29 June 2012

When you lose fat...

Sumber : Google

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk-Mu..

Salam,

Ingat lagi tak entry saya mencari-cari penimbang berat badan?? Nak yang complete bacaan semua bagai tuh…... Entry lama dah pun… tengok kat sini.

Dan…..


Sekarang saya dah dapat apa yang saya nak.. hoyeyyy..hoyeeyy.. Dah nak sebulan pun dapat tapi tak sempat nak update kat diari kesayangan ini. Sebijik sejebong [orang Terengganu kate] sama macam apa yang saya nak tuuu. Yang lagi best saya dapat free lagi!! Alhamdulillah.... Terima kasih untuk kakak saye yang memang baik hati menghadiahkan penimbang ini…hehhe [Bodek nampak….:-p)


 
Tapi…

Bile dah ade penimbang, tak sempat lak saya nak wat entry pasal berat saya yang terkini…hihhihh… [Rahsia dulu boleee…? ] Ingat lagi tak entry ini? Saya mengeluh pasal banyak baju yang dah tak leh pakai tuu..? Alhamdulillah, saya dah dapat pakai semua baju tu…tak perlu nak beli baju-baju baru secara beria-ria….cukup la nak beli baju time nak raya nanti aje…  Baju-baju kebaya zaman muda, belia, remaja dulu pun saya dah boleh sarung balik dah… Termasuk blause-blause kegemaran yang dah tak muat tuuu….

Alhamdulillah…

Hanya pada Allah saya panjatkan syukur atas apa yang dah dikurniakan hari ni…. Menunaikan rintihan hambaNya agar dapat kurangkan berat badan seperti dulu [Alhamdulillah…] Terima kasih Allah kerana mempertemukan saya kepada Herbalife. Ia benar-benar membantu!!

Kepada siapa-siapa yang punya “Azam” seperti saya,

Tiada apa yang mustahil….Jika kita nak dan kita usahakan!! Insya Allah akan kita kecapi jua.. Mungkin, bezanya cepat ataupun lambat sahaja. Yang penting jangan cepat mengalah!! Kita kena Fighting!!!!!!!!  In the end….kita akan dapat hasilnya yang “manissss” sangat.

Sumber : Google
 
Selepas ini,

Saya perlu secara konsisten menjaga pemakanan, jogging at least 3 kali seminggu, ½ jam setiap sesi.. pendek kata sentiasa mengamalkan “gaya hidup sihat” Insya Allah…. 
[Semoga Allah permudahkan] Amin...

23 June 2012

"Learn English with Noddy"

Salam,

Korang pernah dengar tak pasal bende alah nih….? Saya pun baru aje tahu, sebelum nie tak pernah tahu apatah  lagi dengar dan tengok… Mungkin jugak, sebelum nie pernah ade salesman yang offer untuk dengar penerangan tentang bende alah nie kat saya dan en.suami kat mana-mana, tapi mase tuh kami ignore aje orang tuh…agaknye laa…  (Dalam erti kata sebenar: Belum terbuka pintu hati lagi)

Hinggalah hujung bulan Mei baru-baru ini, tengah jalan-jalan kat Gaint Batu Caves, en.suami ditegur oleh sorang salesman nih.. offer untuk duduk dulu, dan dengar penjelasan dari beliau.. Saya nampak en.suami duduk! dan saya dari jauh dah cam geram je…sebab masa tuh dah nak maghrib dan kitorang kene cepat-cepat carik barang yang nak beli pastuh balik!
Ingat nak tarik lengan en.suami, nak kata.. “takpe la encik, kitorang nak capat nih!..terima kasih aje laa” Tapi dah sampai dekat tuh..tetiba terpandang kat tv kecil yang diorang pasang…. Citer kartoon..dan nanak sangat focus pada bende tuh.. Saya tarik kerusi dan joint duduk sebelah en.suami… muahahhaha.. Konon la nak ajak en.suami beredar cepat-cepat dari situ kan.... Alih-alih saya yang terjoint sekali..
Mula-mula dengar, dalam hati “ye ke…? Ye ker..? Cam tipu jerk.. tipu la tuh..” heheh..jahatkan…? Tapi bile dengar lama-lama.. fakta-fakta tentang perkembangan otak baby..macam mana baby boleh belajar dari keadaan sekeliling,  mula-mula rasa cam best je…pas tuh teruja… pas tuh apa kata kita cube!! Tak salah untuk pembelajaran nanak kan?
Last-last kami suami isteri decide untuk tutup mata dan beli sahaja untuk pembelajaran nanak. Harap-harap masih belum terlambat untuk nanak saya 1 tahun 7 bulan itu belajar semua ini. Orang lain anak 6 bulan dalam kandungan dah beli ok…. Keluar fresh-fresh dari pewot dah boleh start belajar “Learn English With Noddy” ini.. Sangat advance.. 
Buku nanak.... Banyak nyeerr....

Buku mama dan papa..... Guide book ofcoz!

Alhamdulillah, setakat sebulan nanak dengan Noddy ini… ada perkembangan positif yang kami nampak.. Nanak sudah boleh sebut beberapa perkataan English yang dia dengar dari program ini, rainbow=ebow, car=karng.. (motif tambah ng?? anak kelahiran Terengganu la katakan..geggeg), train=een, bye=bye, dan ada la beberapa words lagi...  Nanak jugak boleh nyanyi-nyanyi ikut lagu Noddy walaupun tak berapa nak faham perkataan dia. Boleh feedback apabila Noddy say bye!.. Nanak pun say bye!... Yang saya amat-amat terkejut, apabila part Mr. jumbo kata "No..no..no.. I'am grey!!" dengan suara garau dan besar, boleh lak nanak nak ajok ikut dengan suara yang besar gak... Alahaiiiii...comel je...! Yang bestnyer sepanjang lebih kurang 12minit program ini, nanak memang focus! Ada part-part yang dia suka…nanak senyum dan tepuk tangan! So sweet…. Dah abis seround, nanak mintak lagi….nak..nak.!! Feedback positif lagi! Alhamdulillah.. Semoga dia tak boring-boring ngan program ini, Insya Allah.

Banyak tahap/modul/siri dalam “Learn English for Noddy” ini… mengikut tahap usia nanak membesar.. Untuk nanak saya, TAHAP 1 dulu… Dah agak banyak penguasaan dalam tahap 1, beralih lak ke TAHAP 2, dan seterusnya… Hopefully dah sekolah nanti, nanak pandai English ye… :-)

Agak-agak ada tak program macam nie untuk penguasaan Al-Quran eh.... Saya nak carik laa..... Ilmu dunia dan ilmu akhirat...moga-moga nanak saya boleh pelajari kedua-dua ilmu ini dengan jayanya..Insya Allah... :-)

22 June 2012

Jom Kurus dengan Kelvin Zahri

Salam....
Ada yang berminat nak joint? Klik banner ini...
1.     Kenapa anda ingin join seminar ini 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..! Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk saya apabila, mendapat khabaran dari blog Kelvin Zahri. Tak sia-sia saya jadikan blog Kelvin Zahri sumber rujukan “panduan blog untuk kurus” di blog saya. Terima Kasih Kelvin atas khabaran gembira ini.. Ribuan terima kasih kepada PuanBee.com dan Prince Court Medical Centre.

Terus kepada persoalan, Kenapa saya ingin ikut serta di dalam seminar ini?
Terus terang saya katakan perkara pertama yang terlintas di fikiran saya waktu pertama kali membaca entry Kelvin Zahri ini, adalah:

 Saya inginkan inspirasi/semangat!
Apakah itu inspirasi?
     Inspirasi ialah idea pencetus untuk melakukan sesuatu kerja.
Selama saya mengawal pengambilan makanan harian secara sendiri-sendiri dengan sokong padu oleh suami, Alhamdulillah.. Allah memberi saya kekuatan untuk melaksanakan misi itu. Setiap hari dengan sedikit azam dan sokongan suami, saya mampu mengawal kuantiti makanan yang diambil, dan yang lebih penting saya mampu mengawal kualiti makanan yang diambil, terutamanya pengawalan kualiti dari segi pengambilan minyak dan lemak. Alhamdulillah ada peningkatan dalam penurunan kg saya walaupun ianya bukanlah satu angka yang besar.


Selama sebulan saya menghitung hari dalam misi mengurangkan kg ini, saya rasa kurang inspirasi dan semangat. Sememangnya kata-kata semangat dari suami tidak pernah putus, tapi dirasakan saya mahukan lebih dari itu. 

Kata-kata semangat dari kawan-kawan sepejabat?? Saya merupakan pekerja baru di tempat kerja sekarang, dan mungkin faktor itu membuatkan kata-kata semangat dari kawan-kawan di tempat kerja adalah kurang. Saya pula jenis yang tidak suka menghebohkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. Lagi-lagi berkaitan ingin mengurangkan kg ini. Bagi saya ini merupakan isu sensitif, tidak semua orang suka akan isu ini, dan paling saya tak nak apabila ada orang yang akan memperlekehkan misi saya ini. Dari inginkan inspirasi, saya terus down!
Dalam mencari-cari inspirasi dan semangat, saya usahakan dengan membaca majalah-majalah kesihatan seperti Rapi, majalah Wanita, saya juga membaca blog-blog yang juga mempunyai misi yang sama seperti saya. Saya juga membaca blog-blog kesihatan termasuklah blog Kelvin Zahri ini. Alhamdulillah..saya rasa Azam saya untuk kurangkan kg, disuntik semangat dalam setiap pembacaan majalah-majalah dan blog-blog. Lagi-lagi ada blog yang menceritakan kisah-kisah kejayaan hasil dari plan-plan diet yang diikuti.
Hasil dari semangat itu akhirnya saya pula yang membuka blog sendiri, Apabilaazambercerita.. sebuah blog yang menceritakan  perjalanan misi mengurangkan kg saya yang saya definasikan kepada umum “Cerita saya yang penuh dugaan dan cabaran.. “Azam” yang dimaksudkan adalah keinginan, tekad dan harapan saya” Alhamdulillah.. Semakin bersemangat saya apabila, ada kawan-kawan blogger yang berkongsi minat yang sama dan saling memberi kata-kata semangat untuk mencapai misi itu!

Apabila saya rasakan progress penurunan kg saya sedikit perlahan…saya rasa sedikit kecewa, namun begitu saya tahu saya perlu kuat semangat..jangan cepat mengalah. Saya sudah berusaha gigih.. dan saya sudah dapat keputusan yang saya inginkan…walaupun cuma hanya dalam jumlah yang sedikit.. Saya tidak perlu terlalu kecewa kerana itu!
Semangat saya ditopup balik apabila saya menjumpai produk Herbalife.. Hehe.. Ini bukan jalan pintas untuk kurus ok.. Ya, saya tahu… saya perlu teruskan usaha mengawal kalori dalam pengambilan makanan, disamping membuat senaman secara konsisten, dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan produk Herbalife adalah sebagai makanan tambahan! Alhamdulillah… Progress penurunan ada, walaupun bukan juga dalam angka yang besar, namun penurunan itu konsisten, itu yang saya mahukan. Bulan ini merupakan bukan kedua saya bersama Herbalife dan hasil dari produk ini disamping amalan-amalan gaya hidup sihat saya, saya semakin positif dalam hidupan harian.
Saya sedia maklum, bukan selama-lamanya saya boleh menggunakan produk ini hanya semata-mata untuk kurangkan kg ini, memandangkan harga yang sedikit mahal itu.. Cukuplah sehingga saya dapat berat badan yang idea…dan mungkin pada waktu itu saya perlu hentikan pengambilan Herbalife ini. Insya Allah, saya akan terus meneruskan amalan-amalan gaya hidup yang sihat itu sehingga ke akhirnya.
Dan kini, saya gigih tiap-tiap hari mencari semangat-semangat baru untuk saya teruskan misi ini, dan akhirnya saya terjumpa “Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Bloggers” dan saya amat-amat teruja! Saya tekad untuk mencoret entry ini hingga ke akhirnya untuk memastikan saya menjadi salah seorang yang boleh menyertai Seminar ini. Saya inginkan lebih ilmu dalam bagaimana cara yang betul untuk tampil lebih kurus. Saya impikan sesuatu keajaiban yang akan berlaku! Insya Allah…
2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Saya suka bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri. Terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Namun begitu terdapat tiga perkara yang paling utama, iaitu:
1.       Makan mengikut nafsu
Nafsu makan merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dikontrol. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan macam saya ini. Kadang-kadang perumpaan seperti “Hidup untuk makan”, amat bertepatan sekali!  Padahal perumpamaan sebenarnya adalah “Makan untuk hidup”.

Perut sudah menghantar signal “kenyang” kepada otak, namun nafsu masih lagi mahukan makan-makan dan makan… Bukan hanya makan pada waktu-waktu makan yang sepatutnya sahaja, tapi juga makan pada waktu-waktu yang bukan sepatutnya..terutama sekali makan pada waktu tengah malam. Makan pula dalam kuantiti yang banyak dan bertambah-tambah. Sehinggakan pada satu tahap termuntah balik apa yang dimakan.

Perkara ini pasti tidak akan terjadi jika diri sendiri sedar akan akibat dari makan mengikut nafsu ini dan bersedia untuk membentuk kesedaran akan tabiat makan itu.

2.       Tidak mengawal  kalori dalam pemakanan
Apabila sudah makan mengikut nafsu sahaja, jadi setiap apa yang dimakan tentulah tidak akan menitik beratkan kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut. Negara kita amat kaya dengan makanan yang penuh dengan kalori. Umpamanya untuk makan pagi, sudah terhidang Nasi Lemak, Roti canai, Nasi Minyak, Pulut kuning berkuahkan rending daging, lontong, kuih karipap, dan banyak jenis makanan lagi. Minuman pula Tea tarik, milo, kopi, nescafe dan banyak lagi.

Tidak terkecuali makan tengah hari dan malam.. yang memang banyak pilihan makanannya.
Jika setiap apa yang memasuki ruang kerongkong tidak diambil berat isu kalori, sudah pastilah masalah berat badan berlebihan akan menghantui sepanjang kehidupan. Lebih teruk lagi jika disusuli dengan sakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan lain-lain penyakit merbahaya lagi.

3.       Tidak Bersenam
Perut yang sudah penuh diisi dengan bermacam-macam makanan tinggi nilai kalori, sudah tentu mengakibatkan badan menjadi berat, lemah dan tidak bertenaga. Sudahnya tilam empuk yang menjadi pilihan. Nak berjalan pun sudah tidak berdaya untuk mengangkat kaki. Apatah lagi untuk bersenam.

Tanpa senaman cergas untuk menggalakkan pengeluaran peluh inilah yang akan mengakibatkan kekuatan otot berkurang, ketahanan jantung dan paru-paru menurun, dan seterusnya terjadi pengumpulan lemak di dalam badan yang tentunya berakhir dengan masalah berat badan yang berlebihan ataupun obesiti. 

Happy Birthday to you anak mama, adik Eusoff!!


Entry Khas untuk memperingati
1st Birthday Celebration 

untuk anak saudara, merangkap anak susuan saya, merangkap adik kepada Eusoff;
KHALISH AIMAN BIN MOHAMAD LOKMAN
22 June 2012

Gambar kredit to Md Lokman


Semoga Aiman membesar menjadi anak yang berjaya dan dapat berbakti untuk ibu dan ayah, dan tak lupe untuk mama dan papa jugee... ngeh..ngeh..ngeh... :-p

Semoga anak mama nie boleh jadi Pilot besar nanti...
jadi pilot sama-sama dengan abang Eusoff...ok??
Jangan joint RAMP cam ayah lak ye... Kite upgrade tinggi-tinggi punyerrr...


"Mama sayang kamu berdua kerana Allah"

KHILFI EUSOFF BIN KAMARUL AZAM
&
KHALISH AIMAN BIN MOHAMAD LOKMAN


21 June 2012

1 Sya'aban bersamaan 1433 Hijrah

Alhamdulillah... hari ini dah 1 Sya'aban bersamaan 1433 Hijrah..
Lagi satu bulan untuk menunggu kehadiran Ramadhan...
Saya rindukan bulan itu... :-)

17 June 2012

17 June 2012 -Selamat Hari Bapa..

Hari Bapa tahun nie saya agak-agak terlepas pandang... Iklan-iklan mengenai sambutan Hari Bapa pun macam kurang aje... Errkk.. ker saya yang kurang tengok tv... Semenjak dua menjak nie asyik melayan Mr. Noddy ajee ngan nanak... Saya memang maklum yang bulan Julai merupakan hari bapa.., cuma tidak tahu berapa hb nye. So hasil pencarian di google.. 17 hb merupakan Hari Bapa (Ahad)...fuhhh...mujur masih tak terlewat untuk saya menelefon ayah nak ucap selamat hari bapa... :-)

**********************************************************************
Saya tepon ayah awal sehari sebelum Hari Bapa..

Saya : Selamat Hari Bapa ayah...
Ayah : Ayah dok sambut Hari Bapa... Sambut hari "ayah" je...
(Rupanya ayah buat lawak..kekekke)
Saya : Hehhehe...ok... Selamat Hari Ayah ayah...

Senyap....sambil dengar ayah cam gelak-gelak malu dihujung talian.. :-)
Itu lah ayah saya..., seorang yang pemalu sebenarnya... Lagi-lagi kalau ucapan khusus yang memang ditujukan khas untuk beliau, cam hari jadi ke..? Hari bapa..dll..

Selama 28 tahun saya hidup, amat bermakna dengan kehadiran seorang "ayah" yang sangat berjasa ini... Memang ayah sedikit garang dalam membesarkan anak-anak, tapi disebalik kegarangan beliau itu ada juga perasaan kasih dan sayang yang tak berbelah bagi.. (hikikhik..dalam hati ada taman gitu..) Saya sayang ayah saya kerana Allah..



**********************************************************************

Untuk bapa mertua, tak berkesempatan untuk call...tapi dalam hati kecil saya tetap mengahrgai jasa-jasa beliau. Sepanjang saya mengenali abah,abah seorang yang kuat semangatnya, cekal dalam mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak, sehinggalah berjaya kini. Alhamdulillah Allah memberkati hasil usaha seorang abah...

Terima kasih abah... atas jasa dan pengorbanan abah. Selamat hari bapa abah....


*************************************************************************

Untuk en.suami, Selamat Hari Bapa mama tujukan kepada papa.. Kalau papa baca entry mama nie, mesti papa senyum sampai telinga kan...? :-)

Chop!! Chop!! Chop!! Mesti terdetik dalam hati papa, kat rumah boleh ucap..nape nak kene tulis entry bagai kan.... Heheheehhe.. Betul kan papa fikir ini....??
Mama tulis entry khas untuk lelaki-lelaki kesayangan mama... Papa antara yang bertuah itu..hhehehe...

I love you papa....hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana menjadi suami, sahabat dan seorang pendengar setia kepada setiap rintihan mama. Terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik buat nanak yang comel itu, Eusoff... Terima kasih atas segala-galanya.

I love you untill the end.. "Selamat Hari Bapa"..


06 June 2012

Selamat Datang ke USS -Part II

Salam...
First entry lebih berkisar kepada perjalanan kami-kami untuk ke USS... mencabar kan..? Tak terduga dengan akal fikiran yang kami akan melalui pengalaman yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental itu .. Ingatkan cam senang aje... rupanya tidak seperti yang dijangka! Dah gaya cam Explorace Asian kan? Hahahha.. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran kami-kami ber-7, kesusahan itu dapat dilalui dengan jayanya dengan pertolongan dari-Nya.. Lihat di sini.

Setibanya kami di parking lot USS... Waaaa..... kagum dengan pemandangan sekeliling yang super duper best itu....Baru parking lot ok..tak naik entrance lagi...huhuhu Turun aje dari bas... senyuman kepuasan kami sedekahkan sesama sendiri... hehehe.... :-) Hilang segala kepenatan dan kelaparan!! Sakit kaki pun hilang seketika! Seronok dan excited la katakan..... Nanak tertido masa tu... Kalo tak mesti dia lagi extra excited...ye laa..banyak tau watak-watak kartoon kat situ... Melambai-lambai kat pengunjung USS.. kami-kami yang tua nie pun excited melampau!! huhuhu

First thing yang akan semua pengunjung USS buat setibanya sampai adalah, bergambar di globe Universal Studio Singapore yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk!. Ala...globe yang pusing-pusing, kuar asap tuh...hehe.. Bergambar sakan la kitorang kat situ. Cuaca waktu itu tersangat la panas. Ye la waktu tengah hari..matahari betul-betul kat atas kepala...! Tapi tak kesah langsung! Bergambar lagi best.....

Jom view gambar-gambar yang boleh menceritakan segala-galanya... :-p


Masa untuk masuk!! Dari luar nie dah boleh nampak tersergam indah pemandangan dalam yang seperti masuk ke dunia kanak-kanak yang penuh fantasi...tapi di alam realiti..... :-)
Watak-watak karton pelbagai karektor mencuit hati kami-kami.. Comel sangat..melambai-lambai menarik perhatian pengunjung. Boleh ambil gambar bersama mereka-mereka itu...best sangat!!!!!

Here we are!!!!! Universal Studio Singapore..


 
En.suami check in ke USS..

Memandangkan nanak ngah tido, saya kejutkan dia...agar nanak pun tak terlepas detik-detik indah itu... Dan sekali bukak aje mata, haa...terus tangan dier tunjuk-tunjuk bende itu. Teruja sangat! Segar dah matanya.. Tapi tetap nak berdukung..ngan mama aje! papa tak nak! Letihnya saya....

Dalam penat-penat tu, ternampak la dekat sebelah pintu masuk ada satu tempat untuk menyewa stroller untuk kanak-kanak dan wheelchair. Sebab dah letih sangat, saya pujuk la en.suami sewa bende alah nie..... $15 untuk satu stroller (double). Ambik yang double ingat boleh letakkan bag sekali..  Tahu ape jadi lepas tuh.... Pembaziran $15.. nanak tak nak duduk pun! apa boleh buat....so, kitorang tinggalkan aje la bende tu, nanti ada la orang datang kutip kot... :-) 




Bermula la perjalan kami-kami di alam fantasi..chewahhh..

Berjalan-jalan melalui Kota Hollywood... Wah..dah terasa kat Hollywood dah pun.. Nak merasa ke tempat yang sebenar entah bile dapat kan.. So kat sini, boleh je laaa...layan jugak.. Untuk mula-mula nie kitorang tak masuk pun kedai-kedai tu...nanti la nak kuar nanti baru ronda masuk dalam lak... 

Apa yang menarik di Hollywood ialah:
Monster Rock
"Come watch the Universal Classic Monster in an all new Rock-N-Roll extravaganza!"

Tempat-tempat menarik untuk membeli belah:
1.Universal Studio Store
2.Star Character
3.The Dark Room
4.Silver Screen Collectables
5.SuperStar Candies
6.The Brown Derby
7.That's a Wrap 
Melalui jugak kota New York.. Best nyerrr...tak terucap ngan kata-kata..
Apa yang menarik di New York adalah:

Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg
"Be blown away as an empty sound stage becomes the setting for a major hurricane about to hit New York City-right before your very eyes"

Ok tak nak citer panjang-panjang... nie je la ape yang kami-kami main kat USS nie....


MADAGASCAR

Madagascar : A creat adventure <---Nanak boleh main
 Melalui sungai yang panjang dengan menaiki bot ditemani oleh watak-watak hero Madagascar iaitu, Alex, Marty, Melman dan Gloria!


Abaikan muka saya yang maha excited itu...huhu

King Julien's Beach Party-Go-Around <---Nanak boleh main
Menaiki "Merry Go Around" bersama-sama dengan King Julien, the Lemurs dan banyak lagi karektor-karektor Madagascar yang lain




FAR-FAR AWAY

Shrek 4-D Advanture<---Nanak boleh tengok
Boleh melihat, mendengar, dan MERASAI segala action "Princess Fiona & Shrek in a fairytale adventure" dari tempat duduk masing-masing....   




Enchancted Airways<---Nanak x boleh main
Menaiki roller coaster yang laju sangat-sangat melalui bandar Far-far Away. Seronok sangat walaupun boleh tahan jugak la tahap kelajuan dier! Menjerit-jerit jugak la saya dan en.suami.hehahahh... turun je, kitoran bantai gelak sesama sendiri..ngeh..nghe..ngeh...


Wuiihhh....Gayat kot!! Kredit this photo to Azman
 
Yang saya tak sempat main:

Donkey LIVE
"Sing along with Shrek's sidekick Donkey as he hosts this interactive "live" show"

Magic Potion Spin
"A fantastical ferris wheel for children in Fairy Godmother's Potion Shop"


THE LOST WORLD

Dino-Soarin'<---Nanak boleh main
Kanak-kanak, atau orang dewasa pun boleh memandu sendiri "Pteranodon" nie.. Sama ade nak terbangkan tinggi ke langit biru atau rendah.... (saya tak tahu, nak tinggikan tekan butang putih tuu...so, saya naik ngan nanak rendah aje laaa...) kesian saya..patut la nampak naper orang lain semua boleh tinggi-tinggi dan saya ngan nanak asyik rendah aje....


Takut eh...??? hehe
WaterWorld<---Nanak boleh tengok
Boleh menyaksikan sendiri stunt-stunt berani mati, letupan-letupan yang maha dahsyat dan real sangat di pertunjukan air secara live ini... Seronok woooo...hebat betul diorang-diorang nie...serious real sangat...!! Kalau terlepas pertunjukan ini memang rugi sangat la ke USS nie... Memang best!!!!



Yang saya tak sempat main:

Jurassic Park Rapids Adventure
"Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked"

Canopy Flyer
"Enjoy a prehistoric bird's-eye view as you soar oven Jurassic Park"

Amber Rock Climb
"Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects"



ANCIENT EGYPT

Revenge of the Mummy<---Nanak x boleh main

Menaiki Roller Coaster di dalam bangunan (indoor), di satu dunia yang penuh kegelapan... Seriau gilerr..sebab dalam menjerit-jerit kelajuan roller coaster tu, menjerit lagi sebab face to face dengan mummies yang amat menakutkan dan mengerikan. Di tambah lagi, berhadapan dengan api-api yang maha panas itu...uikkksss... serious...hilang darah....gegegeeg 





Yang saya tak sempat main:

Treasure Hunters
"Children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site"

SCI-FI CITY

Battlestar Galactica: CYCLON (BLUE Track)<---Nanak x boleh main
"This suspended roller coaster goes up, around and upside down with an intense corkscrew and a cobra roll"
Roller Coaster yang maha menakutkan... (Ini yang paling besar, paling tinggi, paling mencabar, paling gah...paling segala-galanya) dan saya paling berhajat untuk menaiki benda alah ini.. Tapi, en.suami tak nak ler...takut dan kecut perut katanya... Saya tak kira, saya nak jugak naik..Rasa cam sia-sia ke USS tanpa naik bende nie... So, saya pujuk la adik ngan Lynda.. Ok.. Saya dapat naik... Tapi... waaaaaaaaaaooooooooooooouuuuuuuuu...series seriouuuu dan menakoooootkan..tapi Alhamdulillah saya ok!!!



Accelerator
"Test your intergalactic stamina on this whirling twirling attraction"


Yang saya tak sempat main:

Battlestar Galactica: HUMAN (Red Track)
Yang nie lagi hebat kot..fuhhhh...gayat giler tengok, bergerak sama-sama dengan yang saya main kat atas tuh..
"Zooming at speeds of 82.8km/h, this seated roller coaster narrowly avoids collisions as it twists, turns and propels you over 14 storeys into the air"

TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
(En.suami dapat la rase main nie..saya lak, kene jaga nanak yang tengh tidur...)
"Joint OPTIMUS PRIME and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D battle againts the forces of evil"


Nanak ketiduran...letih kot..
Seharian bermain-main dan jalan-jalan kitorang lunch/dinner di Oasis Spice Cafe -Bertemakan ala-ala Egyptian dan Middle Eastern buffeteria. Sememangnya tidak diragui lagi kehalalannya (terdapat logo halal di pintu masuk), pilihan bagi vegetarian, Pilihan makanan yang sihat! dan Rasanya boleh tahan sedap..tapi mahal!!!!!! (Itu yang pastinya)




Dan penutup kepada hari di Universal Studio Singapore ini adalah pertunjukan jalanan yang sangat menarik oleh karakter-karakter Madagascar, Revenge of the Mummy, Jurassic Park dan Shrek come to life dan semua karakter-karakter Hollywood. Dipersembahkan dengan tarian dan muzik yang amat bertenaga dan di luar imaginasi kita. Sangat mengagumkan lagi-lagi dapat melihat live dengan mata dan kepala sendiri.. So amazing..!!!






Dan yang terakhirnya, masa untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenangan... :-) Memandangkan barang-barang tersangat la mahal.. tak ada la saya beli banyak-banyak... Saya beli cenderamata ni kat sini : Galactica PX @ Sci-Fi City.  Tak lupa saya beli hadiah GA kepada mereka-mereka yang semuanya pemenang itu....


Lepas tuh, bergambar-gambar sakan untuk yang terakhir kalinya dan terus check-out dari Universal Studio Singapore.




Seronok betul sehari di USS, saya dan en.suami berazam nak datang lagi bila nanak dah besar sikit... Nak main apa-apa yang belum main lagi tuh.... :-)

Tunggu Entry part III kami, pengalaman balik ke Malaysia (Johor je pun) dan mane lagi tempat best kami lawati... :-)



Nota "Azam" saya : Kebanyakan gambar kredit to Azman dan Azie... Ehsan dari mereka berdua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015