya jiwa.. Manfaatkan masa berkualiti bersama anak-anak dan suami.. itu yang sangat-sangat bermakna.

Alhamdulillah, perancangan percutian singkat menjadi juga.. sambil menyelam sambil-sambil meneguk air orang kata, so kami bercuti sambil menghadiri undangan ke majlis perkahwinan.

FUGA VILLAGE



Percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village, Pengkalan Balak, Melaka. Booking last minit memang sangat haru sebab semua chalet/homestay kat Pengkalan Balak fully booked! Gigih gak lah mencari hingga jumpa juga Fuga Village kat Booking.Com. Tu pun hanya ada 3 bilik aje yang kosong. Cepat-cepat confirm booking sebab takut melepasss.. Lepas tu baru mencari-cari review dari pengunjung yang pernah duduk kat situ.. ye lah nak tahu la kan best ke idak..
Tak banyak review lagi pun, ada terjumpa 2 – 3 review positif pasal tempat ni… Tengok dari gambar-gambar macam menarik, tertarik kau memang debomb! Cantik…ekslusif..
Rupa-rupanya Fuga Village adalah satu chalet baru beroperasi January 2015. Baru beberapa bulan.. oooo… tempat masih baru, mesti la best kan.. Accommodations confirm masih baru!

Nak tahu detail; boleh chek sini:

Untuk kami 4 beranak, One-Bedroom Chalet pun dah cukup, pool view lagi... Ada aircond, kipas, katil queen size, rak baju, peti sejuk kecil, kettle, bilik mandi terbuka.. (owh..ini sangat rare bagi kami) wifi, free parking.






Tapi untuk pakej ini, tv takde.. boring sikit lah.. Saya tak sure untuk sementara waktu ini je takde, atau akan datang nanti ade atau macam mana. Tak tertanya la pulak. Tapi untuk The Villa confirm ada TV.


Review sikit:


Tempat ni sangat best, bagi yang nak berhoneymoon boleh manfaatkan masa berdua di dalam chalet yang sangat cantik! View di luar chalet ini pun sangat cantik, bersih mata memandang. In house pool tak besar sangat, tapi ok la kalau nak berendam 4-5 orang dewasa.. Kalau ramai-ramai mungkin tak sesuai kot. Kolam kanak-kanak adalah takde..

Kawasan yang sangat privacy, pagar buluh yang tinggi disekeliling chalet ini, sangat terlindungan dari pandang orang luar. Memang tak nampak! Nak intai pun tak nampak. Keluar masuk dari chalet ini adalah berkunci.. Pengunjung chalet ini diberi kunci untuk masuk dan keluar. Untuk security sangat selamat.

Kalau datang dalam group yang sedikit besar, mungkin lebih happening. Boleh buat bbq, dan aktiviti-aktiviti sukaneka disini.

Kalau teringin nak mandi pantai memang kena keluar dari Fuga Village, jalan kaki sikit kat depan tu ada pantai awam.. ok lah takde jauh mana pun..
 
Overall, percutian 2 hari 1 malam kami di Fuga Village sangat best! Dihidangkan dengan bilik yang sangat bersih..tip top! Walaupun malu-malu mandi di bilik mandi terbuka..hahahhahah… mandi dengan baju kot, takut kapal terbang melintas =p Owner, Ms. Amee yang sangat friendly.. dengar kadar harga yang sangat ok.. RM170/night. Ok sangat dah…


Nak menikmati percutian di Fuga Village, Pengkalan Balak Melaka? Cuba lah.. mana tahu sesuai dengan jiwa anda yang inginkan privacy.

Last but not least, 

Gambar dak kecik tengah syokkk berbath tub di Fuga Village:


Aktiviti kami di Pengkalan Balak:

"it’s a picnic time!"-abang Eusoff.


Ala kadar je pun… beli sikit-sikit makanan/minuman gerai sana, gerai sini… hampar tikar, duduk mengadap laut sambil makan-makan.. dah cukup bermakna “picnic” bagi abang Eusoff.. terpancar di riak wajak… senyum sambil makan sausage… sambil sesekali kacau-kacau baby kat dalam car seat..hihiih.. Baby Elyass pun syok je duduk di car seat sesambil layan angin pagi.. 

Mama makan mee hoon, papa makan nasi putih berlauk, abang Eusoff makan sausage je, baby Elyass minum susu je.. Simple je menu picnic kami…hiihi

Puas hati tengok senyuman abang Eusoff.. Walaupun tak dapat penuhi permintaan abang nak main kite. (Kite patah masa nak main..huhuuh...)

Belum terlambat nak wish..selamat hari pekerja kepada semua...! 
Apalah makna sebuah syarikat, kecil mahupun besar, tanpa kita pekerja-pekerja..kaannn =)

Bai..





2 comments:

  1. Cuba lah ke sini... rindu nak bercuti lagi.... terima kasih singgah di sini..

    ReplyDelete
  2. Cuba lah ke sini... rindu nak bercuti lagi.... terima kasih singgah di sini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015