14 January 2013

Han New Bone China : Halal atau tidak??

Assalamualaikum...

Korang pernah tak dengar pasal produk pinggan mangkuk jenama Han New Bone Chine?

Hasil penggooglelan saya, Han New Bone adalah formula yang baru, di mana ramuan semulajadi (tulang sintetik) yang dicipta oleh unsur-unsur gred bukan toksik dan makanan diwujudkan untuk menggantikan abu tulang calcined tulang lembu, seterusnya menurunkan kos, dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan kesan yang sama bone china, seperti ringan, putih translucency, dan sangat tahan lasak dan tidak mudah pecah.

Sejarah Born China

Seorang Inggeris bernama Josiah Spode telah mencipta bone china. Bone China dirumuskan dengan menggunakan satu standard yang sangat tinggi proses pembuatan, di mana abu tulang calcined diperbuat daripada tulang lembu (tulang lembu hanya boleh berubah menjadi cantik, kuat, berkilat dan sangat putih.

Sumber : http://bonechina.us/history.htm

Allahuak'lam... 
Susah untuk memastikan Han New Bone China,adalah dicipta daripada tulang lembu ataupun tulang babi seperti  yang diperkata ramai...

Sebenarnya saya salah seorang dari ramai-ramai orang kat luar sana sudah terbeli set pinggan mangkuk Han New Born China ini. Masa kawen 2009 dulu, bos bagi hadiah kahwin  berupa voucher Parkson  RM500.00. Tambah-tambah dengan voucher yang saya dah dapat dalam RM200.00, so kami pengantin baru masa tuh decide untuk membeli set pinggan mangkuk untuk kegunaan kami nanti bila dah duduk sekali. Sebelum  tuh  kami PJJ, sorang Batu Caves, sorang Kuala Terengganu.

Takut lah voucher tuh habis tempohnya, so kami decide la nak memborong pinggan mangkuk kat Parkson KLCC. Abis semua RM700.00 tu kami borong pinggan mangkuk aje.. dan dapat dalam 2 set sudu, garfu, pisau semua.. settle..

Waktu memilih pinggan mangkuk tuh tak terfikir langsung pasal jenis apa pinggan mangkuk yang kami nak.. kami lebih mengambil berat pasal design apa yang kami nak. Rasa sangat kurang ilmu kami waktu tu... Tak terfikir langsung, pinggan mangkuk pun ada kandungan bahan yang boleh menjadikan pengunaan nya adalah diragui kehalalannya..

Lebih kurang 4 tahun gak lah kami menggunakan pinggan Han New Born China ini.. Dah hidangkan macam-macam, tetamu-tetamu, adik beradik, saudara mara yang datang rumah  pun kami hidangkan menggunakan pinggan ini.

Sehinggalah pertengahan 2012, apabila terbaca dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia :
"Hukum Penggunaan Peralatan & Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)"

Saya c&p disini;


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.


Terus saya membuat keputusan yang agak sukar pada mulanya...tapi diakhirnya saya ikhlas memberikan pinggan mangkuk Han New Born China saya kepada kakak cleaner berbangsa India kat office... Demi Islam yang disanjung.. Kami tak nak rasa syubhah yang berterusan dalam menggunakan pinggan mangkuk ini.

Apalah nilai RM700.00 jika dibandingkan dengan dosa-dosa kami menggunakan pinggan mangkuk yang diragui kehalalannya...

Sepanjang penggunaannya sewaktu tempoh yang kami tidak tahu, semoga Allah memaafkan dosa-dosa kami itu. Halalkan lah apa yang telah kami makan di dalam  pinggan yang diragui kehalalannya ini.

Ni lah pinggan mangkuk Han New Bone China, dalam kenangan.....





Siapa-siapa kat luar sana, sebelum membeli.. tengok-tengok dulu brand apa pinggan mangkuk yang korang nak beli yer... Jangan tersalah beli jenis-jenis yang diragui kehalalannya.


Rugi duit aje nanti =)



7 comments:

  1. ooowh..baru tau..rjinye menggugel..tq ye info berguna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengoogle sebab sendiri pun guna pinggan cap benda alah nih... Bila dah dengar macam-macam, tu yang carik sendiri kebenarannya..

      Orang kata bila dah rasa was-was/syubhah... seeloknya jangan lah guna.. kan?

      Delete
    2. ooo guna sendiri..hehe..betul2 klu dah was2 xpayah guna lagi bagus

      Delete
  2. Betul tu.. bila was-was (syubah, kita patut tinggalkan..

    ReplyDelete
  3. Setelah menggoogle, rupanya "new bone" china bermaksud tak guna tulang, tp bhn sintetik
    http://bonechina.us/hannew.htm
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/15/nation/11108662&sec=nation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye eh...? Tengok jap...
      Thanks for the info..

      Delete
  4. Salam, hi, han new bone ni halal inshaAllah sbb baca article from ni, i pun ada dpt wedding hadiah masa 2013, memang pakai sampai now.. and it's synthetic bone inshaAllah. Kena yakin inshaAllah
    https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/04/15/make-no-bones-about-it-the-chinaware-is-halal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015