Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
2013 dah pun kita... tahun yang belum diketahui perjalanannya.. Semoga perjalanan untuk tahun baru ini, baik-baik hendaknya. Semoga hidup saya sekeluarga lebih dekat dengan-Nya, dirahmati-Nya.. Insya Allah..
Saya tak tahu lah kenapa, bangun pagi tadi en.suami kejutkan untuk solat subuh.. dah tu terasa cam terconfius dengan hari ini. Soalan pertama yang terkeluar dari mulut saya di pagi tahun baru nih... "Hari nih kerja ke, tak abang?" Mmmm..boleh lak terconfuse kan... En.suami jawab, "Selamat tahun baru 2013 mama.." Tahu lah saya...hari ni coti.....
Semalam detik 12 malam riuh rendah ngan bunyi mercun... meriah!! Cam mana lah sambutan-sambutan tahun baru kat luar sana tu ye.... mesti sakan kan? Setiap tahun waktu sambutan tahun baru, biasanya saya dan en.suami kat rumah sahaja.. Malas kot nak menyesakkan keadaan yang memang dah sedia sesak tu kan.... Lebih-lebih lagi bila dah ada anak kecik ni lagi la malas nak keluar rumah. Sambut kat rumah pun bermakna jugak kan... Kekadang kami sambut dalam mimpi jerk...hihhi..
2013 ni, rata-rata orang bercakap pasal azam baru kan.. Semoga azam-azam kamu semua dan azam-azam saya jugak tercapai lah hendaknya untuk tahun 2013 ni... In shaa Allah.... Dengan kesungguhan dan usaha yang berterusan, semua itu tidakkan menjadi sesuatu yang mustahil.
Melangkah ke tahun baru tanpa emak, adalah sangat tak best.. Kan best kalau emak masih ada...? Rindunya ke arwah... [Al-Fatihah]
Semalam telefon ayah.... mahu ucap selamat tahun baru... Gembiranya dengar suara gembira ayah.... :-) Semoga tahun baru ini, hidup ayah lebih menjanjikan keceriaan, kegembiraan, kesihatan tubuh badan, umur yang panjang, dimurahkan rezeki, ditambahkan bilangan ahli keluarga..... ya betul! [mana-mana yang belum kahwin tu, mana tahu dipercepatkan jodoh... dan mana-mana yang berniat nak tambah anak tu...mungkin tahun ini ada rezeki, untuk saya juga harapnya ahakks....]
Selamat tahun baru 2013 dari saya, Khilfi Eusoff serta mama dan papa saya!
No comments:
Post a Comment