31 October 2016

Pengikut setia mama..๐Ÿ˜

Assalamualaikum...

Sekarang, bila petang je hujan.. bila hujan je mesti petang.... ๐Ÿ˜… Nak keluar jalan-jalan ngan anak bujang kecik ni pun tak leh..

Elyass dah pandai da..."mama... daii.. jom!"
Ajak gi kedai maksudnya... Baru umur 2 tahun lebih sikit-sikit je, pandai ngajak ke kedai yerkkk....๐Ÿ˜Š Haiii... besar dah kamu Elyass...

So petang ni mama tak leh bawa adik gi kedai, sebab macam nak hujan dah... duduk je la dalam rumah sesambil main-main mainan.. sesambil ngikut-ngikut mama pergi sana sini yee... setia sungguh dia!

Keje-keje rumah semua dah settle.. petang ni mama masuk office la pulak.. boleh fokus kerja kat komputer dah..!

Elyass duduk sini tunggu mama buat keje ye... sambil-sambil main dengan kereta, lori... sambil-sambil tengok tv yee....





28 October 2016

Elyass sakit mata

Assalamualaikum...

Penyakit dah mula menyerang.. abang demam, batuk, selsema... Elyass selsema dan SAKIT MATA.. mama dan papa perit tekak dan dah mula batuk-batuk manja.... tak best nyee..

Sepanjang tahun pasti dapat package begini beberapa kali..... Normal la tu kan..

Cuma Sakit mata yang jarang-jarang kena... dan sekarang Elyass yang kena.

Bangun tidur, mata bertahi penuh dua-dua belah dan bengkak yang amat sangat.. tapi tak la merah sangat kat mata putih tu.



Bawa ke klinik dan doktor sahkan memang Elyass sakit mata, merah yang teramat sangat dibahagian kelopak mata dalamnya.


Dapat ubat titik dan ubat makan untuk tahan gatal. Memang sah-sah la susah nak bagi makam dan titik ubat. Kena paksa la..sampai muntah-muntah dan nangis-nangis..

Kesian dia...


Harap makin sembuh mata Elyass.. next week ada majlis besar pok De Elyass..๐Ÿ˜„
Abang dah makin ok cuma tinggal lagi batuk sikit-sikit.. mama ngan papa baru nak mula ni... canner gaye ye?...mmmmmm๐Ÿ˜•


21 October 2016

Potty training Elyass

Assalamualaikum..



Kashfi Elyass sudah 2 tahun 2 bulan dan 10 hari harini. Masih terlalu awal ke ye kalau nak mencuba untuk potty training? Terasa nak mencuba... tak cuba mana nak tahu kan.. Jadi, hari ini adalah hari pertama cubaan untuk potty training Elyass. Owhhhh..takutnya.. mama seram nak..! ๐Ÿ˜ฅ

Mandi pagi tadi 9.45 pagi.. cuba suruh Elyass yakyak dan cincing.. cincing sudah.. cuma yakyak nye tak mahu. Eleng-eleng kepala lagi. Mungkin belum masanya kan.. Tapi takpe la.. mama proceed dengan perancangan percubaan ni. Mama cuba untuk kentalkan jiwa..

Siap mandi, pakaian Elyass spender.. pakai seluar baju, sock. Eh.. dia tak menolak pun pakaikan spender.. semuanya ok dan mudah je. Bimbang juga dia menangis taknak pakai spender sebab tak biasa. Tumbs up untuk Elyass..  yeayyy!! Cuma dia macam sekejap-sekejap, pegang-pegang.. hehehe pelik rasanya kot kan.. loose je rasa yer..:p

Tunjukkan toilet bowl.
Kalau nak yayak..cincing... sini tau?? Ingat tau..? Kat sini...sini..tau..
Elyass pandang mama dan..senyum..

Setiap 15 minit memang akan bawa dia tunjuk toilet bowl. Dia eleng kepala sambil cakap "anak!"

Sekarang tengah mentido dibuai.. tak pakaikan pampers pun.
Mudahkan lah pembelajaran ini untuk Kashfi Elyass hendaknya.. Amin..




12.00tgh 
Bergerak-gerak dalam buai.. dah bangun dan sengeh-sengeh je.. mama offer yakyak dan cincing.. dia diam.. mama sambung buat kerja sesambil mulut bertanya-tanya lagi dan lagi.

Tiba-tiba.. Elyass panggil "mama!"
Jenguk-jenguk jeans dan basah.. tapi tak meleleh pun.. mungkin terkucil sikit waktu geliat bangun tidur..

Takpe....

Siap-siap bersihkan.. salin spender dan seluar baru.. tunjung toilet lagi.. lagi dan lagi.. kalau nak cincing atau yakyak.. kat sini tau..!

Elyass senyum.. ๐Ÿ˜Š


Hari tanpa karpet untuk Elyass..๐Ÿ˜…

16 October 2016

Mor..mor? Apa tuuuuu....?

Assalamualaikum....

Lama dah tak mengupdate Elyass tengah makan di meja merah kan... hehehhe..


Saje je... mama Elyass lak dah rasa boring, tiap hari gambar same jee..walaupun makanan yang Elyass makan berbeza-beza..๐Ÿ˜…


Harini nak cerita pasal "mor". Apa sebenarnya mor ni eh?? Hihi

Ceritanya bermula begini........

*jangan drama sangat lah mama!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Elyass sangat suka biskut. Dalam seminggu boleh habis 3 pax biskut marry/chipsmore.


Dan "mor" yang dimaksudkan Elyass adalah "biskut"... kalo biskut chipsmore..logik la juga kan panggil mor.. tapi semua biskut pun dia panggil more..

Sebabnya...

Kami suka tanya dia "do you want more?"
Dia akan balas "mor" atau kami faham maksud dia "more"...

Sampai lah kesudah dia panggil biskut dengan perkataan "mor"..

Misi ke dapur mencari "mor"

-tamat cerita-

Itu je le ceritanya... harap-harap dengan cakap-cakap oh my english sikit-sikit kat umah boleh la nak mengajar-ajar anak-anak speak in English kan...๐Ÿ˜…

Tak cuba tak tahu....

15 October 2016

Banyak nye kertas๐Ÿ˜ฐ

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu semua...

Planning untuk hari Sabtu ni, nak meng-clear-kan mana-mana kertas yang boleh dibuang/ direcycle/ difiling... banyak sangat-sangat kertas disumbat-sumbat di rak buku abang. Kertas kerja abang Eusoff... kertas conteng-conteng.. envelope kosong, bil-bil, resit-resit.. pembalut segala bagai... dan banyak lagi lah..!

So hari ni tarik napas panjang-panjang dan jom kita mulakan!!!๐Ÿ’ช


Kerja yang kalau dihadap sungguh-sungguh sorang diri, boleh jadi sejam dua selesai je ni... tapi sebab dihadap bersama Kashfi Elyass jadi makan la masa setengah hari...๐Ÿ˜…

Dapat 1 plastik kertas sarap yang boleh dibuang... rasa satu kepuasan yang sungguh nikmat bilamana susut sedikit kadar kertas di rak buku di bilik anak-anak..๐Ÿ˜„

Dan hasilnya........ rak lebih bersih...tersusun dan sangat menyegarkan mata memandang....

*drama sangat mama Eusoff Elyass๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


๐Ÿ˜๐Ÿ˜

14 October 2016

Pelamin-pelamin tahun 2016๐Ÿ˜

Assalamualaikum...

Serupa dah nak kahwinkan anak.. berpelamin bagai..sambut birthday aje pun mama ooiiiii.... Lagi pulak anak-anak bujang tu baru 2 tahun dan 6 tahun jeee pun.....

Hihihi.... takpe la... dah suke kan... nak berpelamin juga macam mana pun..! Tak kire! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…



Sama tapi dok serupa..  cuba nak pelbagaikan cara deco, dengan menggunakan barang yang sedia ada dan dengan ruang dinding yang terhad! 

Boleh la.. Elyass tema colourfull.. dan abang Eusoff tema blue..☺

Tahun depan selagi boleh recycle.. kita recycle lagi barang-barang ni.. cuma tambah-tambah hiasan baru je sikit bagi nak nampak kelainan...

Buat mende-mende ni seperti terapi diri... Best sangat!!!๐Ÿ‘๐Ÿ‘ 

Mana la tahu kan anak-anak nak kahwin nanti pun mama boleh buat sendiri pelamin untuk mereka.. huhuhu... jauh berangan....๐Ÿ˜…

Bye.

13 October 2016

Selamat pagi Khamis...!

Assalamualaikum...

Papa dah ke office..
Abang dah ke sekolah...
Mama dah masuk office...
Saya di sini main mainan...


Office mama kat bilik sebelah je.. boring main nanti saya kacau mama pulak kat sebelah..๐Ÿ˜‰

Selamat pagi...!


12 October 2016

Edisi Special :: Eusoff turn-6, Happy Birthday!!

Assalamualaikum...

Hari ini, Birthday abang Eusoff!!!!

"Happy birthday to you... Happy birthday to you.. Happy birthday to Eusoff.. Happy birthday to you!!!!"

I'am officially 6 years old today!

Sambutan ber-4 sahaja untuk tahun ini, seperti kebiasaan kami sambut malam sebelum tarikh hari lahir anak-anak. Berbeza dengan sambutan untuk tahun lepas yang lebih meriah!!! Ceritanya di sini -Edisi special :: Eusoff turn-5, Happy Birthday! 

Walaupun sambut sekeluarga kecil aje, tapi tetap best juga, anak-anak tetap seronok... penuh gelak tawa dengan ragam dua beradik ni... especially ragam si Elyass yang ingat ini birthday dia.. sakit perut gelakkan ragam dia tiap kali hidupkan api lilin, dan tiap kali itu jugalah dia je laju-laju yang tiupkan... haahahha.. sampai abang terkebil-kebil stress ngan adik! kikikikki

Alhamdulillah genap 6 tahun sudah usia abang. 6 tahun abang dipinjamkan Allah untuk mewarnai hari-hari mama, papa. Ada masa mudah sungguh menguruskan kerenah abang, ada masa teruji juga... Tapi itu lah detik masam dan juga manis untuk mama simpan sebagai kenangan terindah!

Sedih pulak rasanya............

Untuk kenangan, tepek sini gambar sambutan birthday abang yang ke-6 tahun. 



Love you sayang..๐Ÿ‘

"I'am excited....๐Ÿ˜†"

Tetamu makan banyak!! 

Happy 6th Birthday sayang..

"Cantiknya mama!!"

Pizza, kek & air masak je..

Terima kasih adik, sambut birthday abang!! Cium sikit..๐Ÿ˜Š

3 hero ber-selfie..

Semoga, abang membesar menjadi anak yang sangat baik, taat kepada Allah, mama dan juga papa, hormat kepada orang yang lebih tua dari abang.. hormat juga orang yang lebih muda dari abang. Sayangi adik-adik abang.

Semoga abang membesar menjadi seorang yang bijak pandai.. Insya Allah..

Abang....
Nanti bila abang dah besar, abang baca entry ini...abang perlu tahu yang kami sangat sayangkan abang.. Lillahitaalaa...

-Mama-


11 October 2016

Jom deco isi "kotak keceriaan"

Assalamualaikum...

Esok 12 oktober 2016. Hari yang memang abang Eusoff sangat-sangat tunggu setiap tahun.

"Kotak keceriaan" dibuka lagi.. slow-slow nak start deco dah..☺



Si kecik Elyass terus dapat topi merah... hehhe melekat je atas kepala sambil main basikal, sambil tengok tv, sambil main-main pun.



Tiba-tiba mood dia extra ceria dengan topi tu..

Memang tak salah la namakan kotak putih tu "KOTAK KECERIAAN" ๐Ÿ˜„

Update:: Pelamin yang dah siap untuk abang Eusoff..



10 October 2016

Jom kita bekerja!! Elyass susun kereta jee..

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin....

Selamat bekerja.. mama dah masuk office sesambil sesekali jenguk budak kecil main apa.. bising mulut die.. tengok-tengok tengah kerja susun-susun kereta..


Patut lah kejap-kejap masuk "office mama" bawak kereta.. kejap nanti kang bawak 4x4 pule.. kang nanti bawak moto lak..๐Ÿ˜Š

Cuba fokus pada kaki tu... mentang-mentang dah besar.. ada hari-hari dia minta tak nak pakai stoking dah.. bila kaki berhabuk nanti baru la nak pakai stoking sebab kaki dah tak selesa.

Alhamdulillah..sesambil bekerja.. sesambil boleh perati dak kecik ni main-main.

Ada hari... nangis tak bagi mama ngadap computer.. mintak duduk dekat dia main-main..

Kesian.....๐Ÿ˜ข


06 October 2016

SOHO super messy sebab sentiasa beroperasi..

Assalamualaikum...

Krik..krik..krik..


Sunyi sepi blog....๐Ÿ˜•


Banyak hal seminggu dua.. balik kampung Terengganu.. travel bertiga dengan anak-anak pergi dan balik Terengganu atas urusan penting sangat-sangat..


Merasa la... sikit kelam kabut dengan anak-anak tanpa en.papa... Tapi masih under control.. Alhamdulillah..


Balik KL sibuk dengan bisness kecil-kecilan pula.. bantu en.suami mana patut. Jadi beginner designer. Alhamdulillah Allah mudahkan pembelajaran..walaupun asyik kene jeling je ngan en.papa..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…



SOHO super messy sebab sentiasa beroperasi...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Bekerja sambil berlari-lari buat kerja rumah..๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชAlangkang nikmatnya...Alhamdulillah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015