Assalamualaikum..
Masa untuk berpuri lagi… jom..jom..jom..
Kesemua puri yang dah saya tepek resepi kat sini, semua yang
sangat mudah dan sangat cepat masa penyediaannya. Cuma kalau lama sikit pun tang nak kukus tu je laa..
Puri betik ni… lagi..lagi..lagi mudah dan cepat! Terus skip proses mengukus ye..!
Semua maklum kan berkenaan dengan khasiat betik ni. Meh saya
kongsi lagi kat sini khasiat betik hasil dari penggooglelan saya.. (owhh..teruk
betul, penambahan pengimbuhan saya…haahaha… abaikan!)
“Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C,
mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air,
protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin,
riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik
juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah
sembelit”
Tang melawaskan perut tu saya sangat-sangat setuju…. Memberi
makan puri betik kepada baby, bertujuan untuk memudahkan baby poo-poo.. Tak
sembelit dan lancarrr je pembuangannya.
1. Sediakan sebiji betik yang masak ranum. Tak nak
saya putik/belum masak tau..
2. Buangkan kulit dan biji betik, potong
kecil-kecil untuk memudahkan proses kisar.
3. Masukkan ke dalam blender. Tambah sedikit air
supaya puri anda tidak terlampau likat.
4. Hasil
setelah diblender. Struktur yang halus untuk baby saya -8 bulan.
5. Masukkan ke dalam bekas kecil-kecil untuk
difrozenkan.
Alhamdulillah.. siap sudah puri betik Elyass anggaran untuk
seminggu makan.
Puri betik juga makanan favourite Elyass..
Selamat mencuba ye mama-mama sekalian!
Bai..
No comments:
Post a Comment