Assalamualaikum..
Abang Eusoff dah nak masuk 5 tahun dah pun bulan 10 nanti.
Selepas sambutan hari lahir Elyass tempoh hari.. setiap hari lepas dari
sambutan tu abang Eusoff tanya, “bila
birthday saya mama?”, “nanti mama
buat kek macam baby untuk saya ye mama?”.. Soalan-soalan itu saya jawab dengan jawapan “ya..” dan dibalas dengan “Yeaayyy!” serta satu senyuman yang
sangat manis.
Saya tahu.. abang Eusoff dah sangat mengharap untuk sambutan
kelahirannya yang ke-5 nanti.
Insya Allah, memandangkan abang dah besar, dan abang sudah
faham akan erti kegembiraan menyambut hari lahir.. mama dan papa akan
zahirkannya untuk abang sebaik yang kami mampu.
Perancangan-perancangan sudah ada difikiran. Bukan nak buat
beria-ia pun. Sekadar beserderhana sahaja. Namun begitu, bersederhana tidak
bermaksud tidak boleh buat dengan terbaik kan..? hihi..
Proposal mama dah submit kat papa. Sudah approved! Yeayyy!
Untuk birthday abang ke-5; insya Allah kami akan buat tema
:: SUPER WHY?
Apa itu SUPER WHY? Secara ringkasnya, ia adalah siri rancangan
kartun berunsur pendidikan, membantu kanak-kanak berumur 3-6 tahun belajar
cara-cara untuk membaca.
Kartun ini sedang menjadi kegemaran abang Eusoff sekarang.
Lagu tema SUPER WHY pun abang Eusoff dah hafal tau… tengok video ni (maaf tau
abang seksi sikit dalam video ni, tak berbaju..) :
Tema sambutan kelahiran abang mama dah reveal, nanti-nanti
update persediaan-persediaan lain pulak ye.. Insya Allah..
Sharing is caring.
No comments:
Post a Comment