13 April 2015

Resepi Puri Kacang Peas

Assalamualaikum…

Jom.. main masak puri anak-anak lagi. Masih ada beberapa jenis buah dan sayur dalam peti yang beli aritu tapi tak sempat nak proses jadi puri.

Kebetulan hari ni, plan makan kat luar sahaja.. jadinya saya ada lebihan masa selepas maghrib untuk buat puri Elyass. Cara sama je dengan lain-lain puri pun. Senang dan waktu penyediaan tak ambil masa yang lama. Sambil-sambil layan abang Eusoff dan Elyass.. sambil-sambil buat puri ni.


1. Sebungkus kacang peas diperlukan. Saya beli yang frozen sahaja.
2. Basuh bersih dan masukkan ke dalam steamer. Saya stim selama 60 minit. Sebab saya mahu kacang peas betul-betul lembut untuk Elyass.
3. Kacang peas yang sudah lembut dimasukkan ke dalam blender untuk diblend sehingga halus. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan puree tersebut tidak terlalu pekat.
4. Bland sehingga anda berpuas hati dengan tahap kehalusan kacang peas tersebut.
5. Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Siap untuk difrozenkan.

Mudah bukan?? Alhamdulillah siap sudah makanan Elyass anggaran untuk 1 minggu di rumah pengasuh.

Tengah-tengah penyediaan ni, tengah dukung si kecik Elyass.. mulut dia, chap..chap..chap tak berenti-renti.. Bagi rasa sesudu, dia mau lagi.. Suka nampak gayanya..! Bagi semangkuk kecik, abis disapu bersih. Ok anak, kita cuba 4 hari nanti ye..

Nampak tuan makanan yang tak menyabo-nyabo..

Ni first time bagi puri kacang peas. Bimbang takut terkena apa-apa alahan je. Harap-harap takde apa la ye..


Jom berpuri!

Bai!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015