Mandi pagi tadi 9.45 pagi.. cuba suruh Elyass yakyak dan cincing.. cincing sudah.. cuma yakyak nye tak mahu. Eleng-eleng kepala lagi. Mungkin belum masanya kan.. Tapi takpe la.. mama proceed dengan perancangan percubaan ni. Mama cuba untuk kentalkan jiwa..
Siap mandi, pakaian Elyass spender.. pakai seluar baju, sock. Eh.. dia tak menolak pun pakaikan spender.. semuanya ok dan mudah je. Bimbang juga dia menangis taknak pakai spender sebab tak biasa. Tumbs up untuk Elyass.. yeayyy!! Cuma dia macam sekejap-sekejap, pegang-pegang.. hehehe pelik rasanya kot kan.. loose je rasa yer..:p
Tunjukkan toilet bowl.
Kalau nak yayak..cincing... sini tau?? Ingat tau..? Kat sini...sini..tau..
Elyass pandang mama dan..senyum..
Setiap 15 minit memang akan bawa dia tunjuk toilet bowl. Dia eleng kepala sambil cakap "anak!"
Sekarang tengah mentido dibuai.. tak pakaikan pampers pun.
Mudahkan lah pembelajaran ini untuk Kashfi Elyass hendaknya.. Amin..
12.00tgh
Bergerak-gerak dalam buai.. dah bangun dan sengeh-sengeh je.. mama offer yakyak dan cincing.. dia diam.. mama sambung buat kerja sesambil mulut bertanya-tanya lagi dan lagi.
Tiba-tiba.. Elyass panggil "mama!"
Jenguk-jenguk jeans dan basah.. tapi tak meleleh pun.. mungkin terkucil sikit waktu geliat bangun tidur..
Takpe....
Siap-siap bersihkan.. salin spender dan seluar baru.. tunjung toilet lagi.. lagi dan lagi.. kalau nak cincing atau yakyak.. kat sini tau..!
Elyass senyum.. π
Hari tanpa karpet untuk Elyass..π
No comments:
Post a Comment