31 August 2012

Warna-warni di Aidilfitri 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..sekarang rutin harian berjalan seperti biasa.., bangun pagi-pagi.. Masuk office 8.30pg - 06.00ptg... Rindu lak rasanya Ramadhan yang lalu.. [masuk office 8.30pg -05.30ptg]..beze 1/2 jam je pun...  :-) Tapi detik Ramadhan akan dirindui sampai bila-bila..

Cerita tentang raya?

Tahun ini giliran beraya di Terengganu Darul Iman. Harus la saya suka/gembira/teruja.. beraya di rumah keluarga sendiri kan... Bertolak balik selepas habis kerja Jumaat 28 Ramadhan 1433H.. Sampai di Terenggau dalam 11.00pm.. Perjalanan yang lancar dan tiada traffic jam pun.. Alhamdulillah..

Berpuasa yang terakhir di Rumah emak/ayah... Berbuka bersama-sama adik beradik yang ada, yang takde, abang long & isteri dan dua anaknya, dan abang ngah dan isteri dan dua anaknya.. serta abang Jeng & isteri dan anak-anak. Sebahagian anak-anak abang long dan abang ngah dah ada bersama-sama kami di kampung.. Ada yang balik ngan saya dan ada yang diambik oleh Pak De.. Meriahnya kami dimalam raya dengan bunyi riuh rendah dengan suara cucu-cucu.. Nanak saya, uissshh dah ramai-ramai tu, terlupa mama dan papanya... Seronok lagi main-main ngan sepupu sepapatnya.. Masa lapar aje baru pandai cari mama dan papa.. :-)

1 Syawal 1433 Hijrah?

Bangun seawal pagi.... Pagi raya yang indah...sangat-sangat indah.. Bersarapan dengan nasi dagang, sate, ketupat, lemang dan rendang... Tak berkesempatan bersembahyang raya, sebab keadaan tidak mengizinkan... Bersalaman sesama ahli keluarga, terutama emak dan ayah..memohon ampun dan maaf... Suasana sedikit sedih ketika acara yang menjadi kemestian ini... :-(

Seharian cuma menerima kunjungan tetamu sahaja... tidak ke mana-mana... Ramai kot tetamu dan saudara mara datang berkunjung pada Syawal kali ini... Penat dan seronok sangat!! Setahun hanya sekali, tidak salah menerima kunjungan yang tidak putus-putus kan... Kedatangan tetamu ibaratnya masuknya rezeki-rezeki.. :-)

Sehari di 1 Syawal ini berlalu begitu pantas... rasa tak puas nak menikmati detik terindah ini. Nanak sudah 2 kali menyambut Syawal.. Yang pastinya setiap Syawal yang dilalui tentulah terrrsangat meriah dirasainya...sama seperti saya merasai kemeriahan Syawal waktu kecil-kecil dulu... [berangan lak nak merasai balik zaman kecik-kecik dulu...]~boleh...mungkin dalam mimpi...

Saya tepek gambar raya, sebagai memori Aidilfitri terindah 2012...

Ini anak-anak yang ada...
Saiful Izzat
Syamer Syazwan
Nur Syaza Qistina
Ainul Jazmina
Adam Mukhriz
Alifia Qaisara
Aisy Qasyifa'
Norfatanah
Syahrul Ramadhan
Khalisha Saffiya
Khalish Aiman
Khilfi Eusoff
dan...

Nazmin Hanif
Yang lain-lain...tak beraya bersama...maka tiada gambar lah mereka di hari raya pertama... Nazmin Hanif pun datang sekejap sahaja... Sebok nak beraya rumah girlfriend katanya lepas tu... Owhh..tak lama lagi beranak saudara ipar la saya...hahhaha.. atau dalam erti kata lain, atau senang nak faham.. makin tua la ateh... :-(

Birthday boys di pagi raya kene bakar sate...kesian... Happy birthday!!
1 malaysia!!!



Main mercun yee...

Eusoff dan papa..
Baby....tengok la saya nie...

Emak dan anak-anak serta menantu dan cucu...

Keluarga Achik
Keluarga Abang

Keluarga Saya
 dan...........

KAMI di Aidilfitri...

Selamat Hari Lahir untuk en.suami dan abang ipar saya, mereka berkongsi tarik kelahiran, 17 Ogos...Dan tahun ini 1 Syawal merupakan hari lahir mereka.... :-) Happy Birthday to both of you!!








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015