Assalamualaikum..
Part yang saya sangat suka. Party pack!
Jika saya letakkan diri saya di tempat anak-anak kecil
sebaya abang Eusoff, saya pasti sangat-sangat gembira bila diberi buah tangan. Tak kisah la
bersempena apa pun.. majlis kahwin ke… majlis khatam Al-Quran ke.. majlis
sambutan hari kelahiran ke… Seronok nya dapat sesuatu dari majlis tu.
Jadi.. untuk birthday abang yang ke 5 tahun, saya dah peruntukkan sedikit kos untuk sediakan party pack. Dengan harapan anak-anak buah saya nanti
seronok bersama menyambut hari kelahiran abang Eusoff. Budget kecik-kecik aje.
Semua buat sendiri je..
Perancangan tempat sambutan kelahiran abang Eusoff ke-5 adalah di kampung aki, Terengganu Darul Iman. Balik bersempena Hari Raya
Aidiladha. Jadi sekali jalan la dengan sambutan Aqiqah Ekhlass, Elyass dan Noah Hafiy (3 orang), majlis arwah untuk atok dan majlis pertunangan
abang Amer (sepupu paling tua Eusoff dan Elyass) Insya Allah.
Abang Eusoff ada 19 orang sepupu. Termasuk Elyass dan abang
Eusoff sendiri, dah jadi 21 orang! Ramai kan..? Dah boleh dibayangkan ke
hap-pening nya itu… :)
Goodies bag bertema Super Why. Bahan-bahannya serta isi kandungannya adalah:
Paper bag coklat
Label Super Why –DIY
Topeng Super Why –DIY
Question mark – DIY
Pencil
Bag tag
Biskut
Simple-simple sahaja...
Alhamdulillah...berminggu-minggu saya usahakan.. akhirnya siap dah semuanya... Puas hati sangat. Untuk anak-anak tersayang, mama dan papa akan usahakan apa sahaja untuk kamu-kamu..
No comments:
Post a Comment