Kali ini, edisi DIY
Setelah jenuh mengoogle.., apa yang sesuai untuk di masukkan ke dalam party pack untuk birthday abang Eusoff nanti... akhirnya, saya dapat idea! Terima kasih en.Google. Anda adalah yang terbaik!
Saya akan DIY, Whyatt's Super Mask dan Why Writer. "Whyatt" adalah salah satu karakter dalam Super Why.
Ianya sangat senang untuk dibuat dengan kos yang sangat murah. Yang penting, mengikut tema, comel apabila dipakai beramai-ramai dan pastinya mereka-meraka (sepupu sepapat Eusoff dan Elyass) akan suka.. Insya Allah..
Alat-alatan yang diperlukan adalah:
1. Kertas tebal berwarna hijau (untuk Whyatt's Super Mask)
2. Kertas tebal berwarna merah (untuk Why Writer)
3. Pensil
4. Getah untuk diikat pada kepala
5. Gunting / pisau
6. Gam /salotape
Cara-cara :
1. Dengan menggunakan pensil, lukiskan bentuk mask (di atas kertas hijau) dan bentuk question mark (di atas kertas merah). Dengan menggunakan gunting, potong berhati-hati mengikut bentuk-bentuk yang telah dilakar.
2. Dengan menggunakan pisau, tebukkan satu lubang yang sangat kecil di setiap kiri dan kanan topeng. Masukkan getah dan ikat kemas di setiap lubang. Saya kemaskan getah dengan salotape.
Itu sahaja. Dengan kos yang tidak terlalu mahal, sudah siap 2 benda untuk diletakkan di dalam party pack abang Eusoff. Tuan punya badan seronok sungguh.. dah mintak satu mask dan satu why writer untuk dirasmikan. Boleh la anak..asal kamu bahagia.. :)
"Eusoff's Super Mask & Why Writer" |
Credit to this page : http://www.cbc.ca/parents/ for super great idea! Tq..
No comments:
Post a Comment