08 August 2012

Berbuka bersama di Malaya Steamboat, Sri Gombak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini sudah hari ke-19 hari berpuasa...terlalu cepat masa berlalu.... Kejap aje lagi nanti dah berakhir Ramadhan 1433H ini.. [Mesti kita-kita akan merasa rindu saat-saat Ramadhan ini lagi]

Tahun 2012 ini, sempena Ramadhan 1433H saya diberi kesempatan untuk mengumpulkan semua adik beradik, anak saudara yang berada di Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa. Alhamdulillah.... perancangan itu berjaya, dan kami sama-sama berbuka puasa di Malaya Steamboat Sri Gombak pada 16 Ramadhan 1433H bersamaan Ahad, 05 Ogos 2012. Sangat-sangat seronok dan best!

Walaupun tidak lah terlalu ramai, [sebab sebahagian daripada adik beradik dan anak-anak saudara termasuklah emak ayah tercinta berada di Terengganu] tetapi kami gembira kerana berpeluang berkumpul, tanpa kurang seorang pun!! 14 orang semua sekali. [Abang Ngah dan isteri serta 5 orang anak-anak, Abang Lokman dan isteri serta 2 orang anak, saya dan suami serta sorang nanak yang comel itu...huhuhu..]

Kalau la dapat berkumpul kesemua emak, ayah, adik beradik dan anak-anak saudara yang sejumlah 35 orang tuu..alangkah bestnyer...kan? Insya Allah, mungkin satu hari nanti... :-)

So, gambar-gambar tersebut saya tepek sebagai memori terindah Ramadhan 1433H ini untuk kami sekeluarga.. Semoga ikatan kekeluargaan ini terus erat sampai hujung nyawa.. Insya allah..



5 beradik [Amer, Hanif, Along, Angah & Meme]



Ayah Ngah; Cek Ngah, Angah, Saffiya, Cek De & Aiman

Ayah teh dan anak-anak saudara

Pok De; Cek De & Aiman..

Nanak saya [Khilfi Eusoff]




Licin kami sapu bersih.. haha

Senyum sebab dah tak larat nak habiskan...

Ini Hanif punyer periuk steamboat... gegeg
  
Ok, ini Pok De yang habiskan semua...

Owh..ini sebelum berbuka... meja penuh...

Tak sempat nak ambik gambar makanan kat situ keseluruhannya...ramai  sangat manusia kot.... So, dapat la tepek 3 keping sahaja..tu pun hanya makanan sampingan sahaja... Makanan utama tentulah bahan-bahan steamboat nyer... banyak jugak la bahan-bahan steamboat kat situ... lebih dari 50 jenis kot.. [kalau tak silap congakan saya laa..]
Rasa dia....macam steamboat la...sama je mana-mana pun... Cuma kuah steamboat dia boleh tahan la sedapnya...

:-p



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015