Assalamualaikum...
Saya nak tepek bagaimana cara untuk melakukan solat Istiqarah. Sebagai rujukan diri sendiri dan juga rakan-rakan blogger mahupun yang bukan officially blogger, silent reader ataupun siapa sahaja... Kita share-share sesuatu yang memberi manfaat untuk semua.. Alhamdulillah..
Solat Istiqarah sangat sesuai dibuat untuk mendapat petunjuk dari Allah SWT. Yang mana paling terrrbaik untuk dipilih...tidak kiralah berkaitan apa sekalipun, jodoh... ingin melakukan sesuatu, ingin membeli sesuatu.... semua itu kita boleh memohon bantuan Allah agar diberikan petunjuk untuk memilih yang paling baik dan sempurna untuk kita.
Sebaiknya melakukan solat sunat istiqarah ini di satu pertiga malam, seeloknya lagi selepas bangun dari tidur. Solat ini sangat peribadi sifatnya, sebab itu harus dilakukan sendirian.
Cara-caranya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
"Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala"
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qafirun
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca surah Al-Fatihah
2) Membaca surah Al-Ikhlas
3) Ulangan yang sama untuk (6) hingga (10)
4) Duduk untuk tahiyyat akhir
5) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
6) Membaca doa Istikharah
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Seterusnya membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti di bawah:
Semoga urusan kita dipermudahkan untuk memilih mana yang terbaik untuk kita.
"Jika pilihan ini adalah yang terbaik untuk ku Ya Allah...kau permudahkanlah segala urusan ini... Jika sebaliknya..... kau jauhilah aku darinya.." Amin..
tenkiu sbb sudi jenguk blog umie sue.
ReplyDeletethanks sbb share2 pengalaman
Suka tengok gelagat aqilah yang comel tu... memang akan sentiasa singgah... tq juga sue sudi jengok blog x seberapa ni...
Delete