16 August 2012

Persiapan raya....."Ala kadar itu lebih baik.."

Assalamualaikum...

Untuk persiapan Raya Aidilfitri 1433 Hijrah ini, saya dan en.suami menjadikan pendekatan ala kadar sahaja dari semua segi dan aspek... "Ala kadar itu lebih baik.." Tiada pembaziran yang pasti!

Untuk saya cukup lah sepasang baju kurung riau baru mengikut warna tema tahun ini -Unggu! Satu tudung untuk dimatchingkan dengan baju itu, 2 helai blouse raya -biru tua & coklat -Seluar pakai yang mana ada sahaja. Satu handbag baru sebab yang lama dah koyak.
Satu kasut raya hitam yang boleh match dengan semua warna baju.

En.suami lak sepasang baju melayu warna unggu, dua helai kemeja dan dua helai slack.  Kenapa hanya kemeja dan slack? En.suami kata jimat..nanti boleh pakai untuk kerja juga.. owhhh..itu perancangannya..

Untuk nanak kecil, semestinya kene la beli lebih sebab al-maklum sahaja la kalau dah makan-makan, confirm comot punyer, jadi untuk nanak, sepasang baju melayu mengikut warna tema iaitu unggu, dan 4 pasang baju jalan-jalan raya pelbagai warna dan sepasang kasut raya.

Itu sahaja... Cukup la untuk beraya sehari dua... kan? Kalau tak cukup lagi sarung sahaja baju raya setahun atau dua tahun lepas... Alhamdulillah, sudah muat kembali..ngeh..ngeh..

Kuih raya lak...dah beli sikit-sikit, mengikut budget yang ditetapkan... Hanya RM150 sahaja mengikut kata en.suami.. ok..saya ikutkan sahaja.. Cukup tak cukup itu sahaja budgetnyer... Kalau nak banyak carik yang murah-murah la gayanya. huhu..

Duit raya, sememangnya sudah menjadi adat dalam masyarakat kita. Tak salah memperuntukkan sedikit untuk diberikan kepada kanak-kanak. Insya Allah lebih kita beri, Allah berikan ganjaran lebih jugak untuk kita. Yang penting ikhlas dalam setiap pemberian itu. Insya Allah..

Owh.. dan sedikit peruntukan untuk membeli baju raya, emak, ayah dan abah. Tapi belum sempat nak membeli lagi untuk mak dan ayah...Mungkin malam ni kot.. Semoga Allah memberi kami, suami isteri rezeki lebih tiap-tiap tahun untuk kami dapat berkongsi dengan emak, ayah dan juga abah. Kegembiraan mereka adalah kebahagiaan kami :-)

Itu sahaja sedikit sebanyak perbelanjaan/persiapan raya tahun 2012 ini. Harap-harap apa yang dibelanjakan ini adalah bukan pembaziran.

Di saat-saat Syawal menjelang tiba, perlu diingat mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber :Google

Sumber :Google



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015