Salam....
"Pengalaman hebat ke USS, Singapore" entry special, setelah menyiapkan 3 entry tertangguh..akibat dari percutian ke Universal Studio Singapore ini.. (Mesti ada yang tertunggu-tunggu entry menu harian saya kan?...~Perasaan cam glemer je kan...??gegegge) Percutian yang maha penat tapi berbaloi-baloi dengan pengalaman yang advanture gitu... :-)
Sebelum semua-semua pengalaman nie hilang sikit-sikit dari memory saya, elok saya tulis setiap momment itu di diari ini... Nanti boleh baca balik dan senyum balik mengingatkan keletah-keletah lucu kami-kami di Universal Studio Singapore.. Check it out!
25 May 2012
Balik dari kerja, tak melencong ke mana-mana dah....terus kami suami isteri balik rumah...settlekan mana-mana yang masih tak siap.. Siapkan susu nanak, air panas semua, tambah-tambah lagi baju nanak...kot-kot tak cukup... Mandikan nanak.. Siap semua nya..sempat lagi kami layan Running Man.. (program feveret kami suami isteri) Masuk aje Maghrib, siap solat segala dalam pukul 8.00pm, kami bergerak ke rumah adik & Lynda -mommy dan daddy nanak, ambil diorang dulu pastuh baru bergerak ke rumah Azman & Azie - Uncle & Aunty nanak. Kami ada sewa kereta besar sikit untuk menjimatkan kos minyak, kereta Exora je pun! percutian ber-tujuh (include nanak sorang) dengan sebuah kenderaan sahaja! (Jimat minyak dan tol kan??)
21.00 -
Bertolak dari Batu Caves ke Johor Darul Takzim
Berhenti beberapa kali untuk isi minyak kereta dan berehat seketika bersama kit kat..:-p
26 May 2012
00.00 -
Berhenti untuk mengisi perut, memandangkan ada antara kami yang belum makan malam lagi, Destinasinya adalah Restoran Gulai Wangi di R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Hanya satu-satunya restoran yang masih buka di R&R pada waktu itu.
04.20 -
Selamat sampai di Tune Hotel Danga Bay. Bukan untuk check in pun, cume untuk ambil tiket bas ke USS, Singapore dan just nak inform yang kitorang akan check-in lewat petang nanti (Sebab plan kitorang untuk ambil bas yang paling lewat dari Singapore ke Johor Bahru)
05.09 -
Berhenti untuk solat Subuh di Masjid Abu Bakar, masjid Negeri Johor Darul Takzim.
07.30 -
Ke Tune Hotel Danga Bay untuk berkumpul menaiki bas ke USS Singapore.
Masa kitorang sampai kat Tune Hotel ada dua biji bas sudah menunggu... Memandangkan masa masih awal (sebab dalam tiket ditulis masa bertolak pukul 08.30 pagi), kitorang isteri-isteri nie decide la nak tumpang mandi dulu kat toilet Tune Hotel nie...... Dah siap mandi tu, pergi balik kat kereta nak simpan apa-apa yang patut...para suami nie inform la yang group kitorang nie kene berpecah kepada 2 group, 3-3..memandangkan bas dah penuh! dan dah nak bertolak dah pun.. padahal masa tu baru 08.00 pagi! OMG..OMG... tak de maknanya nak berpecah-pecah, lagi-lagi plak masa bertolak yang berbeza-beza... Kang nanti dah timbul masalah kalo tak jumpa balik sesama sendiri kat sane (Singapura). Try pujuk en. driver bas... diorang cam tak nak layan! Lebih bersikap lepas tangan.. (padahal tiket dah bayar ok... tak patut kan..?) Ok fine! tak kesah laa... rugi RM23/person! Daripada menjadi huru hara kat sana nanti.
So, kitorang decide untuk pergi ke Singapore dengan ikhtiar sendiri -sendiri aje.. Errkkss... mendengar itu kami, si isteri-isteri ni cam cuak sikit..! Mampu ker..? Dah laaa first time nak pergi..tak tahu keadaan cam mana lak?? Tapi melihatkan si suami-suami cam confident tinggi aje.... why not..ikutkan aje pendapat mereka.. Insya Allah..ada caranya! Diorang mengcover keadaan dengan wat-wat happy, sedangkan kitorang yang isteri-isteri nie dah senyap melayan perasaan bergelora maha dahsyat kat belakang.. dalam hati saya dah berkata-kata "Mungkinkah trip ini akan cancel begitu sahaja" Memikirkannya sahaja membuatkan saya dah berasa takut...hoho.... no...no..no..!
08.05 -
Mengisi perut dahulu bagi mengubati hati yang sedang sakit mengenangkan tak dapat naik bas yang dah booking online awal-awal... Ingat kalau dah booking online tu..ok la kan..? Rupanya tetap ada masalah yang timbul...hampessss...
Dalam tengah breakfast tu, para suami berbincang-bincang la dengan mengutarakan plan-plan yang ada, plan A, sudah semestinya X... tak menjadi! Ditinggalkan bas, macam tuh sahaja...gegegge.. So, ada plan B, masuk ke Singapore dengan kenderaan sendiri! Woww..interesting..! Ok gak, senang saya yang ada anak kecil nie... tapi... kitorang tahu ke jalan untuk ke Pulau Sentosa tuu... Bukan senang kalau ke tempat yang belum pernah kita jejaki lagi....mmm..Mungkin perlu register dulu kenderaan kat mana-mana..ye la nak bawak masuk kereta plate Malaysia, mesti ada prosedur yang perlu dibuat kan...? Susah jadinya nanti,mungkin akan mengambil masa.. Plan C, adalah..naik bas lompat-lompat katak! huhuhu.. cara nie mungkin letih, tapi lagi dijamin akan sampai ke Pulau Sentosa..berbanding plan B!
Disebabkan timbul kesukaran untuk decide plan mana yang nak ikut tu..., Adik plan untuk tanye siapa-siapa kat situ, kebetulan tempat yang kitorang lunch itu bersebelahan dengan stesen bas Plaza Kota Raya. Menunggu dengan sabar aje laaa supaya ada keajaiban yang berlaku nanti. Dalam hati dah berfikir-fikir, mesti ada hikmah dalam setiap yang berlaku ini.. So, think positif..think positif.. jangan cepat melatah..!
Tahu, apa khabaran dari adik untuk kami-kami yang menunggu ini? Yeaaayyyyy!!! Kita boleh ke USS dengan menaiki bas "TRANSTAR" direct ke USS, hanya dengan RM5 seorang. Tak perlu naik bas lompat-lompat katak! hahah Cuma tunggu je la dengan sabar kat stesen bas nie aje..bas sampai..naik je laa... Ok, tambang tak mahal.. Sewa parking kereta pun cuma RM8 per entry. Hati dah rasa senang sikit dah.....lalalaaa...
Dalam pada menunggu tuh, ada la satu group besar, dalam 40 orang lebih jugak laa.. sedang menunggu untuk menaiki bas ke USS juga.. Mungkin group team building, pakai baju same aje semuanya.. Sekali lagi kami terasa diuji, muat ke ramai-ramai nie nak naik sebiji bas...? Macam tin sardin le jadinya nanti... Tu tak ditambah lagi orang-orang biasa yang sedang menunggu jugak... Waktu-waktu cam nie, perlu sangat-sangat positifkan hati..kalo tak, mahu aje decide tak yah pergi!! lagi senang! hehehhe..tapi mujur la kami-kami nie dikurniakan kesabaran yang tinggi.. pantang mengalah sebelum berusaha!!
09.30am -
Akhirnya, yeayyy...bas sampai, dan dalam kaedah berebut-rebut tuu..kitorang boleh dapat tempat duduk, Alhamdulillah... ! tapi bas, sangat la penuh, sampaikan kene berhimpit-himpit sesama sendiri. Boleh aje asalkan sampai USS... :-p
09.18am -
Sampai di CIQ Johor Bahru.
Kami-kami perlu cepat untuk melepasi imigresen. Pegawai imigresen just check passport aje, dan tengok sama tak gambar di passport dengan muka original kita.. Simple aje..
Berlari-lari kitorang mengejar bas... semangat waja katakan....gegegge.. Sampai aje kat bawah... Kami-kami hampa lagi.. Bas yang kami naik tadi dah berlalu pergi...Owh.. baru la kami faham, setiap penumpang yang naik bas, untuk ke USS, tidak semestinya akan dapat meneruskan perjalanan dengan bas yang sama tadi sebab, kes yang sama, orang yang tertinggal bas trip sebelum kami akan mengambil bas yang telah dikosongkan oleh penumpang-penumpang bas yang kami naik tadi. Sabar aje laaa.......uwaaa... :-(
Nak menuggu next trip dari syarikat bas yang sama, (TRANSTAR)... tak boleh nak agak..lambat ke atau cepat ke.. Kami-kami bimbang terlambat sampai ke USS tak puas plak meround-round 1 USS tu... So, perbincangan telah dibuat lagi! Kali ini, kami-kami decide untuk naik bas lompat-lompat katak dari CIQ Johor Bahru untuk ke Woodlands, Singapore (Imigresen Singapore)!
09.40 -
Kebetulan ada satu bas dah nak bertolak... kami tanya, dan memang boleh naik bas itu untuk ke Imigresen Singapore.. Hanya dengan bayaran RM1.10 sahaja. Fuhh...kami lega lagi. Lepas satu, satu dugaan yang berjaya kami tempuhi dengan sabar.. :-)
10.14 -
Kami selamat sampai di Imegresen Singapore (Woodlands). Sudah separuh perjalanan kami ke Pulau Sentosa... Yeayyyy..kami berjaya meredah perjalanan yang maha mencabar ini. Alhamdulillah... dan kami pasti tentu ada cabaran lain yang sedia menanti lagi.. kami cukup bersedia!
Seperti biasa, berlari-lari anak kami turun dari bas untuk ke bahagian pemeriksaan imigresen. Mak oiii..ramai nyer manusia..! Confirm ramai-ramai nie nak ke USS kan... Beratur panjang la kami kat situ nak melepasi imigresen singapore.. Nanak dah buat perangai dah....mungkin dah terlalu rimas ngan keadaan yang ramai orang sangat-sangat! Waktu masa tu dah tengah hari..mungkin dah lapar agaknya. Siap minum sebotol susu...senyum.... :-)
Dah selesai pemeriksaan imigresen, kami turun ke bahagian menunggu bas...Tak berlari dah pun.....relax aje.. mmm, kat sini lagi ramai orang, sedang menunggu bas masing-masing untuk ke destinasi berikutnya...dan kami? Nak menunggu bas yang pertama naik dari Stesen bas Johor tadi kah (TRANSTAR)? atau nak naik bas lompat-lompat katak lagi kah? kalau nak naik bas lompat, masalah jugak nak carik sebab kebanyakkan bas yang banyak-banyak di situ tu...perhentian terakhir tak kan sampai kat pulau sentosa (USS). Kalau ada pun bas persiaran yang memang dicarta khas dari Johor Bahru...Kitorang tak boleh main redah naik aje... Bila nak bertanya, kebanyakkan pemandu bas, atau attendance bas tak tahu berbahasa Melayu mahupun English.. kat situ komunikasi adalah susah!
Menunggu aje la kami-kami di situ dengan situasi tidak pasti... Menunggu dan terus menunggu.....sambil mengharapkan keajaiban akan berlaku, dengan masing-masing muka dah sangat keletihan dan kelaparan! lagi-lagi nak melayan kerenah nanak yang dah macam-macam ragam tu...
11.41 -
Dalam pada kami menunggu-nunggu itu, tiba-tiba datang la bas dua tingkat "TRANSTAR"!! Wah berlari lagi kami waktu ini..tapi ini bukan berlari-lari anak...tapi berlari-lari lompat pagar, gaya seorang atlet sukan dah...hahahhahah.. Tahu kenapa? Sebab bas ini adalah bas pertama yang kami naik dari Stesen bas Johor tadi. So, tak perlu bayar duit untuk naik..just tunjuk tiket bas sahaja... Seronoknyer... Alhamdulillah...Allah permudahkan lagi.
kali ini, kami dapat pakej tau...naik bas tak perlu bayar, pakej sekali ngan drama hindustan!! haahahah... Biasa laa.., gaduh-gaduh pakwe makwe... Kitorang layankan aje laaa...... :-) Hilang la jugak keboringan menunggu dalam perjalanan 1 jam itu.
Package lagi satu..nanak pulak membuat onar di dalam bas... Muntah di dalam bas yang ramai orang tuh... Huru hara saya ngan en.suami... Mujur la ada orang yang baik hati menghulurkan saya plastik bag.... Mmmm...nanak saya, nanak saya...Onar macam nie boleh aje terjadi kat mana-mana...
Selebihnya, melayan aje la panorama-panorama kota singa ini.. memang betul kata orang, bandar dia bersih..... :-)
12.30 -
Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE @ Sentosa Island... Yahooooooo.... Teruja dan sangat-sangat teruja. Hasil dari penat lelah sepanjang hari rasa berbaloi-baloi apabila kami boleh jugak sampai ke destinasi yang dituju ini.
Nampak menara castle tuu..ha..da dekat la tu.. |
Yayyyy..nanak dah sampai USS walaupun tertido keletihan.. |
Tunggu Entry part II kami di Universal Studio Singapore ye........ :-)
Hi. Nice sharing tentang pengalaman anda. :) Silakan juga melawat page saya, LOVE TRAVEL di https://www.facebook.com/lovetravel86 . Kami ada jual tiket-tiket menarik pada harga PROMOSI seperti USS, SEA AQUARIUM, GARDEN BY THE BAY, NIGHT SAFARI, MADAME TUSSAUDS, SINGAPORE ZOO dan banyak lagi pada harga special.. Contohnya USS pada harga SGD68 atau RM218 sekarang.. Servis lain ada seperti Singapore City Tour, Bus Rental & Private Transportation Service. Berminat boleh lah contact saya. Thanks ! JESSICA, +6012-7760219, jessica.travel8686@gmail.com, LOVE TRAVEL >>> https://www.facebook.com/lovetravel86
ReplyDelete