Wednesday, 29 May 2013

Giveaway : Rumahku Hidupku Terurus

# Ini adalah sticky post sehingga 29 May 2013. Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah. Terima kasih =)

Assalamualaikum..

Nak joint?? Klik banner..


Sejujurnya saya suka keadaan rumah yang menjadi tempat berteduh siang dan malam itu, dalam berkeadaan bersih, tersusun, terurus. Secara tidak langsung hidup saya pun menjadi tenang..nyaman.. dan emosi menjadi stabil…
 
Tak kisah lah rumah sewa aje pun.
 
Rumah sewa yang saya duduk ni, mungkin ambil masa bertahun-tahun.. jadi saya tak akan biarkan keadaan rumah seadanya saja. Biarpun perlu memperuntukkan sedikit duit bagi menjadikan rumah, bersih, tersusun dan terurus!
Rumah sewa pertama, di entry ini [Rumah Sewa Pertama] biarpun sekadar pangsapuri kos rendah, rumah yang bersf kecil..namun dengan sentiasa memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus.. ianya adalah syurga bagi kami sekeluarga selama 2 tahun.
Rumah sewa kedua, biarpun sekadar apartment mampu milik, namun dengan memastikan keadaannya bersih, tersusun dan terurus, ianya tetap menjadi baiti jannati kami..dari Julai 2011 hingga lah kini. Alhamdulillah.. Entry berkaitan, boleh baca di sini [Bilik Sikecil Ilham Mama & Papa].
Insya Allah, jika Allah izinkan mempunyai rumah sendiri satu hari nanti, sudah pastilah keadaannya haruslah bersih, tersusun dan terurus juga. Selain baik untuk kehidup yang tenang..nyaman.. Emosi menjadi stabil, bagus juga untuk tumbesaran anak-anak. Semoga mereka membesar dalam keadaan sihat dan berkualiti.
Jom jadikan rumahku, hidupku terurus! =)

 


Wednesday, 22 May 2013

Suka nau togel tanpa pampers..

Asslamualaikum...

Baru lepas berperang secara aman ngan nanak. Sekejap-sekejap, cabut pampers.. papa pakaikan balik, sekejap-sekejap kang nanti bukak balik, mama pakaikan balik.. Eh kejap lagi dengar dah pulak bunyi "sraapp" pamper dibukak.... adusss.. bukak lagi ler tuu... Penat mama nanak oiii... kalau dah setiap malam macam gini lah  gayanya nanak saya ni...

Dah la malam ni mama takde  suara lagi nak tegah-tegah nanak cabut pampers.. jadinya mama bagi isyarat tangan je la.. "no..no..no kak pampers.."

Tapi apa dia paham.... tetap lah  bukak balik pampers lepas mama/papa pakaikan. Walaupun pakaikan  seluar sekali pun.. tetap gigih nanak cabut balik seluar pas tuh cabut pampers tuh.

Nampak dia selesa tanpa pampers.. Yaa.. nampak selesa togel begitu!

Tapi... terasa tak bersedia untuk air kencing di mana-mana laaa... Lagi-lagi dibuatnya nanak kencing di sofa atau tilam.. Adeehhh..leceh le....

Camne eh..?Ada siap-siapa yang dah berpengalaman melalui perkara macam ni tak..? Meh kongsikan..

-Mama buntu...
[Cehhhhhhhhhhhhhh..kikiki ingat ruangan soal jawab ke aper?? kikik]

Mungkin saya dah patut praktis nanak tidak berpampers. Preparation untuk masukkan nanak ke sekolah tahun depan.

Memang perlu disamping boleh menjimat kos kalau dah tak perlu untuk beli pampers kan =p

Cover "togel" ngan pampers boleyyy..? hihi

Dah pakaikan balik...jap nanti togel balik ler tu...mmm.. nanak..nanak..



Monday, 20 May 2013

Minggu tak sihat sekeluarga..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...?

Saya sekeluarga kurang sihat.. bersambung-sambung sakit.. =)

Asalnya nanak demam-demam....selesema... Tapi Alhamdulillah..walaupun tak sihat tak meragam sangat. Senang nak dijaga..

Lepas nanak dah kebah demamnya, en.suami lak demam, selesema..hachuumm! hachumm!
Kesian lak nengoknya...2-3 hari jugak la en.suami tak sihat, tak larat.. Rasa tak best kalau en.suami sakit. Sebab rumah tak ceria tanpa lawak jenaka, gurau senda dia...

Bila en.suami dah beransur sihat.. nanak lak batuk-batuk...alahaiii... Kalau dah batuk, lepas minum susu je mesti termuntah. Minum ubat pun boleh terkeluar semua, penangan batuk yang teruk tu.. kesian sungguh!

Dalam pada batuk, nanak  naik merah-merah seluruh badan pulak.. Kami cuak sangat memula ingatkan nak naik campak... berkejar ke klinik.. Doktor tanya ada bela kucing ke tidak.. Memang nanak tak terdedah langsung dengan kucing kat rumah kami mahupun rumah pengasuh. 


Merah-merah badan nanak


Tak sihat pun tetap lasak...

Rupa-rupanya merah-merah tu gara-gara allergik kata doktor. Mungkin allergik pada habuk atau ada makanan yang nanak tak leh makan. 


Mujur cool  je.. bagi doktor check..

Check mata..


Ubat-ubat nanak..

Terus kami balik, buat operasi pembersihan. Operasi yang detail sekali. Owhh tak sanggup kot nak tengok  badan nanak penuh merah bertompok-tompok.

Tukar karpet, basuh langsir segala.. tukar cadar/selimut... Mop lantai keseluruhannya, cuci kipas semua.. Harap-harap dengan kasi cuci bersih semua, berkurang lah alahan nanak tu.. 

Sementara waktu memang kami tak bagi nanak makan bende-bende yang boleh menyebabkan kegatalan macam telur..daging ayam... segala. Kesian lak kadang tu makan nasi berkuah semata-mata. Tapi nanak bukan kisah pun..namanya nasi tetap makan aje...hihi

Sekarang memang bagi nanak makan ubat allergik, sapu ubat kat seluruh badan yang bermasalah.. setiap kali selepas mandi. Alhamdulillah merah-merah kat badan nanak dah berkurangan hari ni... Dia pun nampak ceria takde dah nampak tak selesa..

Sekarang...turn mama lak tak sihat.. batuk, selsema.. hachummm! hachum!! rasa panas dalam badan.. Tapi tak lah demam lagi setakat ni.. Takpe lah dah lama sihatnya... sekarang masa merasai sakit lak..

Tu pun ok lagi...tak de la sampai tak leh pergi kerja pun... =) boleh pun lagi update entry..hihi




Saturday, 18 May 2013

Cerita nanak ngikut papa kerja

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu kepada semua...=)

Untuk kenangan sepanjang pembesaran nanak. Video yang diambil bertarikh 10 May  2013.
Teman papa buat kerja kat MSN, sambil plan lepas tu nak bawak nanak ke Sepang, jumpa adik Aiman dan kakak. Esok hari minggu maka, boleh la kami jalan-jalan larut malam kan..

video

Sekarang umur nanak dah 2 tahun 7 bulan... sudah tidak  baby lagi... gaya dah cam abang-abang dah pun... kan??....'_______'...

Kami ni kadang-kadang kalau en.suami kerja hari weekend.. kalau dah takde apa-apa nak buat kat rumah + boring dok berdua, memang kami akan ikut en.suami pergi kerja. Biasanya en.suami bagi je ikut... melainkan kalau kerja tu kerja outstation, ambik masa sepanjang hari, kerja out door, kerja yang tak membolehkan dia nak fokus pada anak dan isteri... dia tak bagi ikut jugak. Kesian kat mama ngan nanak katanya.

Kalau dapat ngikut nanak sangat la suka.. sebab dia leh nyibok  memvontoti papa buat kerja. Tapi dia tak de lah ngacau papanyer buat kerja, cume ikut je la kemana-mana.....Kalau papa kena stayback kat office, kami ngikut.... biasanya papa kasi nanak tengok boboiboy je la... terus leka, tak kacau papa wat keje dah...

We are best frend forever!!

Tapi kalau time-time tu nanak mood tak berapa nak stabil... memang mengacau kerja papa jugak pun. Mujur lah papa jenis cool je lagi-lagi ngan nanak kesayangan dia ni. Layan je la mood tak stabil nanak tu sambil buat kerja. Agak-agak tak leh nak fokus kerja, kene lah mama bawak ke mana-mana dulu.. Ajak makan ke..jalan-jalan ke... Nanak akan ok.

Kekadang nanak ni tak leh duk kat satu-satu tempat dalam tempoh masa yang lama. Cepat boring agaknya.. melainkan duduk kat rumah..sebab kat rumah banyak benda dia boleh buat, boleh main dan kat mana-mana aje dia boleh nak pergi... Masuk bilik tu, keluar bilik tu.. masuk bilik lain pulak.. tengok tv, main basikal... Saya rasa semua anak kecil macam ni kan...?  

Papa perati orang buat kerja, caye pun same..sambil tengok boboiboy yakk.

Sebab tu kalau nak bawak nanak ikut papa kerja, kena bawak bekal tab.. nak tengok Upin-Ipin @ Boboiboy. Tak pun cukup sekadar hp papa ngan mama.. Tengok video-video dia sendiri. Leka la dia...

Caye Khilfi Eusoff...ngeeeee...'______'

Waktu ikut papa pergi MSN ni, nanak tak sempat boring lagi sebab tempat dia luassss dan nanak bebas berlari sesuka hati dia je.. jadi mama leh duduk-duduk sambil ambil gambar nanak. Papa lak leh fokus perati pada kontraktor yang buat kerja.

Cuma dah dekat nak abis kerja papa, nanak buat hal... nangis "nak ayer"... dahaga agaknya tawaf satu dewan besar tu... Kesian dia...

Eh..appa annerr..?!?

Papa datang balik, dia pun same..

Aksi di kejauhan... kalo di zoom..muka nanak masa nih lawak sungguh!

Papa pergi..dia pergi jugak

Tido eh nanak..?? kiki

Kejar kat papa lak..

Papa ngan nanak ibarat isi dengan kuku...tak dapat dipisahkan..sangat rapat. 
Kekadang nak susu.., nak ndii [mandi], nak acyik auk ayam [nasi lauk ayam], nak boboiboy yakkkkk [boboiboy pulak].. memang akan mintak ngan papa, walaupun mama ada depan mata dia je pun. Kalau papa tak respond sebab tengah wat kerja, atau papa tidur, atau ape je lah.. baru lah dia mintak tolong ngan mama.

Kadang rasa best... kadang rasa jelessssss... hohoho


Thursday, 16 May 2013

Selamat hari Guru, Cikgu...

Assalamualaikum...
 
16 Mei 2013..
Hari penghargaan untuk semua warga pendidik..
Selamat hari guru, Cikgu..jasa kalian takkan dapat ku lupa sampai bila-bila...
 
Gambar credit to : www.upindanipin.com.my
Mengimbau kenangan zaman persekolahan.. terasa rindu pada zaman itu...
Alangkah bestnya kalau masa boleh diundur...

Kejayaan saya hari ini hasil tunjuk ajar, ilmu berguna dan bermanfaat dari cikgu-cikgu semua. Semoga Allah memberkati hidup kamu, CIKGU!


 

Wednesday, 15 May 2013

Pertandingan Badminton Tertutup Paling 2013

Assalamualaikum…


12 Mei 2013, berlangsung pertandingan badminton tertutup Paling Industries Sdn. Bhd. Bagi tahun 2013 bertempat di Pusat Sukan Cinamex, Sri Gombak. Weeee…super duper penat… saya bermain untuk 2 games dan dalam masa yang sama bertugas sebagai committee.. fuhhhhhh… lap peluh gak arr… =p

Apa-apa pun, satu pengalaman lagi untuk saya di sini.


Sebelum nih pernah la jugak main badminton…tapi main sekadar suka-suka… joint untuk tournament kalau tak silap saya waktu darjah 6, 1996 dulu dah..berkurun dah pun.. 

Untuk main suka-suka lak, last main adalah bulan lepas.. konon-konon nak training untuk tournament ni la kan… sekali tu je lah datang praktis.. lepas tuh dah tak pergi dah… Partner saya lak kadang kerja shift malam, jadinyer tak leh nak gi training malam.. saya pulak kalau dah balik rumah, susah dah nak keluar malamnyer semata-mata untuk training.... jadinya tak pergi la jugak.. 

Camner nak mahir kalo camtu gayenyer? Nak menang memanglah  jauh sekali.

Mujur lah partner saya cool je… main untuk suka-suka katanya… Takde hal la kalau kalah. Kalah menang adat pertandingan kan.. Bagi yang bersungguh training… tentulah kemenangan berpihak kepada mereka. 
Inilah partner saya, kak Yah =)

Perlawanan pertama, menyaksikan:
Diana & K. Jama’ayah VS Lim Peik Tin & Rasmelyana

Perlawanan kedua:
Diana & K. Jama’ayah VS Norumiza & Caroline Ailleret


Kedua-dua game kami tak menang..… takpe lah….kami tak terer, main sekadar yang termampu.. Takde rasa nak marah pun atas kekalahan ni. Lagi rasa best sebab ikatan persahabatan terjalin bertambah erat. Alhamdulillah…

Terlepas dah peluang nak dapatkan $$ riban-riban.. alahaiiii… =p

Nah saya tepek gambar di sini sebahagian wajah-wajah gembira/letih/penat di hari pertandingan suku akhir…. Untuk final, jumpa lagi di weekend minggu depan untuk menyaksikan kumpulan-kumpulan yang bakal berentap bagi meraih kemenangan.. =)






Senyuman menawan dari committee cilik =)

Daa..