29 December 2015

Update sikit pasal saya, 1.4 years mama! -Kashfi Elyass

Assalamualaikum...

Asyik citer pasal abang Eusoff je lately ni..

Cerita adik pun banyaaakkkkk.. lebih kepada cerita perkembangan je la..... 
Meh..mama cerita pasal adik Elyass pulak.

Kashfi Elyass..

Untuk umur 1 tahun 4 bulan ini... dah banyak benda dia dapat..

Opss.. cekci sikit..

Berjalan / berlari - Laju dah... kalau ajak atok berlari, confirm adik la yang juara. Kejar kucing memang gaya tak cukup tanah.. (minat kucing nampak gayanya), berjalan dan berlari dah sangat pro.. cuma kadang-kadang, tumbang jugak.. tersepak kaki sendiri.. 

Panjat memanjat - Ini JUARA.. (mengalahkan abang waktu abang seusia dia)
Kabinet tv kat ruang tamu.. lepas! Sofa pun dah lepas! Katil setakat ni belum lepas naik, tapi turun dah pro. Boleh fikir nak kene turun kaki dulu.. Good boy! Yang pelik, naik kabinet tv pandai.. nak turun...menjerit-jerit panggil siapa-siapa tolongkan. kihkihkih..ini lawak..

Bercakap - tak banyak benda lagi yang clear. Untuk sekarang ini, "mama", "dada" - papa; "ayer" - air. Yang lain-lain masih lagi menggunakan bahasa dia.

Marah - sangat pandai dah! Bila tak dapat apa yang dia nak, terus terbalikkan badan. Aritu berdarah kepala, mama papa tak tersedar pun.. nampak darah dah kering je.. mujur la tak teruk.

Abang Eusoff selalu jadi mangsa marah. Semua mainan yang abang main pun dia nak! Nak yang abang pegang je.. yang lain tak menarik. Kalau tak dapat mengamuk-ngamuk nakkan juga apa yang abang pegang. Kalau abang lepas mainan tu.. main la sekejap! Bila dah abang ambil mainan lain.. menjerit-jerit nakkan mainan lain tu pulak. Kalau abang berkeras tak bagi.. di pukul-pukul nya abang..

Ala dik... sedihnya mama papa tengok..

Kecil lagi kot kan.. Insya Allah akan berubah bila makin membesar. Masih kecil dan masih sangat belum terlambat untuk membentuk peribadi baik-baik.. Insya Allah..

Biasanya mama papa, akan cakap kat abang.. "Sharing abang..sharing dengan adik" ada-ada masa abang memang akan dengar. Tapi memanjang je adik nakkan barang abang, abang nampak fedup juga! Kesian abang.....

Tapi abang bagus... bila mama tanya "Sharing is.........?"

Dia akan sambung "Sharing is fun!" -betul la tu.....



Buat-buat terkejut - Bunyi meow, bunyi hon Babu jual roti, bunyi muzik motor ais krim
Kelakar... sampai kadang mama ajuk buat-buat terkejut dia. Dengan mata dibulatkan, dengan jari telunjuk ditunjuk-tunjuk, lepastu bunyi mulut "huhh!! huh! huhh!!"
Terkejut sangat mama papa sayang.. memang terkejut! kihkihkihkih



Pantang nampak - Pintu toilet terbuka, confirm masuk bilik air main air... pintu bilik tidur merangkap bilik mainan terbukak, terus diheret semua mainan keluar.. (abang dulu tak macam ni) :) masuk dapur abis fridge magnet disapu-sapu sampai jatuh semua (alphabet magnetic untuk pembelajaran Elyass juga la) Tak cun kot ye duduk kat peti sejuk tu..... lagi sedap mata memandang bila semua tu duduknya kat atas lantai.. jenuh mama kerja menepek balik ke peti ais nak oii....

 Purata sehali 3-4 kali jugak!


Basikal/traktor mainan - Feveret! Basikal abang yang tinggi tu pun eh..uh..ah.. dia panjatnya.. Tak dapat nak naik sendiri bising mulut mintakkan bantuan. Dapat naik.. fuhhhh... bangga oiiii..... elok-elok bising mulut lagi suruh tolak pulak..

Adik..oi..adik..

Basikal kecil dan traktor kadang tak pandang dahhh.... mainan baby-baby yang tu.. 

Semua pun mainan abang tu... zaman abang dulu.. abang tak main sangat.

Makan - Semua pun makan dah. Pedas pun layan... Ajar sama macam abang Eusoff dulu, senang semua benda mama masak, pedas atau tidak boleh makan je. Favourite sekarang ni adalah moist choclate cake! Pantang nampak mesti mintak..mintak..dan mintak.. Kalau dapat makan, hadap sampai habis!



Friendly? - Ye...sangat friendly berbanding abang dulu-dulu.. Dengan orang baru jumpa yang dia tak kenal langsung pun dia boleh berdukung.. main-main.. Kalau yang kenal lagi la dia ok.. Harap-harap sampai besar ye.. 

Hubungan dengan papa - Nampak seperti akan menjadi BFF (Best Friend Forever) macam abang! pantang papa gi mana-mana, dia yang dulu mengikut.. tak dapat ikut..mengamuk lagi! Nak susu mintak ngan papa.. bagus..bagus.. hahah



Kashfi Elyass masih bf. Tapi tak ekslusif la... di rumah pengasuh susu formula. Balik rumah, susu formula reject. Sepenuhnya menepek dengan mama. Dalam keadaan-keadaan tertentu dahaga yang amat, abis juga la sebotol..hihi

Suka sangat buat muka notty... eeee..geram!! rasa nak gigit-gigit....je!

Banyak..banyak sungguh! Cerita pasal perkembangan Elyass tak abis rasanya.

To be continued!

Bye..





28 December 2015

Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Stationery

Assalamualaikum...

Awal-awal aritu rasa macam tak perlu beli kot stationery untuk abang, 2 tahun dia di CIC, tak pernah pun belikan stationery. Ada beli hanya untuk kegunaan pembelajaran di rumah aje.

Terbelek pulak dalam buku communication book, sewaktu nak sampul buku aritu.. nampak ada tulis stationery pun kena bawa juga.

Ajak papa Eusoff ke kedai stationery waktu lunch tadi. Belikan mana-mana yang memang perlu untuk abang.

Ini hasilnya....


Macam ni saje pun dah cecah RM39.06 selepas discount 10% untuk ahli. Beli kat Pustaka Rakyat (Gombak) Sdn. Bhd. Sekotak pensil warna, pencil box dan set pensil, pembaris, pemadam, dan penggorek..lahaiii.. lama tak sebut mende alah ni..:) dan beli satu set white board marker untuk kegunaan kat rumah. Warna-warna marker yang sangat menarik.. Mesti berebut je la nanti ngan adik Elyass..

Tetiba tadi tercall teacher untuk check perlu ke belikan stationery untuk sekolah?
Teacher kata tak perlu..sebab sekolah pun ada provide untuk student semua...

Papa kata rezeki abang Eusoff la tuu..

Boleh guna untuk pembelajaran di rumah je nanti..




27 December 2015

Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Balut buku

Assalamualaikum..

22/12/2015, teacher abang Eusoff dah serahkan buku-buku baru 6 tahun untuk dibalut. (buku latihan dan buku tulis)


Tahun ni mama kena balut buku abang... tahun-tahun sebelum tak ada pun... :) takpe la.. takde masalah... Balut buku je..tak susah mana.


Senarai buku abang Eusoff 6 tahun

Seingat saya, last saya buat aktiviti balut membalut buku ni masa saya bujang-bujang dulu. Duduk dengan kakak, dan tolong anak-anak saudara balut buku-buku sekolah mereka. Lama dah..

Ni cerita zaman mama Eusoff bersekolah dulu.. throw back sikit..

Saya sangat suka aktiviti balut membalut ni. Sewaktu sekolah rendah dan menengah dulu, saya dapat bantuan pinjaman buku teks kat sekolah. Nasib sangat baik kalau dapat buku elok.. Nasib kurang baik, dapat buku yang hampir lunyai dah.. Nasib kurang baik lagi kalau dapat buku yang dah tak ada kulit dah pun! :)

Sewaktu sekolah rendah dalam darjah 1 - 3, ayah yang akan balut buku saya. Ayah balut guna plastik alas meja transparent tuu. Beli meter. Semua ayah balut elok-elok, kemas-kemas. Lepas tu ayah yang akan tulis nama kat atas buku tulis dan dalam buku teks. Tulisan ayah sangat kemas. Bila dah naik darjah 4 - 6, balut sendiri dah.. tulis nama pun sendiri. Buku memang berbalut setiap tahun, kecuali dapat buku yang memang dah elok berbalut.. tak la..

Naik sekolah menengah.. buku kebanyakkannya dapat yang dah lunyai-lunyai.. nasib baik sikit dapat la yang elok. Dari tingkatan 1 - 5, buku saya memang berbalut kertas hadiah yang comel-comel dan saya akan balut sekali lagi guna pembalut plastik lutsinar tu. Buku yang buruk pun nampak baru je kat luar. Kalau dapat buku yang elok dah siap berbalut pun, saya akan balut balik. Suka nak tengok buku kemas seragam je... Adik-adik junior yang akan dapat buku saya lepastu, mesti seronok..sebab dapat buku elok balutannya..

Itu cerita mama Eusoff laa... Cerita lama dahh... Nostalgia sungguh bila diingat balik.

Back to cerita membalut buku abang Eusoff..

2 set pembalut buku tulis dan 1 set pembaut buku latihan

Balik kerja Jumaat aritu, terus ke kedai buku untuk mencari pembalut buku abang. Banyak pilihan pembalut buku. Dari plastik yang gulung-gulung tu.. hingga la pembalut buku yang dah siap dengan size buku-buku zaman sekarang ni. Tinggal lagi letak buku dan tarik kemas kiri kanan dan selitkan aje. Siap! Lebih teruja tadi ada pembalut buku yang  seperti sticker. Terus melekat di kulit buku tak bergerak-gerak. Cuma kena hati-hati sewaktu menarik sticker.. Lurut elok-elok agar takde gelembung udara nanti.

Macam-macam...

Belah dalam, kertas sticker

Belah luar, corak di plastik pembalut

Mungkin ada lagi pembalut buku yang lagi best kat situ.. tapi tak sempat nak tengok semua la sebab ramai jugak masa tu mak ayah yang tengah sibuk nak memilih-milih pembalut buku anak-anak kat situ. 


Centrekan buku, dan tarik kertas sticker tengah-tengah.. lekat kan..

Yang pasti pembalut buku plastik yang gulung-gulung stail zaman dulu-dulu tu dah kurang mendapat tempat di hati mak ayah zaman sekarang. Masa saya membeli tadi semua ambil yang moden punya tu. Katanya jimat masa membalut.

kemaskan sebelah hadapan dahulu, diikuti sebelah belakang buku.. lebihan atas, bawah, dan kanan buku, lipatkan ke dalam.. kalau potong ngam-ngam kulit pun boleh..

Zaman semakin canggih.. pembalut buku pun nak canggih juga. Ya.. :p

Siap balut!! Senang sangat...

Buku abang dah siap pun berbalut.. Yeayyy...
Sedia untuk digunakan tahun 2016!

Excited!!! Good luck abang!!

Buku 5 tahun pun teacher dah pulangkan balik..







24 December 2015

Eusoff dan Elyass jalan-jalan naik train

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog kecil saya.

Hari ini, sepagi hanya berehat-rehat sahaja dirumah, sambil mama papa mengemas-ngemas rumah, selesaikan apa yang patut. Tengah hari mama papa masak berjemaah... favourite abang, ayam gulai. Papa masak menu Pahang, sambal bilis tempoyak. Nak kasi lagi umph.. mama tambah sambal belacan.. mmmm..sedap, abang Eusoff menambah 2 kali. Sambal bilis tempoyak dan sambal belacan abang tak makan..

Malam tadi saya bacakan blog-blog lama untuk abang Eusoff, semua pun cerita dia..

Sibuk pulak bertanya, "iyee ke mama? iye ke saya tu...?" hihi

Sampai la ke entry ini Eusoff jalan-jalan naik keteapi, terus request nak naik train. Pujuk rayu mama papa, "Please mama..please.. Please papa..please..." So, lepas solat asar kami siap-siap untuk naik train... yeayy! Abang Eusoff super excited!

Takut adik terlepas jauh... jenuh abang mengejar.. haa dapat!!

Mata tak lepas cari train.. lambatnyer train ni..

Parking kat stesen LRT Jelatek, menuju ke KLCC.

Tak perlu nak explain panjang-panjang kat abang Eusoff, hasil dari tengok Mr. Noddy, dia yang bagitahu mama papa dulu, "This is train station.."

Good boy! :)

Masa dalam train sibuk tunjuk itu..ini, mulut tak senyap langsung.. Bimbang sungguh mengganggu penumpang lain yang nakkan ketenangan.. Tapi saya biarkan aje abang berceloteh macam-macam. Dia tengah belajar sesuatu dengan apa yang dia sedang lihat tu.. 


"Nak take picture mama!"

Sampai KLCC request nak makan ayam goreng. Terus tuju KFC aje lah.. 


Masa ni dah siap makan dah...


Siap makan, mintak nak naik train lagi :)

Terus ke train station dan balik ke stesen Jelatik. Adik Elyass dah mengamuk nak tidur.. tapi abang masih lagi aktif, dalam train sengeh-sengeh.. pandang sini sana.. Tapi mulut senyap je.. sebab ramai sungguh orang dalam train masa balik tadi. Almaklum la.. dari stesen KLCC. Pusat persinggahan ramai kan...

Kami sampai Jelatik dah maghrib. Terus balik rumah dah..

Alhamdulillah.. sepetang yang best! Menunaikan permintaan si abang. Biarpun kami ke KLCC semata-mata untuk makan KFC je.. tapi sangat bermakna untuk abang Eusoff sebab dapat naik train pergi dan balik. Owh.. sebelum makan KFC kami bergambar-gambar kat Christmas tree yang sangat cantik!!! Abang Eusoff dan Elyass teruja, sebab cantik sangat!


Tengok Christmas tree tu... sangat cantik!

Kami sekeluarga :)

Sampai rumah.. abang bagitahu "Mama, lain kali boleh naik train lagi...?"

Boleh sayangg.......






23 December 2015

Bag-beg sekolah abang Eusoff :: Sama tapi tak serupa

Assalamualaikum..

Niat dah.. suatu hari nanti, pasti nak up jugak entry ini.. :)

Tahun pertama bersekolah -4 tahun



Bag sekolah yang memang dipilih sendiri oleh abang Eusoff. Tak ada perkara pelik pun pasal pemilihan bag sekolah abang tu. Beli yang itu.. dan setahun guna.. sampai lunyai.. sampai koyak sikit-sikit kat zip. Bukan tak nak beli baru.. tapi fungsi bag abang untuk letak sepasang baju dan pampers dan bekal je pun.. jadi biar lah koyak sikit-sikit tu.. bertahan guna hingga hujung tahun 2014.

Tahun kedua bersekolah -5 tahun




Bag sekolah ke dua yang juga dipilih sendiri oleh abang. Masa ni dah berbisik ngan papa... "jenis ini lagi.... abang tak minat jenis lain ke?" Papa kata dah itu yang anak minat..biarkan aje la.. Bag kedua ni pun sama, abang Eusoff guna sampai dah lunyai.. koyak dah sikit-sikit kat bahagian tepi bag, dan zip bahagian depan pun dah rosak. Mama klip guna klip kertas hitam tu.. tahan guna sampai hari ini.. Puas hati setahun guna. Letak baju sepasang dan pampers dan bekal juga.. (ops.. masih standby pampers dalam bag sekolah) sebab naik kereta masa waktu ambil petang biasanya memang abang tak dan-dan nak membuang. Abang lenjan cukup-cukup bag ni.. kadang bekal tumpah la..air tumpah laa.. semua ada... Waktu-waktu persekolahan yang ada seminggu dua ni pun abang masih lagi guna bag ini.. akan guna hingga penghujung 2015.

Tahun ketiga bersekolah -6 tahun



Haritu ke Nilai 3. Mencari barang rumah, survey-survey sekali bag sekolah abang. Masuk satu kedai yang memang menjual bag je. Ada sebahagian untuk bag-bag sekolah juga. Terlalu banyak pilihan dan semua pun comel-comel. Abang Eusoff rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Ada altraman, ada minion, ada robocar poly.. mickey mouse.. dan untuk gegirl, ada princess.. ada hello kitty dan macam-macam la... banyak!

Lama gak abang mengadap bag-bag tuh.. owh..susahnya nak buat pilihan bukan... kesian..

Akhirnya, untuk tahun ke-3 ini abang tetap memilih Mickey Mouse juga.. Mama dah rasa nak gelak bila tengok papa tersenyum-senyum dengan pilihan abang Eusoff kali ini.

Tiga tahun berturut-turut membuat pilihan yang sama. Sangat konsisten!

Saya cuba pujuk ambil bag robocar poly ke...minion ke.. memang dengan tegas abang jawab "tak nak!"
Ok kan aje la.. dah itu minat dia.. :)

Sama kan? Bag 5 tahun dan bag 6 tahun exactly sama..tapi abang Eusoff tak kisah.. :)

Nak simpan koleksi bag abang Eusoff yang dah tak guna dan bakal tak guna dah nanti.. untuk kenang-kenangan..






Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Gunting rambut

Assalamualaikum...

Semalam, 22/12/2015, abang Eusoff kena gunting rambut lagi. Sesi persekolahan 2016 pun dah dekat.. jadi jom berambut baru..

Ini cerita gunting rambut yang lepas.. nak tahu cerita? Jom baca.. :)
Kerja menggunting rambut abang eusoff makin mudah

Dah dihujung-hujung umur 5 tahun ni... makin mudah nak menggunting rambut abang Eusoff. Alhamdulillah.. Ajak gunting rambut.. terus setuju je. Siap kali ni request nak rambut botak..hihi.. macam sepupu-sepupu dia, jumpa weekend baru-baru ni. Mama, papa ok aje.. lambat la sikit panjang rambutnya.

Masa gunting rambut yang lepas tak botakkan pun.. gunting pendek je.. hensem! tapi cepat pulak panjang dan lebat rambut abang.

Masa parking depan kedai gunting, nak turun tu.. siap cakap; "abang tak nak nangis dah mama!

You such a good boy abang! mama, papa proud of you! 

Cuma dia beri syarat.. "nak sit atas papa je.." (Nak gunting rambut sambil duduk atas riba papa)

Syarat mudah je..! ok, no problem abang!


Tengok betapa steady nya abang.. :)

Siap senyum tu..

Geli + takut sikit-sikit bila mesin start cukurkan rambut, tapi abang ok-ok je..

Final look -abang botak

Jika ada pembaca-pembaca blog saya, sedang mengalami apa yang saya sudah alami ini - anak-anak tantrum bila nak menggunting rambut.. Banyak-banyakkan bersabar tau.. sabar fizikal dan emosi. Papa Eusoff dulu, tiap kali nak menggunting rambut.. kena kumpul tenaga tau.. sebab kejap lagi nak "berperang" katanya...hihi

Mengamuk yang package tendang-tendang, menggelupur, jerit-jerit hinggakan saya rasa satu kawasan tu pun boleh dengar, termuntah-muntah pun ada.. dugaan sungguh rasanya.. 3-4 tahun juga kami hadap.. purata setahun dalam 4 kali gunting rambut abang.

Ikutkan mama kurang sabar sikit.. tapi Alhamdulillah papa sabar dengan kerenah abang Eusoff. Pujuk rayu mendayu-dayu.. last-last kena tendang, tumbuk jua..Kesian papa... 
(saya banyak belajar dari sifat sabar papa Eusoff, Alhamdulillah)

Kenangan membesarkan anak-anak.. macam-macam pe'el perangai.

Bila dah senang sangat ni... tak mencabar pulak gayanyeeeeeee ye??... :p




22 December 2015

Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Kelangkapan persekolahan

Assalamualaikum..

Tahun depan abang Eusoff dah 6 tahun. Tahun ke-3 berada di CIC Prima Samudera, Gombak.

Awal-awal aritu terfikir nak tukarkan abang ke tadika berdekatan dengan rumah. Tak la terlalu lama abang dalam kereta tiap-tiap pagi.. bila difikir-fikir balik, susah juga.. bimbang abang susah nak "ngam" dengan teacher baru. Dah la abang ni banyak pe'elnya...

Jadi, biarlah abang di sini.. menghabiskan tahun terakhir di CIC Prima Samudera sebelum melangkah ke darjah satu 2017.

Excited..!!



2015 masih bersisa +- 2 minggu lagi. Hujung-hujung tahun mak ayah yang ada anak sinonim dengan kebizian membeli kelengkapan persekolahan... Shopping mall semua demam back to school sekarang. Meriah!!

Dalam meriah tu sebenarnya, sedih tau melihatkan harga alat-alat kelengkapan persekolahan.. fuhhhh.. mahal sungguh! Lelagi +GST.

Nak tak nak memang la kena sediakan juga.. walaupun anak-anak seusia abang Eusoff bukan la pandai memintak pun. Tak reti pun lagi maksud nak bukak sekolah sesi 2016.

Itu sahaja pun kelengkapan persekolah abang Eusoff untuk sesi 2016 nanti:
1- Bag
2-Kasut
3-Stokin
4-Bekal air dan makanan
5-Baju sekolah (Order 5 pasang, baru dapat sepasang)

Itu sahaja la.. takde apa dah..
Buku, stationery.. sekolah sediakan.

Doa mama, papa.. abang Eusoff makin matang di tahun 2016 yerk.. :)

Amin....





18 December 2015

Kancha!!!

Assalamualaikum...


Tiap-tiap hari rutin papa dan Elyass hantar mama ke tempat kerja sehingga la ke pagar utama office. Setiap pagi mesti ada yang menjerit panggil "Heyyy Kancha!!!" kuat-kuat.

Daripada Elyass merengek menangis nak ikut mama, terus senyap bila mendengar uncle ini memanggil "Kancha.."

Waktu ambil mama diwaktu petang pun sama, mesti uncle yang sama, datang ke kereta memanggil-manggil "Heyyy Kancha!"

"Kancha" dalam bahasa Nepal bermaksud anak kecil lelaki/budak lelaki..

Sempat mama dan papa belajar satu ayat dari uncle ini..

"Kancha tera ramrosa!" lebih kurang gitu lah bunyinya.. kalo salah maafkan saya.
Maksudnya, budak lelaki yang hensem....!

Uncle ni dah balik Nepal dah..

Mama letak sini gambar Elyass dan uncle Bim untuk kenangan ye..







16 December 2015

Penutup hari kami :: Doa tidur abang Eusoff

Assalamualaikum...

Tiap-tiap malam, sebagai penutup hari kami sekeluarga abang Eusoff akan bacakan doa tidur. Setiap hari.. kecuali hari-hari abang tertidur awal atau ada hari yang abang Eusoff buat perangai berkeras untuk taknak baca doa.

Biasala.. anak-anak ada mood dia.. Kalo dia dah kata tak nak tu.. memang takkan la..

Tunggu adik Elyass besar nanti boleh buat rotation untuk baca doa..

video

"Ya Allah.. kau hidupkan dan matikan, papa, Eusoff, baby, mama dalam Islam.
Amin.."

Ya Allah..
Makbulkan lah doa anak kecil ini.. Amin..




15 December 2015

Carboot Sale @ AU5 Lembah Keramat

Assalamualaikum..

Jika diikutkan rumah sewa dulu-dulu, bilik ke-3 kami adalah wardrobe kami merangkap bilik menjemur pakaian, merangkap bilik store juga. Membazir ruang rasanya..

Bila dah masuk rumah sendiri ni.. niat di hati untuk menggunakan sebaik-baiknya bilik ke-3 kami. Harapan sebenar adalah untuk menjadikan bilik ke-3 adalah bilik tetamu. Sekurang-kurangnya jika ada tetamu datang, adalah ruang untuk mereka selesa-selesa solat, berehat-rehat, menukar pakaian mahupun untuk tidur. Tidak mengganggu bilik Eusoff dan Elyass yang biasanya jika menerima tetamu kecil, bilik itu lah ruang mereka untuk bermain-main... dan biasanya bilik itu akan bersepah dengan mainan.

Alhamdulillah.. hajat untuk mengosongkan 50% bilik ke-3, tercapai..
..............................................................................................................................................................

Hujung minggu baru-baru ini, kami sekeluarga joint carboot sale di AU5 Lembah Keramat. Bermula 1.00pm ~ 7.30pm. Dengan bayaran tapak RM10.00 sahaja. Tujuannya adalah untuk menjual mana-mana barang terpakai yang memang masih sangat elok di dalam bilik ke-3 kami.

Excited!!

Sampaikan sekeping gambar pun tak terambik untuk kenang-kenangan menjual di carboot sale tu.

Kecewa...

Mujur laa sebelum angkut barang-barang dalam kereta aritu, sempat la saya ambil sekeping gambar barang-barang jualan kami tu. Adalah kenangan untuk saya letak di sini..

Banyak barang-barang Elyass disitu... kenangan dah..

Alhamdulillah...

Bukak bonet kereta pukul 1.00pm, pukul 2.30pm tu barang-barang kami dah settle! Tengok betapa goreng pisang cheese panas betul...! huhuhu..

Kami pun tak sangka.. duga pun tak..

Agaknya barang-barang kami yang memang masih lagi elok dengan harga yang ditawarkan pun tak mahal sangat.. Siap diorang boleh tawar menawar lagi...

Ada barang-barang kecil kami jual, ikut harga yang mereka ikhlas nak bayar aje..
Tak fokus pada keuntungan semata pun.. Sambil berniaga, sambil mengutip pahala konsepnyaaa.. 

Elok barang jualan dah habis.. hujan renyai-renyai pulak.. elok sangat la... tutup bonet kereta dan kami pun balik tido..hihihihihi

Alhamdulillah... sekali sekala en.suami ikuti kehendak remeh-temeh saya camni seronok juga. Hujung minggu kami, jadi lain dari kebiasaan. (Biasanya dia susah nak ikut permintaan saya yang remeh-temeh camni)

Siap dia pulak yang layan pelanggan yang datang membeli.. saya masuk kereta layan anak-anak.. hiihihi.. (Perjanjian asal; saya yang kena menjual dia yang duduk dalam kereta layan anak-anak..)
..............................................................................................................................................................

Status bilik ke-3 kami sekarang, masih menjadi bilik baju kering yang tengah tunggu turn untuk dilipat... :) Tempat menjemur baju adalah di balkoni sekangkang monkey tu.. cukuplah untuk kain baju kami 4 beranak. Cuma hari-hari hujan, bawak masuk ke bilik ini juga untuk dikipaskan agar cepat kering.

Masih ada 6 kotak pakaian yang masih tiada tempat penyimpanan. Cuma ada sebahagian baju yang kerap diguna disangkut di dalam almari bujang en.suami.. dan ada sebahagian baju dilipat di dalam drawer plastik. Ada 3 bijik besar kotak plastik untuk simpanan barang-barang.

Masih nampak seperti bilik kain dan store juga.. Tapi sudah lapang berbanding sebelum. Sekurang-kurangnya jika ada tetamu datang bertandang, dah boleh solat di situ....







06 December 2015

Tersentuh periuk nasi panas.. tangan Elyass bertanda!

Assalamualaikum...

Hari minggu datang lagi.... Rumah dikunjungi keluarga sebelah en.papa.. Alhamdulillah.. nasi minyak Terengganu sebagai hidangan. Konon-konon house warming la..hihi

Dua minggu lepas keluarga saya dari Terengganu datang bertandang.. House warming pertama.... 

Tetamu datang membuka pintu rezeki.. Alhamdulillah..

Dalam pada mama sibuk menyiapkan nasi minyak.., papa lak ke kedai belikan apa yang masih tak cukup... abang Eusoff mengadap kartun kat bilik, atok ada di ruang tamu bersama Elyass yang jalan sana-sini...sana-sini, tak pernah selesai mengukur keluasan rumah... Pok De, keluar menjemput saudara yang dah sampai area rumah tapi tak pasti mana satu rumahnya....

Rumah sekarang, tempat untuk susunan periuk nasi,microwave, oven blander semua kami susun di rak Hyllis Ikea.... Memandangkan harini nak masak nasi dalam kuantiti yang banyak, periuk nasi yang boleh tahan besar tu saya turunkan ke bawah dan letakkan atas meja kecil putih.. setinggi Elyass..(Bimbang terlalu berat untuk masak di atas rak) Biasanya kalau tanak nasi untuk makan sekeluarga kecil kami saja.. saya masakkan di atas rak Hyllis itu je..

Mama ralit buat kerja di singki, basuh bekas-bekas yang dah siap diguna. Di fikiran dah memikirkan, kalau lah Elyass masuk dapur sangat bahaya..sebab nasi tengah menggelegak. Tapi membayangkan atok ada kat depan bersama Elyass.. Insya Allah Elyass tak menjenguk dapur.. harap-harap...

Tiba-tiba terdengar Elyass menjerit dengan sangat kuat, berhampiran periuk nasi!!
Dia terlepas ke dapur tanpa saya perasan pun. Ya Allah..

Sebab kecuaian mama, anak mama dapat sakit hari ni.. dapat tanda juga...



Mungkin Elyass cuba-cuba nak angkat penutup periuk nasi... bawah lengan (siku) tersentuh tudung periuk dulu..... Agak-agak saya begitu..

Kena fikirkan cara untuk meletak periuk nasi di tempat yang lebih selamat ketika sedang digunakan... Jauh dari capaian Elyass..

Kecuaian sesaat..sesal sepanjang hayat...

Maafkan mama ye comey....


02 December 2015

Kami ke sini lagi :: Kedai Makan Upin & Ipin Taman Melati

Assalamualaikum...

Minggu lepas abang Eusoff dan Elyass demam berhari-hari... abang 3 hari cuti ke sekolah. Baik dari demam, tiap-tiap hari buat pe'el tak nak ke sekolah. Kadang nampak main-main je... lari dari papa, sambil mulut senyum-senyum.. tak nak ke sekolah. Terpaksa la papa dukung sampai depan pintu sambil abang meronta-ronta..

Teacher kata, hilang mama papa dari pandangan.. elok je pun naik tangga sendiri naik ke kelas.

Sabar je la melayan kerenah anak-anak.. Menguji mental dan fizikal sungguh..
Kuatkan kami ya Allah... Allahu....

Hari ini, belanja abang dinner kat kedai makan Upin dan Ipin, Taman Melati. Tiap-tiap hari lalu kot situ.. tiap hari pun dia akan beritahu ada kedai Upin dan Ipin kat situ. 

Tiap-tiap hari abang ragging papa dukung abang dari kereta ke pintu sekolah.. jadi papa murah hati la belanja abang makan kat sini.. harap esok abang behave.. jalan sendiri ke kelas ye.. :)

Pernah dulu kami datang bawak abang Eusoff.. waktu tu umur abang baru 2 tahun..hihi kecik cenonet lagi...

Jemput baca....

Hari ini excited abang berganda-ganda berbanding pertama kali pergi waktu umur 2 tahun tu.. yelahh.. dah besar kan..

Tengok abang tersenyum gembira.. luluh hati mama dan papa.. Alhamdulillah..

Elyass takde respond sangat pun.... kecik lagi kan.. Next kita ke sini lagi? 2-3 tahun lagi kott... Kita tengok Elyass teruja macam mana waktu tu.. :)

Mama pun nak juge bergambar.. malu.. tapi mahu..ahakss...

Tengah mencari menu ayam goreng tuuu..

Berebut nak pilih menu ngan papa

Air orange Upin & Ipin, mintak mama take picture jugak..

Adik semua benda pun nak dicapainya..

Thumbs Up katanya..

Set ayam goreng -RM9.00

Ada cerita Upin & Ipin la mama!!

Menu favorite abang tentu-tentu lah "AYAM GORENG"





27 November 2015

Macam mana nak suruh anak-anak tidur asing ye..? Tolong saya..

Assalamualaikum...


Bukan main berkejar-kejaran dengan masa sungguh sekarang. Nak update pasal bilik anak pun tak sempat lagi.

Bilik anak-anak dah siap da... Alhamdulillah.. Dorang dah boleh main-main dengan selesa di bilik sendiri. Cuma part mainan tu.. bawak keluar yang mana favourite abang Eusoff dan Elyass je.. Lagi 2 kotak besar mainan, simpan sahaja la dulu.

Niat mama nak abang tidur bilik sendiri tak kesampaian juga lagi... walau secantik mana pun mama papa dah buatkan, tetap nak tidur dengan mama papa juga, di bilik mama papa!

Kawan-kawan yang ada pengalaman, boleh share kat saya tak macam mana strategi untuk memikat hati anak-anak untuk diorang tidur sendiri di bilik mereka?
Sekarang struggle sungguh kami tidur berempat di atas katil queen size... Sakit-sakit badan tidur berhimpit tauu.... :)

Umur 5 tahun masih nak tidur di bawah ketiak papa mama... apadaaaaaa.....

Dari 3 tahun aritu dah cuba ajar.. angkat bawa ke bilik sendiri di tengah-tengah malam.. elok pulak jalan sendiri panjat katil mama papa balik..

Sudahnya.. kami tewas juga..

Silap mama papa gak kurang kegigihan.. Tak leh salahkan abang ajee..

Insya Allah.. tahun depan.. kita tengok camne!

Fighting mama papa!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015