28 February 2016

Update sikit pasal saya, 1.6 years mama! -Kashfi Elyass

Assalamualaikum..


Banyak...sungguh banyak!

Cuma nak highlight perkembangan si kecil Elyass bercakap.

Mulut dah macam bertih jagung..pop..pop..pop!
Seronok melayang dia cakap.. memang takkan pernah boring pun.. cuma bila dah banyak sangat cakap mulut dia dah penat, dia yang akan senyap sendiri.. :)

Dah boleh sebut "nak.." - nakkan sesuatu

Dah boleh sebut "ayer.." -air, tangan dia akan tunjuk mesin coway sambil jerit "ayer!"

Dah boleh sebut "nah!" -bila keadaan nak berikan sesuatu kat papa, mama atau abang. Selagi tak ambil dan tak layan.. dia akan menjerit "nah!!" hingga ke volume paling tinggi. Jadi silalah respond secepat mungkin.

Panggilan, boleh sebut dengan jelas sekali "mama"

Panggil papa, masih tak boleh sebut.. kadang disebut juga mama, kadang-kadang keluar "dadda

Panggil abang, masih tak boleh sebut dengan betul, cuma jarang-jarang sekali terkeluar juga bunyi "uang", "ang" - bermaksund abang latu...

Selain daripada itu, dia bercakap bahasa yang hanya dia aje yang paham. Tengah-tengah cakap, gelak-gelak, tunjuk-tunjuk... Cakap apa la agaknya ye..? Macam seronok jee...hihi

Ada satu lagi, favourite lagu Elyass, Kun Anta! Elyass boleh ikut wehhh irama muzik Kun Anta.. dari mula lagu hingga ke penghabisan lagu.. siap mintak ulang sampai 3 kali.. gigih mengikut setiap nada dan irama walaupun dalam bahasa dia yang takkan siapapun faham. 

Serius mama kagum!

Semoga membesar dengan bijak berkata-kata hendaknya.. Amin..





27 February 2016

Mereka saling memerlukan

Assalamualaikum..

Eusoff dan Elyass sangat saling memerlukan. 

Saat adik berduka, abang ada disebelah "diam baby..shhh..diam.."

Saat abang berduka, adik setia di sebelah perati je abang nagis.. nak pujuk tak pandai cakap lagi..

Comel... 

Tapi sungguh, nampak keserasian antara abang Eusoff dan Elyass. Abang Eusoff banyak bertolak ansur dengan adik. Cakap lembut-lembut ngan adik.. walaupun ada-ada masa suka sangat curik-curik minum susu adik... sampai adik menjerit-jerit mintak balik susu dia.

Adik pulak lebih ganas dengan abang, pukul abang ikut dan dia je mana-mana pun. Tapi abang tak marah.. "Takpe mama.. takpe.." Kalau acah-acah tinggalkan adik, nak pukul adik.. dia lah penyelamat nombor 1 adik. Dia akan cuba tarik perhatian mama untuk tidak buat apa yang mama acah-acahkan tu.

Ayat abang.. "Kesian adik mama, adik kecil lagi......"

Kalau bermain, diorang memang ok. Boleh bermain sama-sama. Cuma kalau abang Eusoff tengah main mainan favourite dia, dia akan lari jauh dari adik.. bimbang adik rebut mainan tu. Jadi berpindah randah la abang. Sesekali adik dapat rebut mainan favourite abang, melalak la kejap si abang. Tapi lepas mama, papa nasihat.. abang akan ok.

Selalu ingatkan ayat ini kat abang.., "Sharing is fun!"

Kadang ada masa abang balas "Sharing is not fun!" :p (marah sangat la tuu..)

Apa-apa pun kelebihan dan kekurangan antara abang Eusoff dan Elyass, mereka adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. 

Perjalanan hidup mereka masih sangat panjang... semoga keserasian hari ini, akan terus berpanjangan hingga mereka dewasa nanti. Insya Allah.. 

Jangan gaduh-gaduh besar nanti tau..

Itu antara  doa dan harapan mama dan papa!





22 February 2016

Ada bola kecil dalam telinga abang Eusoff?!!??

Assalamualaikum..

Bersusun cerita-cerita perkembangan anak-anak dalam kepala mama ni.. Tunggu free nanti ingat nak mencoret di sini. Dalam keadaan-keadaan begini, nak menulis pun kurang idea..

Tapi hari ni mama nak kena menulis juga walaupun dalam kepala ingat nak siapkan dulu kerja-kerja ofis. Memandangkan hari ni emergency leave, ada masa kejap nak menulis. Peram lama-lama takut mama lupa. :)

Semalam 21/02/2016 balik dari ambil baju kat dobi dan makan pagi dengan papa sebelum papa pergi kerja, biarkan anak-anak menyendiri di bilik mainan. Bagi mereka masa untuk menerokai dunia imaginasi mereka. Nampak ralit sangat, saya pun joint mereka main. Niat di hati nak cuci apa-apa yang patut dalam telinga dua beradik tu. Sampai giliran abang, apa ke benda yang pelik sangat dalam telinga dia ada benda warna kuning. Tilik punya tilik, rupanya macam bola kecil.. sekali tengok macam peluru pistol mainan, saya dah tak keruan..


Bila ditanya sakit ke tak, abang jawab tak.. bila ditanya jelas tak abang dengar, dia jawab jelas.. Main, belari, melompat macam tak ada hal pun.. Macam tak de gangguan kat dalam telinga tu.. pelik sungguh..

Call papa, papa mintak tunggu dia balik mungkin lewat petang baru sampai rumah memandangkan dia kerja di luar kawasan. Hati dah rasa tak sedap nak biar lama-lama benda tu ada kat dalam telinga abang. Terus fikirkan abang yang kebetulan rumah dia pun dekat-dekat sini juga. Ajak dia teman.

21/02/2016
12.30 tgh hari - Kami ke satu klinik swasta berhampiran rumah. Malangnya, klinik tiada alat dan kelengkapan untuk mengeluarkan benda tu dari telinga abang, doktor cadangkan kami ke HKL.

02.15 petang - Kami ke emergency HKL. MO disitu cuba keluarkan benda tu dari telinga abang. Abang cool je, tapi kurang bagi kerjasama. Gelak-gelak sebab geli la.. sakit la tercucuk alat dalam telinga la.. Siap boleh sound MO "Stop it.." Last-last kene jumpa doktor balik dan doktor refer ke unit ENT berjumpa pakar telinga esoknya.


Mama kecewa sikit dengan abang.. dah penat mulut pesan itu ini, beri kerjasama..abang duduk diam-diam masa doktor buat kerja, kalau geli ke,sakit ke abang kena la tahan.. "Ya!" jawabnya. Kalau ikutkan hati dan perasaan mama ni.. nak siap-siap keluarkan semalam juga. Tak nak ganggu hari Isnin yang confirm sangat sibuk untuk mama dan papa..

Tapi apa lah yang mampu nak dikatakan... Redha je la...

Papa dan mama kena atur perjalanan kerja untuk Isnin (hari ini) macam mana jadi pun. Hal anak adalah 1st priority.. kerja sebenarnya jatuh tempat ke-2. Itu adalah fakta.

22/02/2016
7.40 pagi - Sedikit lewat keluar rumah, menguruskan anak-anak. Nak masuk ke KL dengan appointment 9.00 pagi.. sudah pasti tak sempat. Buat-buat rilek je layan jam ke HKL sambil mama layan Elyass yang makin buat perangai sebab boring dah duduk dalam kereta.. dan papa buat-buat rilek je sambil layan call masuk yang tak pernah-pernah stop. Kesian papa.. dalam kekalutan kerja.. ditambah lagi kalut pasal telinga Eusoff tersumbat bola.. 

9.20 pagi -Lewat 20 minit. Eusoff dapat angka giliran 4006. Wah!! papa pesan, sabar la menunggu..anggaran tengah hari kot baru nombor Eusoff kena panggil.

Memang betul.. 12.15 tgh baru nombor naik.. sempat la dua beradik tu mengamuk dan sempat la mama beberapa kali bertukar jadi singa..... mujur la abang tak melarat buat perangai. mama tunjuk muka singa, terus dia ok kejap.. kang buat perangai balik.. mama bertukar jadi muka singa balik.. ok balik pulak... dan begitu lah seterusnya..seterusnya...

3 doktor, 1 MO dan 1 papa.. pagang, peluk abang Eusoff. Susah sungguh..sebab abang bertubuhan sado.. tenaga pun sado juge..hehe itu dah bedung badan.. kalo tak confirm double susah. Beberapa kali kena berenti tenangkan abang, sambil doktor pun ambik masa untuk tarik napas.. kumpul tenaga nak handle tenaga abang Eusoff yang sado tuh..fuhh susah juge ye.. jadi doktor bukan kerja mudah kalo dapat pesakit macam abang. 

Kerja mengeluarkan bola dari telinga abang bukan mudah.. tersilap cucuk, mungkin buatkan bola makin jauh ke dalam menghampiri gegendang, tersilap cucuk, mungkin telinga abang boleh berdarah. Tapi doktor memang dah terer bab kerja dia. Takde apa lah nak ditakutkan.

Sebelum dibedung, abang menggelumpur ganas sungguh..

Kena bedung untuk mengurangkan pergerakan abang

Cubaan mengeluarkan bola di telinga abang

Mama perati kot monitor tu aje.. lebih jelas kelihatan kerja doktor
 

Dan akhirnya...berjaya juga keluarkan bola kuning kecil dari telinga abang.. Lega hati mama papa.

Ni ha bolanya.. Muat-muat lubang telinga abang Eusoff..

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.

Sekali rasa nak marah je kat abang, apa ke best sumbat bola kecil dalam telinga abang oiiiii...

Tapi bila difikir-fikir balik, Allah nak beri pengalaman baru kat papa dan mama.. selama ni abang sihat walafiat takde masalah. Sekali datang dugaan macam ni, cuak la jugak..
Apa-apa pun berguna juga sesekali dapat pengalaman macam ni. Yang pasti kena banyak urut dada dan bersabar.

Penat kan nak handle ragam anak-anak.. sampai ada ketika termengeluh tau.. Tapi bila ambil iktibar dari rakan-rakan yang diuji tiada rezeki zuriat.. tak terhingga syukurnya saya, Allah hadirkan 2 anak yang sempurna fizikal, sihat tubuh badan.. Disaat Allah beri rezeki zuriat, Allah beri lagi rezeki-rezeki lain juga pada kami. Alhamdulillah..

Anak bukan la bebanan, anak adalah anugerah.








17 February 2016

Bila si bujang Eusoff dah pandai berselfi

Assalamualaikum...

Masuk umur 6 tahun ni tahap perkembangan abang Eusoff laju sungguh.. Tiap-tiap haripun banyak benda baru yang abang tunjukkan. Sekali-sekala mama papa garu kepala yang tak gatal pun, sebab tak sangka abang dah boleh buat itu dan ini.

Besar dah anak bujang mama.

Ikut peredaran zaman la katakan. Dah pandai.. "nak pinjam hand phone kejap, nak selfi"

Mama papa berpandangan tak percaya.. selfi pun pandai ker..? Abang Eusoff...abang Eusoff.. macam- macam ragam dan perangai..

Ni dua, tiga keping hasil selfi selpok abang Eusoff.... Senyum semewek.. mulut bak muncung itik segalanya ada. Tergelak besar kami bila tengok balik kat folder gambar banyak sungguh gambar-gambar selfi abang. Yang diambil beberapa keping ni, gambar terbaik la kononnya dari berpuluh-puluh gambar selfi lain yang kurang menjadi..

Takpe boleh praktis lagi ye abang...hahaha

Rambut pacak tuu... jangan tak tahuu..

Konon selfi yang paling hensem la dengan senyuman manis gitu..

Owhh.. tak menahan gambar ni.. muncung itik sampai terpenyekk lobang hidung yang menjadi pujaan hati mama..

Tepek sini gambar-gambar untuk kenangan hari mendatang..

Kenangan yang pasti dirindu...

:)




16 February 2016

Balik kampung Pahang dan Terengganu

Assalamualaikum..

Bersempena cuti Hari Raya Cina tempoh hari, Eusoff dan Elyass balik kampung. Balik kampung Pahang dan balik kampung Terengganu juga. Ambil kesempatan cuti-cuti panjang begini baru la seronok balik kampung. Biarpun terpaksa bahagi dua kampung, tapi puas hati dapat jenguk atok dan juga aki.

Alhamdulillah.. atok dan aki nampak sihat... Agaknya seronok bila anak-anak dan cucu-cucu balik menjenguk. Kalau la bukan sebab kekangan kerja, tiap-tiap minggu pun rasa nak balik kampung, jika budget mencukupi. Biar atok dan aki gembira sentiasa. Bila hati gembira, tubuh badan pun akan sihat hendaknya.

Eusoff dan Elyass seronok betul dapat jumpa sepupu-sepupu kat kampung Terengganu. Kampung Pahang belum ada sepupu lagi.. jadi dorang main berdua je...gaduh pun berdua juga. 

Sekeping dua gambar di kampung. Pengubat hati tika berjauhan. 





   
"Cintailah keluargamu, maka kebahagianmu akan berlimpah-limpah"








14 February 2016

Cameroh Highland! Eusoff dan Elyass datang ni..

Assalamualaikum...



Jalan-jalan untuk edisi pertama di tahun 2016. Berkebetulan dengan majlis perkahwinan sepupu papa.. maka dapat la Eusoff dan Elyass merasa jalan-jalan di Cameron Highland. Kali yang dah banyak kali untuk Eusoff dan kali pertama untuk Elyass.

Jalan-jalan 2 hari 1 malam di Cameron Highland - 16~17 Januari 2016.

Hotel kali ini, Parkland hotel, Brinchang. Hotel budget di tengah-tengah Bandar Brinchang. Kenapa pilihan kami di situ? Dekat dengan Pasar malam Brinchang.. (Yang sebenarnya jauh la juga.. menapak 4 beranak, lagi-lagi lokasi pasar malam sudah beralih masuk ke dalam sikit, berbanding sebelum ini.. di tepi-tepi jalan besar tu). Tapi itu bukan lah masalah besar, berjalan di dalam keadaan dingin, sejuk-sejuk.. melihat perrmandangan sekeliling, memang best!

Jalan-jalan edisi singkat, tempat pergi pun sikit je yang sempat.

Bertolak awal pagi Sabtu ke Cameron Highland. Sampai tengah hari terus ke majlis perkahwinan. Selepas itu check-in hotel, rehat-rehat.. sebelah malamnya jalan-jalan cari makan di pasar malam brinchang. Beli apa yang perut perlu saje..sebab gaya macam masih kenyang makan kenduri tengah hari tu.

Hari ahad, check-out awal pagi. Breakfast di food court Brincang.. betul-betul berhadapan hotel sahaja lokasinya. Abang Eusoff dan Elyass breakfast nasi lemak dan "pat" je..

Pat = Telur 

Seterusnya Eusoff dan Elyass ke taman rama-rama. Dua beradik ni teruja sungguh!! Tapi yang bestnya..walaupun dorang takut-takut.. tapi diorang nak juga tengok rama-rama tu, biarpun dari jauh. Kalau kecil-kecil dulu abang Eusoff mesti dah meronta-ronta tarik tangan mama nak keluar dari situ. Alhamdulillah.. perkembangan yang positif untuk abang Eusoff!! Dalam 1 jam juga tengok butterfly dan bergambar sekeping dua.







Selepas tu kami singgah di ladang teh Bharat Plantation. Melihat kehijaun ladang teh sambil menghirup udara yang sangat segar dan nyaman. Mama cipta rekod tersendiri panjat bukit ladang teh tahap yang boleh tahan tinggi gara-gara mengikut permintaan abang Eusoff... Fuhh penat weh lagi-lagi bergilir dengan papa dukungkan Elyass. Panjat punya panjat.. abang Eusoff mintak stop.. tak larat dah katanya.. :) Elyass teruja melihat keindahan ladang teh saujana mata memandang...speechless! sambil tangan tunjuk sana sini..hihi





Indahkan anak-anak mama, alam semulajadi ciptaan Allah?

Alhamdulillah.. abang Eusoff dan Elyass berpeluang berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di Cameron Highland. Lain kali ada rezeki kita jalan-jalan lagi ye..

Daa.. :)



13 February 2016

Saya seorang ENGINEER

Assalamualaikum..

Bukan la kerja mudah menjadi seorang engineer. Susah macam manapun saya tetap gembira dengan kerjaya saya. Keluar awal pagi ke tempat kerja.. dah tersedia kerja yang menimbun dimeja yang takkan pernah sudah... Pelik pun ada.. kenapa ye macam tu? Baru setahun jagung jadi engineer ni... banyak benda yang saya tak tahu. Kongsi-kongsi la pengalaman jadi engineer dengan saya ye?


Banyak sungguh production hari ni... Alhamdulillah! Pipe harini takde reject langsung! Macam ni barulah saya sebagai engineer boleh happy...ngeeeeee... Nak tengok gambar paip-paip yang tak reject tu? nah gambar atas tuu..itu la.. Saya baru lepas tengok kualiti paip tu. Memang terbaik lah..! Harap production-production lepas ni terbaik macam hari ni.. Baru lah bonus hujung tahun masyuukkk..

Tiap-tiap hari kan.. saya keluar awal ke tempat kerja.. kadang tak sempat makan pun sarapan yang mama buatkan. Kesian mama......... Balik pula dah lewat petang. Rindu sangat-sangat dah mama dan papa kat rumah ni! Jom lah balik sebelum hari gelap. Mesti mama dah sediakan makan malam.. nyum..nyum..nyum... mesti sedap!

Abang Eusoff mesti belum sampai rumah juga ni. Abang biasanya lagi lewat balik dari saya... Banyak pesakit, lagi lambat la abang balik. Tiap-tiap hari pun abang memang macam tuuu.. Takpe la.. abang berkhidmat untuk negara... apa boleh buat..


Owh..punch card dulu.. jangan lupa.. rutin harian sampai tempat kerja, punch card dulu.. nak balik punch card lagi.. macam tu lah setiap hari!


Ok dah! Jom balik..

Opss.. hari ni saya tak pakai baju engineer.. mama basuh semalam, mama kata tak sempat kering. Jadi saya pakai je mana-mana baju yang ada.. baju Donald Duck pun boleh mama kata.. Saya ikutkan aje.. anak mama la katakan.. hihi 

Hari-hari pakai baju engineer saya rasa hensem.

Hari ni pakai baju Donald Duck.. saya rasa macam extra hensem je.. :p








11 February 2016

kejutan untuk ateh di usia 32 tahun

Assalamualaikum..

09 Februari 2016 - Alhamdulillah 32 tahun sudah.

Terasa baru aje masuk umur sweet 17.. sekarang dan 15 tahun berlalu Allahuakbar... cepat sungguh masa berlalu pergi tanpa sedar langsung umur makin berangka besar.

Terima kasih kepada suami, anak-anak, adik beradik, anak-anak saudara, saudara mara serta kawan-kawan yang mengucapkan, mendoakan kesejahteraan. Amin-amin ya Rabbil Alamin..

Tika usia menginjak makin "tua"......... hati ini tersentuh sungguh dengan kasih sayang dan keikhlasan hati anak-anak saudara merai hari kelahiran mak saudara mereka. Suprise sekali hadiah birthday ateh kali ini. Biasa-biasa itu lah sebenarnya yang sangat istimewa dan terpahat kukuh di hati.

Terima kasih angah.. 
Terima kasih kak Cik..

Sayang ateh sampai tua ye..? sampai ateh menutup mata ye..?Janjiii!?!! :p

Anak-anak saudara ateh yang lain-lain pun ateh sayang juga! Sayang ketat-ketat..padat-padat! Lillahitaalaa..

Home made cikedut dari angah dan kak cik, siap tampal "Selamat Hari Lahir Ateh"

All in One! Selamat datang, Selamat Hari Jadi Ateh dan Pok Su , Selamat ulang Tahun Baru Cina.. :p

Ada kek..

Ateh pun sayang sangat-sangat angah dan kak cik.. Lillahitaala..

Ateh (09/02) share bulan kelahiran dengan pok sue (10/02)..

Ada "The End" hihi.. comel jee..





05 February 2016

Tabung untuk Aleesya, membeli sambil menderma.

Assalamualaikum.....

Hari ini, Jumaat yang mendung.. Gelap je kat luar.. mungkin sikit masa lagi hujan bakal turun.. mungkin..

Saat-saat begini, teringat keletah anak-anak. Rindu rasanya pada abang Eusoff dan Elyass.. Waktu-waktu mendung seperti hujan bakal menyusul nanti ni, alangkah bestnya dapat baring-baring di tilam empuk, main menyorok-nyorok dalam selimut. Pasti bising riuh rendah dengan gelak-tawa mereka.

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini, anak-anak saya membesar tanpa masalah kesihatan. Demam, batuk, selsema biasa tu ada lah.. tapi teruk dari itu memang tak pernah. Doa saya, biarlah dijauhkan anak-anak dari penyakit yang teruk tu..Nauzubullah.. 

Tak mampu menghadapi.. apatah lagi membayangkan.. Ya Allah... Jauhkan lah...

Pagi ni hati saya dijentik dengan perkhabaran berita seorang anak kecil menderita dengan penyakit LEUKIMIA.

Jentikan yang meluruhkan jantung saya.. menyesakkan nafas saya. Tak mampu membayangkan diri saya di tempat ibu dan bapa dia. Jujurnya saya tidak langsung mengenali siapa ibu dan bapa anak kecil ini.

Tapi atas dasar kemanusiaan, apalah salahnya kita bantu-membantu hulurkan sumbangan. Sumbangan yang kecil, besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.


Untuk mengumpul dana kepada Aleesya, kawan saya, FB: Maizatul Akmar, telah merancang untuk membuat jualan amal kuih-muih. Segala hasil dari duit jualan akan disumbangkan kepada adik Aleesya.  

Tarikh : 07 Februari 2016 (Ahad)
Waktu : 09.00 pagi ~ 06.00 petang
Bertempat : Kg Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor. 

Semoga Allah memberi balasan baik kepada Mai atas kerja amal yang Mai lakukan. Saya tidak mampu buat lebih seperti apa yang Mai lakukan. Dengan entry ini..harapnya sedikit sebanyak saya boleh membantu Aleesya. Insya Allah!

*Mai bukanlah ibu kepada Aleesya, tetapi kawan kepada ibu Aleesya.

Kepada pembaca blog kecil saya yang berada di kawasan berhampiran, boleh la pergi membeli kuih-muih ye.. sambil membeli sambil beramal..

Perut kenyang.. pahala pun dapat.. :)

Kepada ibu dan bapa Aleesya, semoga tabah menghadapi saat-saat sukar ini. Sama-sama kita doakan agar adik Aleesya akan diberi kesembuhan nanti. Tiada apa yang mustahil jika itu yang Allah inginkan.

Semoga, ada matahari menyusul keluar nanti.. memberi sinar harapan kepada adik Aleesya.

Semoga Allah permudahkan.. Amin....

*Untuk bantuan atau pertanyaan yang lebih lanjut mengenai adik Aleesya, boleh add FB Mai, Maizatul Akmar. Boleh PM beliau untuk maklumat lanjut (lokasi sebenar gerai jualan).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015