08 April 2015

1st Quarter progress report 2015

Assalamualaikum.


Tahun ke-2 abang Eusoff di CIC. Kali ke-3 mama dan papa menghadirkan diri ke sekolah untuk ambik progress report abang. Feeling sangat berdebar gaya nak ambik result SPM abang je dah... ~27 March 2015

Tahun 2014 untuk 1st quarter banyak betul abang “Need improvement”.

Untuk 2nd quarter pula, Alhamdulillah.. ada perkembangan positif. Banyak yang abang dah improved berbanding 1st quarter. Ini bermakna abang clever boy..

Untuk tahun 2015 ini, 1st quarter, mama dan papa boleh la tersenyum lega, abang Eusoff baaaanyak improvement berbanding tahun lepas. Tapi masih ada juga yang kena improved lagi dan lagi dan lagi. Insya Allah abang Eusoff mampu! 

Untuk 2015 ni secara peribadinya, dah banyak perkembangan positif pada abang Eusoff.

Dari segi pembelajaran, Alhamdulillah alphabet A ~ Z, abang dah ingat dan dah kenal. Nombor 1 ~ 20 pun abang ingat dan kenal, dalam English lancar.. tapi dalam Melayu kurang lancar sikit untuk no 11 ~ 20. Alif ~ Ya pun sama, abang dah ingat dan kenal huruf. Cuma kadang-kadang boleh jugak buat lupa.

Takpe lah.. sekurang-kurangnya diusia abang 5 tahun semua yang basic dia dah tahu.

Mungkin ada kawan-kawan sebaya dia mampu menguasai lebih daripada itu, takpe.. mama faham mana kemampuan abang, dan mama tahu akan datang nanti abang boleh jadi yang terbaik dari sekarang.

Terima kasih kepada semua teacher-teacher Children Islamic Centre Taman Samudera..
Apa yang Eusoff tahu hari ini adalah jasa dari didikan cikgu semua. Terima kasih.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015