11 April 2015

Resepi Puri Bayam

Assalamualaikum…

Sedang mencari-cari apa lagi menu yang sesuai untuk diberi pada Elyass.. Takut diberi makanan sama, boring lak nanti..

Tetiba jumpa satu video kat youtube cara buat puri bayam + pisang untuk baby. Bukan video Malaysia, tapi video oversea.. Anak mak saleh makan puri bayam campur ngan pisang. Nampak macam sedap sangat-sangat puri tu sebab tak menyempat-nyempat siap mak dia buat, dia dah celup-celup dalam bekas puri nak makan...

Jadi terus lah pasang niat nak buat puri bayam + pisang tersebut.

Haruslah bayam sahaja diproses dulu siap-siap. Pisang nanti tunggu lenyek-leyek je.. atau dikisar halus bila nak makan nanti.

Jom tengok cara pemprosesan puri bayam. Kaedah sama yang saya tengok dalam youtube tersebut.


1. Sediakan sepokok bayam. Kuantiti ikut kepada kehendak masing-masing ye.
2. Patah-patahkan sayur tersebut. Saya ambil bahagian daun sahaja. Batang saya tak ambil. Basuhkan sehingga bersih.
3. Saya celur sekejap di dalam periuk dengan api yang sederhana. Anggaran air agak-agak tenggelam sayur bayam tersebut. Agak-agak 3-4 minit, saya terus angkat. Proses mencelur sepatutnya tidak lama. Takut nanti sayur terlalu masak dan hilang khasiat.
4. Setelah itu masukkan ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga halus.
5. Masukkan ke dalam bekas kecil, untuk difrozenkan.

Tak menyempat-nyempat, siap je puri ni saya terus nak cuba berikan pada Elyass. Saya lenyek-lenyek sebiji pisang dan campurkan dengan sesudu puree bayam tersebut.

Sebiji pisang dilenyekkan

Belum sempat sampai ke mulut pun puri bayam campur pisang tu, Elyass dah buat muka nak muntah dan terus pandang tempat lain. Pelik…. Tapi benar! Elyass jarang menolak makanan.. tapi kali ini, tolak dengan muka sangat tak suka. Nak kata tak sedap, cuba pun belum. Nak kata terlalu kuat bau bayam.. saya hidu-hidu takde lah teruk sangat baunya. Ke dia kenyang masa tu..?

Hasil setelah dicampurkan

Saya cuba suapkan dia pisang saja… eh.. laju plak Elyass makan.

Rupanya, warna hijau tua tu tersangat lah tidak menaikkan selera makan Elyass… hahahhahahha.. Nak gelak guling-guling je rasa..

Amboi-amboi..anak mama pandai ye…??

Puri ni nanti boleh ditambah ke dalam bubur nasi rasanya. Makan begitu sahaja sangat lah tidak sesuai. Kalau makan dengan pisang, hanya boleh campur sedikit sahaja puri bayam tu, jangan sampai berubah warna pisang tu…
Macam-macam….

Puri bayam yang siap difrozenkan

Selamat mencuba.. kot la anak-anak mama-mama semua suka menu ni… Mana tahu?

Bai..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015