30 September 2015

Syafakallah untuk anak-anak mama..

Assalamualaikum...



Balik dari raya Aidiladha.. anak-anak demam, selsema, batuk hingga la ke harini. Belum sihat sepenuhnya. Demam on dan off.. Suhu kekadang menjangkau 39 darjah celcius. Dua-dua, abang dan adik. Buat mama papa, risau sungguh..

Malam-malam baby Elyass bangun menangis.. tidak selesa dengan panas yang terlampau.. berbekal tuala lembap, lap kepala dan seluruh badan.. boleh la tidur sampai pagi. Abang pun sama, ada masa merengek tidak selesa.. 2-3 kali bangun minta air masak, dahaga kepanasan mungkin.

Ya Allah...kesian sungguh rasanya, bila anak-anak tidak sihat sebegini.

Mama papa kena buat rotation cuti dari kerja. Takpe lah.. demi kalian, mama papa sanggup segalanya....

Cepat sembuh ye sayang-sayang mama!

"Tidaklah Allah menurun cubaan kepadamu melainkan kerana cinta-Nya padamu" 


-Mama-



28 September 2015

Eusoff 5 tahun :: Party pack!

Assalamualaikum.. 

Part yang saya sangat suka. Party pack!



Jika saya letakkan diri saya di tempat anak-anak kecil sebaya abang Eusoff, saya pasti sangat-sangat gembira bila diberi buah tangan. Tak kisah la bersempena apa pun.. majlis kahwin ke… majlis khatam Al-Quran ke.. majlis sambutan hari kelahiran ke… Seronok nya dapat sesuatu dari majlis tu.

Jadi.. untuk birthday abang yang ke 5 tahun, saya dah peruntukkan sedikit kos untuk sediakan party pack. Dengan harapan anak-anak buah saya nanti seronok bersama menyambut hari kelahiran abang Eusoff. Budget kecik-kecik aje. Semua buat sendiri je..



Perancangan tempat sambutan kelahiran abang Eusoff ke-5 adalah di kampung aki, Terengganu Darul Iman. Balik bersempena Hari Raya Aidiladha. Jadi sekali jalan la dengan sambutan Aqiqah Ekhlass, Elyass dan Noah Hafiy (3 orang),  majlis arwah untuk atok dan majlis pertunangan abang Amer (sepupu paling tua Eusoff dan Elyass) Insya Allah. 

Abang Eusoff ada 19 orang sepupu. Termasuk Elyass dan abang Eusoff sendiri, dah jadi 21 orang! Ramai kan..? Dah boleh dibayangkan ke hap-pening nya itu… :)

Goodies bag bertema Super Why. Bahan-bahannya serta isi kandungannya adalah:



Paper bag coklat
Label Super Why –DIY 
Topeng Super Why –DIY 
Question mark – DIY 
Pencil 
Bag tag
Biskut 

Simple-simple sahaja...

Alhamdulillah...berminggu-minggu saya usahakan.. akhirnya siap dah semuanya... Puas hati sangat. Untuk anak-anak tersayang, mama dan papa akan usahakan apa sahaja untuk kamu-kamu..



 

20 September 2015

School bus Lego

Asslamualaikum..

Hari Raya Aidiladaha dah nak menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.. Tak sabar dah rasa kami sekeluarga nak balik kampung... 

Persediaan untuk sambutan kecil-kecilan birthday abang Eusoff masih in progress. Sedang menyiapkan party pack je dah.. yang lain-lain rasa takde apa-apa dah. Ala kadar apa adanya sahaja. Insya Allah sebelum balik beraya nanti saya share cerita party pack yang ala kadar serta berbudget kecil itu.

Hujung minggu Eusoff dan Elyass yang sangat kesian.. Mama kerja, terpaksa ke office di hari weekend demi mengejar masa untuk menyiapkan kerja-kerja. Minggu depan nanti kerja sehingga Rabu sahaja.. tak terkejar untuk siapkan jika buat hari bekerja sahaja. Jadi jom lah pulun di hari weekend mana yang sempat, sambil hati menangis mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan kat rumah bersama papanya. :)

Untuk ganjaran abang Eusoff sebab baik duduk dengan papa masa mama kerja, mama dan papa belanja Lego!

"School bus"




Macam biasa lego dari Mr. DIY lagi. Banyak je mainan lain kat sana, tapi Eusoff tetap pilih Lego juga. Ok je Lego pun.. Sel-sel otak mama akan berhubung! Heheheheh.. Lego ni leceh sikit.. Namun, mama gigih juga buat untuk abang Eusoff.

Part paling mencabar sebenarnya, gangguan dari si kecil Elyass. Jadi, sebelum itu kena tidurkan sikecil ini dulu, baru boleh fokus pada Lego abang Eusoff.

"Mama, baby kacau!" -Abang Eusoff



Hasil yang dah siap, bukan abang Eusoff je teruja, mama pun sama.. yeayyy....
Puas hati rasanya boleh berikan sebuah bas sekolah yang pada asalnya,part-part lego yang sangat kecil jer!





Tak sempat nak ambik gambar abang Eusoff yang sangat teruja dengan bas sekolah ni. Muka yang excited sungguh! Siap je terus mintak nak main.. hehhe

Mama papa tumpang seronok, bila anak-anak seronok. 

Maka jadilah beronok-ronok :)


16 September 2015

Fire Birgade Lego di Hari Malaysia

Assalamualaikum..

Selamat Hari Malaysia 16 September 2015. Memandangkan jerebu yang nampak tidak berkurang kat luar sana, pagi ni abang Eusoff dan Elyass beraktiviti di dalam rumah je. Mungkin keluar juga dalam tengah hari.. memenuhi jemputan khatam Al-Quran dan Aqiqah rakan sekerja en.suami.

Jadi pagi ni, aktiviti kami membina Lego Fire Brigade. Lego yang dah dibeli beberapa hari yang lepas, namun hari ni baru berkesempatan untuk buat. Buat sama-sama dengan abang Eusoff. Abang tolong mama cari part-part lego.. mama sambung-sambung. 

Besar sikit lagi mana tahu abang Eusoff boleh buat sendiri kan..? Insya Allah.. boleh!





Comel kan bila dah siap sepenuhnya? Sayang kalau bercerai part-part lego nih. Memang pesan banyak, banyak, banyak kali kat abang, jangan rosakkan. Nanti kalau dah rosak, mama tak nak baiki dah! (Ala-ala mengugut gitu..kihkihkih)

Abang jawab, "Baik mama!

Memang, dia sangat berhati-hati mainnya.. main pun kat atas meja, katanya kalau main kat bawah baby kacau!.... hehhe memang pun!

Elyass melingkar je kat kaki abang, jenguk-jenguk apa lah abang main kat atas, sambil keluar masuk bawak mainan kesana, sini, kejap-kejap tarik baju pulak.. kejap-kejap wayar charger hp.. kejap-kejap fokus tv.. kejap-kejap berdukung papa.. kejap-kejap menangis.. kejap-kejap mintak susu dengan mama.. kejap-kejap gosok mata, gaya nak tidur... dah sekarang dah lelap di ribaan papa. Fuhhhh.. banyak aktiviti Elyass!

Begitu lah berlalunya sepagi Hari Malaysia kami.. 

Kepada semua pembaca blog kecil ini.. kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Malaysia!


15 September 2015

Baca plate kereta & motosikal

Assalamualaikum..


Bulan ni, dah masuk dua bulan abang Eusoff mengaji dengan Ustazah Awien. Alhamdulillah, abang Eusoff excited nak pergi mengaji. Cuma ada-ada masa, sampai rumah ustazah dia buat perangai nak mengaji sekali je…. “Satu je..” Sambil tunjuk jari telunjuk ke ustazah. Berani sungguh mengarah-ngarah.. aiisshh.. Takkan dapat nya… Ustazah sangat tegas bab ni. Mengaji kena ulang dua kali. Kadang-kadang ustazah usik nak suruh ulang kali ke tiga, memang abang Eusoff tak kan ulang dah. Cukup dua kali je.

Harap.. makin membesar, makin berubah lah sikap-sikap itu. Insya Allah..

Selasa, Rabu dan Khamis, 3 kali seminggu.

Selain dari mengaji.. saya cuba melancarkan sebutan abang Eusoff dan ingatan abang Eusoff mengenai huruf dan nombor. Caranya, balik dari mengaji, dari rumah ustazah, blok D, ke rumah kami, blok B.. perlu berjalan sikit.. sepanjang perjalanan balik abang Eusoff perlu membaca plate kereta/motor yang ada sepanjang perjalanan tu. 

Menumpang cahaya lampu jalan.. dapat jugak la abang baca plate kereta/ motor lebih kurang 25-30 biji. 

Perjalanan balik rumah yang ambik masa dalam 5 minit je… kadang-kadang boleh sampai 30 minit. Bergantung kepada laju atau perlahan abang membaca nombor plate.

Waktu ni, kalau ada nombor atau huruf yang abang bertukar, tak reti sebut.. mama akan betulkan dan suruh abang Eusoff ulang dan ulang. Alhamdulillah, malam esok dah ingat dah!

Ada masa nampak dia penat.., abang Eusoff mintak skip beberapa buah kereta.. alasan nak sampai rumah cepat, adik nangis… hihi.. comel je alasan nak ngelat.. :) 

Alhamdulillah walaupun pembelajaran secara tak langsung, tapi dapat la sikit-sikit manfaatnya. Insya Allah.

Mama-mama yang baca entry ni.. Cuba la kat anak-anak juga. Kadang kita takde masa kat rumah untuk tengok bacaan, sebutan anak-anak. Tapi mungkin boleh memanfaatkan masa dalam waktu-waktu macam ni. Jom sama-sama buat!

Sharing is caring.


11 September 2015

Eusoff 5 tahun :: Banner & party pack sticker

Assalamualaikum..

Counting the days, akan sambutan birthday abang Eusoff. Maaf tau.. update berterusan tentang persediaan aje. Bukan apa, sebolehnya segala kenangan nak dicatat di sini. Memori yang saya akan boleh baca bila anak-anak dah besar nanti. Kalau ada rezeki, Eusoff dan Elyass pun boleh baca sekali. Insya Allah..

Jangan jemu membaca ya..?

Alhamdulillah siap sudah banner birthday abang, party pack sticker abang dan juga sticker aqiqah Ekhlass, Elyass dan Noah Hafiy. Design by papa! Dalam sibuk-sibuk papa, mujur lah boleh luangkan sedikit masa untuk mendesign tika anak-anak dah di alam mimpi. Takpe lah bukan design yang canggih manggih pun. Dapat yang ini pun dah syukur Alhamdulillah.. kan abang Eusoff kan? 




Design sendiri, dan hantar printing kat tempat yang boleh tahan murah harganya. Jimat banyak di situ. Siapa kata nak buat yang terbaik perlukan belanja yang besar? Tidak semestinya kan..kan....? :)











10 September 2015

Eusoff 5 tahun :: DIY ~ Whyatt's Super Mask & Why Writer

Assalamualaikum

Kali ini, edisi DIY

Setelah jenuh mengoogle.., apa yang sesuai untuk di masukkan ke dalam party pack untuk birthday abang Eusoff nanti... akhirnya, saya dapat idea! Terima kasih en.Google. Anda adalah yang terbaik!

Saya akan DIY, Whyatt's Super Mask dan Why Writer. "Whyatt" adalah salah satu karakter dalam Super Why.

Ianya sangat senang untuk dibuat dengan kos yang sangat murah. Yang penting, mengikut tema, comel apabila dipakai beramai-ramai dan pastinya mereka-meraka (sepupu sepapat Eusoff dan Elyass) akan suka.. Insya Allah..

Alat-alatan yang diperlukan adalah:



1. Kertas tebal berwarna hijau (untuk Whyatt's Super Mask)
2. Kertas tebal berwarna merah (untuk Why Writer)
3. Pensil
4. Getah untuk diikat pada kepala
5. Gunting / pisau
6. Gam /salotape

Cara-cara :


1. Dengan menggunakan pensil, lukiskan bentuk mask (di atas kertas hijau) dan bentuk question mark (di atas kertas merah). Dengan menggunakan gunting, potong berhati-hati mengikut bentuk-bentuk yang telah dilakar.



2. Dengan menggunakan pisau, tebukkan satu lubang yang sangat kecil di setiap kiri dan kanan topeng. Masukkan getah dan ikat kemas di setiap lubang. Saya kemaskan getah dengan salotape.



3. Letakkan sedikit gam/salotape untuk lekatkan question mark pada pensil. Saya gunakan salotape. 



Itu sahaja. 

Dengan kos yang tidak terlalu mahal, sudah siap 2 benda untuk diletakkan di dalam party pack abang Eusoff. Tuan punya badan seronok sungguh.. dah mintak satu mask dan satu why writer untuk dirasmikan. Boleh la anak..asal kamu bahagia.. :)


"Eusoff's Super Mask & Why Writer"

Credit to this page : http://www.cbc.ca/parents/ for super great idea! Tq..





09 September 2015

Trip to Bird Park 2015

Assalamualaikum

Hari ini, 09 September 2015 abang Eusoff ada lawatan sekolah ke Bird Park. Sebelum tidur semalam dah pesan, bangun awal sebab kena berkumpul kat sekolah pukul 7.00 pagi. Dijawabnya "ok mama!". Tapi bila dikejutkan tidur pagi ni.. liat bukan main... jadinya abang orang terakhir yang sampai pukul 7.30 pagi..Haru biru mama dan papa berkejaran kejar masa.. fuhhh..semput!


Untuk keberapa kali dah lawatan sekolah abang joint. Sebolehnya mama dan papa akan benarkan abang untuk menyertai setiap lawatan sekolah. Kerana dari situ, abang akan belajar untuk berdikari, yakin diri dan belajar untuk mengikut arahan dan peraturan.. serta meningkatkan lagi pergaulan dengan rakan-rakan dan teacher.

Insya Allah.. mama yakin, abang Eusoff mampu bawa diri di luar sana.  

Sekeping gambar pagi tadi...


Muka teruja dan maha excited tu! Jangan tak tahu! :)






06 September 2015

1 tahun :: Elyass VS Eusoff

Assalamualaikum..

Hari ni berkesempatan bawa Elyass ke kedai gambar. Rutin tahunan yang kami akan buat apabila anak-anak bertambah usia. Setahun ke setahun... Abang Eusoff sudah dapat 4 keping gambar, usia 1 hingga 4 tahun. Untuk usia 5 tahun tunggu Oktober nanti. Insya Allah.

Untuk Elyass, ini adalah gambar pertama kali dalam hidupnya. Mudah sangat kerja orang kedai gambar. Letakkan aje Elyass atas kerusi, terus matanya fokus kamera. Klik..klik sekali dua.. dah dapat... pose menarik, dengan tenungan mata yang tajam.. dan senyuman yang sangat macho.. buat hati mama jatuh cinta lagi..hihi 


Meh kita tengok perbezaan abang Eusoff dan Elyass tika mereka berusia 1 tahun. Lain... Yang pasti abang Eusoff berwajah lembut je... manakala Elyass beraut wajah lebih tegas...

Setiap anak pastinya berbeza-beza karakter. Membesarkan abang Eusoff lain rasanya. Membesarkan Elyass lain pulak peel perangainya. Semoga sentiasa dikurniakan kesabaran yang berganda-ganda. Insya Allah...



Mama, papa sayang kamu dan kamu..





04 September 2015

Eusoff 5 tahun :: Tema sambutan hari kelahiran!


Assalamualaikum..


Abang Eusoff dah nak masuk 5 tahun dah pun bulan 10 nanti. Selepas sambutan hari lahir Elyass tempoh hari.. setiap hari lepas dari sambutan tu abang Eusoff tanya, “bila birthday saya mama?”, “nanti mama buat kek macam baby untuk saya ye mama?”..  Soalan-soalan itu saya jawab dengan jawapan “ya..” dan dibalas dengan “Yeaayyy!” serta satu senyuman yang sangat manis.


Saya tahu.. abang Eusoff dah sangat mengharap untuk sambutan kelahirannya yang ke-5 nanti.


Insya Allah, memandangkan abang dah besar, dan abang sudah faham akan erti kegembiraan menyambut hari lahir.. mama dan papa akan zahirkannya untuk abang sebaik yang kami mampu.


Perancangan-perancangan sudah ada difikiran. Bukan nak buat beria-ia pun. Sekadar beserderhana sahaja. Namun begitu, bersederhana tidak bermaksud tidak boleh buat dengan terbaik kan..? hihi..


Proposal mama dah submit kat papa. Sudah approved! Yeayyy!


Untuk birthday abang ke-5; insya Allah kami akan buat tema :: SUPER WHY?


Apa itu SUPER WHY? Secara ringkasnya, ia adalah siri rancangan kartun berunsur pendidikan, membantu kanak-kanak berumur 3-6 tahun belajar cara-cara untuk membaca.


Kartun ini sedang menjadi kegemaran abang Eusoff sekarang. Lagu tema SUPER WHY pun abang Eusoff dah hafal tau… tengok video ni (maaf tau abang seksi sikit dalam video ni, tak berbaju..) :



Tema sambutan kelahiran abang mama dah reveal, nanti-nanti update persediaan-persediaan lain pulak ye.. Insya Allah..


Sharing is caring.

03 September 2015

Elyass cucuk setahun & abang Eusoff demam

Assalamualaikum...

01 september 2015

Bawak Eyass cucuk setahun. Umur setahun dia 11 Ogos 2015, bermaksud mama papa, hantar Elyass untuk cucuk imunisasi lambat lagi... Sorry sayang..

Doktor pesan cucuk ni, boleh jadi Elyass akan demam. Balik rumah nanti terus bagi ubat demam untuk dia. Tapi..tapi..tapi.. dah sebok-sebok balik rumah tu.. lupa pulak nak bagi ubat demam tu. Bimbang sangat-sangat takut si kecil tu diserang demam. Tapi Alhamdulillah, takde demam pun sampai airni.

03 September 2015

Hari ni baby besar saya demam.... Pagi-pagi mama dan papa bertabah hantar abang Eusoff ke sekolah juga. Sebab kekangan kerja. Papa super bizi.. dan mama ada beberapa report yang perlu disiapkan. Walaupun berat hati, kami tiada pilihan.. Sempat pesan kat teacher kalau keadaan abang Eusoff makin teruk, call je kami.. Tiada pilihan lain, mama kena half day la. Kerja papa tak boleh diganggu. 

Kesian baby besar mama.. Rela dalam keterpaksaan ke sekolah juga. Bagusnya abang Eusoff, walaupun nampak muka ketat dan sendat untuk ke sekolah juga, tapi dia tetap ok-ok aje.. takde meragam. Alhamdulillah..

Tengah hari teacher whatsup bagi tahu keadaan abang Eusoff, demam dan muntah-muntah. Mulut asyik memanggil mama aje.. Kesiannya..

Muka demam tetap ada senyuman manis.. buat hati mama cairr...

Hari ni mama half day. Penuhi masa sepetang bersama abang Eusoff. Badan masih panas dan muntah-muntah. Makan tak berselera. Melepek tengok karton je... Keadaan abang sangat tak aktif seperti biasa. Ubat tak nak makan langsung. Campur dalam susu, susu tak nak minum.

Seperti kebiasaan demam akan sendiri baik je.


# ADIK yang kena cucuk, ABANG yang demam...??




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015