22 February 2016

Ada bola kecil dalam telinga abang Eusoff?!!??

Assalamualaikum..

Bersusun cerita-cerita perkembangan anak-anak dalam kepala mama ni.. Tunggu free nanti ingat nak mencoret di sini. Dalam keadaan-keadaan begini, nak menulis pun kurang idea..

Tapi hari ni mama nak kena menulis juga walaupun dalam kepala ingat nak siapkan dulu kerja-kerja ofis. Memandangkan hari ni emergency leave, ada masa kejap nak menulis. Peram lama-lama takut mama lupa. :)

Semalam 21/02/2016 balik dari ambil baju kat dobi dan makan pagi dengan papa sebelum papa pergi kerja, biarkan anak-anak menyendiri di bilik mainan. Bagi mereka masa untuk menerokai dunia imaginasi mereka. Nampak ralit sangat, saya pun joint mereka main. Niat di hati nak cuci apa-apa yang patut dalam telinga dua beradik tu. Sampai giliran abang, apa ke benda yang pelik sangat dalam telinga dia ada benda warna kuning. Tilik punya tilik, rupanya macam bola kecil.. sekali tengok macam peluru pistol mainan, saya dah tak keruan..


Bila ditanya sakit ke tak, abang jawab tak.. bila ditanya jelas tak abang dengar, dia jawab jelas.. Main, belari, melompat macam tak ada hal pun.. Macam tak de gangguan kat dalam telinga tu.. pelik sungguh..

Call papa, papa mintak tunggu dia balik mungkin lewat petang baru sampai rumah memandangkan dia kerja di luar kawasan. Hati dah rasa tak sedap nak biar lama-lama benda tu ada kat dalam telinga abang. Terus fikirkan abang yang kebetulan rumah dia pun dekat-dekat sini juga. Ajak dia teman.

21/02/2016
12.30 tgh hari - Kami ke satu klinik swasta berhampiran rumah. Malangnya, klinik tiada alat dan kelengkapan untuk mengeluarkan benda tu dari telinga abang, doktor cadangkan kami ke HKL.

02.15 petang - Kami ke emergency HKL. MO disitu cuba keluarkan benda tu dari telinga abang. Abang cool je, tapi kurang bagi kerjasama. Gelak-gelak sebab geli la.. sakit la tercucuk alat dalam telinga la.. Siap boleh sound MO "Stop it.." Last-last kene jumpa doktor balik dan doktor refer ke unit ENT berjumpa pakar telinga esoknya.


Mama kecewa sikit dengan abang.. dah penat mulut pesan itu ini, beri kerjasama..abang duduk diam-diam masa doktor buat kerja, kalau geli ke,sakit ke abang kena la tahan.. "Ya!" jawabnya. Kalau ikutkan hati dan perasaan mama ni.. nak siap-siap keluarkan semalam juga. Tak nak ganggu hari Isnin yang confirm sangat sibuk untuk mama dan papa..

Tapi apa lah yang mampu nak dikatakan... Redha je la...

Papa dan mama kena atur perjalanan kerja untuk Isnin (hari ini) macam mana jadi pun. Hal anak adalah 1st priority.. kerja sebenarnya jatuh tempat ke-2. Itu adalah fakta.

22/02/2016
7.40 pagi - Sedikit lewat keluar rumah, menguruskan anak-anak. Nak masuk ke KL dengan appointment 9.00 pagi.. sudah pasti tak sempat. Buat-buat rilek je layan jam ke HKL sambil mama layan Elyass yang makin buat perangai sebab boring dah duduk dalam kereta.. dan papa buat-buat rilek je sambil layan call masuk yang tak pernah-pernah stop. Kesian papa.. dalam kekalutan kerja.. ditambah lagi kalut pasal telinga Eusoff tersumbat bola.. 

9.20 pagi -Lewat 20 minit. Eusoff dapat angka giliran 4006. Wah!! papa pesan, sabar la menunggu..anggaran tengah hari kot baru nombor Eusoff kena panggil.

Memang betul.. 12.15 tgh baru nombor naik.. sempat la dua beradik tu mengamuk dan sempat la mama beberapa kali bertukar jadi singa..... mujur la abang tak melarat buat perangai. mama tunjuk muka singa, terus dia ok kejap.. kang buat perangai balik.. mama bertukar jadi muka singa balik.. ok balik pulak... dan begitu lah seterusnya..seterusnya...

3 doktor, 1 MO dan 1 papa.. pagang, peluk abang Eusoff. Susah sungguh..sebab abang bertubuhan sado.. tenaga pun sado juge..hehe itu dah bedung badan.. kalo tak confirm double susah. Beberapa kali kena berenti tenangkan abang, sambil doktor pun ambik masa untuk tarik napas.. kumpul tenaga nak handle tenaga abang Eusoff yang sado tuh..fuhh susah juge ye.. jadi doktor bukan kerja mudah kalo dapat pesakit macam abang. 

Kerja mengeluarkan bola dari telinga abang bukan mudah.. tersilap cucuk, mungkin buatkan bola makin jauh ke dalam menghampiri gegendang, tersilap cucuk, mungkin telinga abang boleh berdarah. Tapi doktor memang dah terer bab kerja dia. Takde apa lah nak ditakutkan.

Sebelum dibedung, abang menggelumpur ganas sungguh..

Kena bedung untuk mengurangkan pergerakan abang

Cubaan mengeluarkan bola di telinga abang

Mama perati kot monitor tu aje.. lebih jelas kelihatan kerja doktor
 

Dan akhirnya...berjaya juga keluarkan bola kuning kecil dari telinga abang.. Lega hati mama papa.

Ni ha bolanya.. Muat-muat lubang telinga abang Eusoff..

Alhamdulillah.. Allah permudahkan.

Sekali rasa nak marah je kat abang, apa ke best sumbat bola kecil dalam telinga abang oiiiii...

Tapi bila difikir-fikir balik, Allah nak beri pengalaman baru kat papa dan mama.. selama ni abang sihat walafiat takde masalah. Sekali datang dugaan macam ni, cuak la jugak..
Apa-apa pun berguna juga sesekali dapat pengalaman macam ni. Yang pasti kena banyak urut dada dan bersabar.

Penat kan nak handle ragam anak-anak.. sampai ada ketika termengeluh tau.. Tapi bila ambil iktibar dari rakan-rakan yang diuji tiada rezeki zuriat.. tak terhingga syukurnya saya, Allah hadirkan 2 anak yang sempurna fizikal, sihat tubuh badan.. Disaat Allah beri rezeki zuriat, Allah beri lagi rezeki-rezeki lain juga pada kami. Alhamdulillah..

Anak bukan la bebanan, anak adalah anugerah.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015