09 August 2012

Percutian ke Cameron Highland 2012

Salam..

Entry yang da lama di draf.... Tunggu untuk dipublish sahaja...

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya lagi saya sekeluarga berkesempatan untuk ke Cameron Highland… Kali ini percutian bersama abang saya sekeluarga. Ramai-ramai lagi best kan..? Lagi-lagi kalau ramai budak kecik nih…lagi syiok nak berhuru hara..hahahah… Tapi Alhamdulillah laa… takde la huru-hara sampai tak terkawal. Under control lagi… Sebenarnya itu lah penambah kemanisan percutian kali ini.

30 June 2012

Bertolak seawal 7.30pagi dari Batu Caves, mengharapkan perjalanan lancar dan tiada traffic jam di mana-mana..lagi-lagi sewaktu ingin melayan selekoh-selekoh tika mendaki laluan Tapah. Berhenti rehat di R&R Tapah, menyalin pampers nanak-nanak kecik + makan/minum sekali.. Alhamdulillah perjalanan lancar, Cuma tika melalui jalan berselekoh, sedikit slow sebab terpaksa membontoti lori besar… huhu..terpaksa laaaa.. Nak memotong takut gak…sehingga la tempat yang boleh memotong, barulah leh berdessupp perginye… hehe.. Kesabaran amat perlu ketika ini.. okeyy..

Dalam pukul 11.30am, sampai kat Cameron Highland Alhamdulillah. Memandangkan masih awal untuk check-in, kami plan untuk ke:

Cameron Valley Tea House, Bharat Tea Plantation
(Antara Ringlet dan Tanah Rata)

Subhanallah, Maha Suci Allah..

Lokasi pertama adalah Cameron Valley Tea House (Antara Ringlet dan Tanah Rata)
Melihat-lihat ladang tea yang sangat cantik, saujana mata memandang. Subhanallah, amat besar kekuasaan Allah menciptakan panaroma sebegini hebat untuk tatapan hamba-hamba-Nya.  Bergambar sekeping, dua.… Mencuci mata di kedai cenderamata…

Seterusnya bertolak ke destinasi ke-dua iaitu:

Big Red Strawbery farm

Pick your own strawberry!!!


Si kakak penggemar Strawberry.. Dari dalam kereta dah sibuk nakkan Strawberry. So, memang perlu sangat la ke sini cepat-cepat.. Tempat ni, sangat-sangat la tinggi. Atas bukit nuun… Sangat-sangat la mencabar nak mendaki menaiki kereta ke atas nie. Tapi jangan bimbang, terdapat 200 parking di situ… Confirm akan dapat parking punye… Kawasannya sangat terjaga kebersihannya, menarik dan super dupper best!! Buka hanya terdapat strawberry, ada jugak cactus, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Ada kedai menjual cenderamata dan ada kedai makan yang rata menu-menu yang disediakan adalah berasaskan STRAWBERRY. Yummyyy…

Antara menu pilihan kami

Nanak pun suka strawberry rupanya.... :-)

Waktu menuruni bukit, berganda lagi cabarannya...:-) Turun dengan sangat perlahan-lahan dan akhirnya sampai jugak kat bawah....

Hotel Remix 2, Brinchang

Hotel Remix 2, Brinchang..

Selepas itu barulah kami Check-in di Hotel Remix 2. Lokasinya adalah berdekatan sahaja dengan Pasar Malam Brinchang.  Sebab kenapa kami mengambil hotel? ini adalah kerana memudahkan kami untuk ke Pasar Malam itu…hehhehe… Almaklumlaa….kat Cameron Highland ini sangat susah untuk mendapat parking…

Bilik di hotel ini bersih dan cantik, cuma kecil sedikit. Bagi kami tiga beranak, itu sudah memadai... Dilengkapi dengan toilet yang bersih, lcd tv 42' [kott... ke 40' :-p] water heater.. dan paling penting, katil yang selesa.. :-)

Pasar Malam Brinchang

Pasar malam Brinchang

Petangnya kami ke pasar malam Brincang. Ramai nyer orang.... Bersesak-sesak jugak la nak berjalan.. Barang-barang kat sini boleh dikatakan murah juga jika dibandingkan dengan sesetengah tempat lain di Cameron Highland ini. Seperti sayuran, strawberry, pokok kaktus, jagung dan banyak lagi lah....

Alangkah bestnya jika saya duduk menetap kat sini. Tiap-tiap hari dapat makan sayur menghijau yang segar-bugar itu... owhhh.... terliur bila teringat balik....:-) 

Saya, kakak ipar dan anak-anak

En.suami dan abang saya
Restoran Nik Ikan Bakar & Tom Yam

Nik Ikan Bakar dan Tom Yam

Makan malam kami adalah di Restoran ini. Bersebelahan sahaja dengan hotel Remix2. Sangat dekat.... Agak-agak sepuluh langkah dah sampai kat kedai makan nie. Kedai makan tomyam yang saya agak pemiliknya adalah orang Kelantan [Sebab semua pekerja bercakap dalam dialek Kelantan] menyajikan hidangan panas yang sangat best. Ada masakan panas [goreng-goreng], ada sup tulang, ikan bakar dan banyak lagi...  Makan malam sambil merasai feeling sejuk-sejuk seperti berada di luar negara...wahh..alangkah syoknyaa...... :-)

Malamnya, saya tidur awal akibat kepenatan...-_-

01 Julai 2012

Check-out seawal 10.00pagi, sebab percutian yang singkat dan cuba untuk ke banyak tempat. Macam ni la gayanya...huhu

Breakfast seketika di gerai tepi jalan yang sebok, sambil menikmati kesejukan pagi dan melayan panorama indah di Cameron Highland ini. Pagi-pagi pun dah jam tau kat sini.. Betapa ramainya pengunjung-pengunjung Cameron Highland...

Saya bekfes karipap yang cedappp....

Kea Farm

Saya rasa tak sempurna percutian ke Cameron Highland jika tidak mengunjungi Kea Farm ini. Sebuah pasar besar yang juga menjual barangan-barangan  yang sama seperti tempat lain. Yang menariknya, mungkin lebih banyak pilihan berbanding tempat lain, dan harganya juga murah!! Sayur-sayuran yang banyak pilihan dan murah-murah [lebih murah jika pandai meminta kurang dari penjualnya] -saya tiada kelebihan tersebut, dan setiap apa yang dibeli, ikut sahaja harga yang ditawarkan.. Sungguh rugi kan..?? kan?

Di sini sempat la saya membeli sedikit sayur-sayuran, dan cenderamata yang pastinya FRIDGE MAGNETIC yang menjadi kegilaan... hehehhe.. KEY CHAIN jugak sebagai tambahan koleksi yang memang dah banyak kat rumah tuuu...hehheheh dan sedikit mainan nanak!

Owh saya sempat makan jagung Cameron Highland yang manis itu juga...best nyerrrr...!!!
Besar, manis, dan murah! yummmyyy...

Cameron Valley Tea House, Bharat Tea Plantation
(Antara Tringkap dan Kampung Raja)

Lokasi terkhir sebelum kami menuruni Cameron Higland adalah ke Cameron Valley Tea House (Antara Tringkap dan Kampung Raja). Sempat saya mengambil sekeping dua gambar nanak comel yang beraksi dengan kakak. Macam dan pandai berposing aje...hehhehehehhe, saya pun terkejut!

Comel...

Jari nak wat peace tu...

Kakak yang comel..

Seronok tengokladang tea yang menghijau kot...

Kakak yang sayang adik sangat-sangat.... :-)

Sempat minum seteguk dua, dan selebihnya membeli belah di kedai cenderamta di situ, tea perisa strawberry [en.suami suka sangat-sangat] dan saya beli apron! Tetiba beli apron macam kat Giant tak de kan..? En.suami layankan aje kerenah isterinya ini mungkin dengan harapan bila beli apron, isterinya akan lebih rajin nak memasak... Insya Allah encik!!!! :-p

Dan menuruni Cameron Highland melaui Simpang Pulai. Perjalanan yang sedikit tenang sebab tidak terlalu berliku-liku dan tajam. Jalan pun besar dan lebih selamat.

Selamat tinggal Cameron Highland... Lain tahun kami datang lagi... :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015