Salam...
First entry lebih berkisar kepada perjalanan kami-kami untuk ke USS... mencabar kan..? Tak terduga dengan akal fikiran yang kami akan melalui pengalaman yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental itu .. Ingatkan cam senang aje... rupanya tidak seperti yang dijangka! Dah gaya cam Explorace Asian kan? Hahahha.. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran kami-kami ber-7, kesusahan itu dapat dilalui dengan jayanya dengan pertolongan dari-Nya.. Lihat di sini.
Setibanya kami di parking lot USS... Waaaa..... kagum dengan pemandangan sekeliling yang super duper best itu....Baru parking lot ok..tak naik entrance lagi...huhuhu Turun aje dari bas... senyuman kepuasan kami sedekahkan sesama sendiri... hehehe.... :-) Hilang segala kepenatan dan kelaparan!! Sakit kaki pun hilang seketika! Seronok dan excited la katakan..... Nanak tertido masa tu... Kalo tak mesti dia lagi extra excited...ye laa..banyak tau watak-watak kartoon kat situ... Melambai-lambai kat pengunjung USS.. kami-kami yang tua nie pun excited melampau!! huhuhu
First thing yang akan semua pengunjung USS buat setibanya sampai adalah, bergambar di globe Universal Studio Singapore yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk!. Ala...globe yang pusing-pusing, kuar asap tuh...hehe.. Bergambar sakan la kitorang kat situ. Cuaca waktu itu tersangat la panas. Ye la waktu tengah hari..matahari betul-betul kat atas kepala...! Tapi tak kesah langsung! Bergambar lagi best.....
Jom view gambar-gambar yang boleh menceritakan segala-galanya... :-p
Masa
untuk masuk!! Dari luar nie dah boleh nampak tersergam indah
pemandangan dalam yang seperti masuk ke dunia kanak-kanak yang penuh
fantasi...tapi di alam realiti..... :-)
Watak-watak
karton pelbagai karektor mencuit hati kami-kami.. Comel
sangat..melambai-lambai menarik perhatian pengunjung. Boleh ambil gambar
bersama mereka-mereka itu...best sangat!!!!!Here we are!!!!! Universal Studio Singapore.. |
En.suami check in ke USS.. |
Memandangkan nanak ngah tido, saya kejutkan dia...agar nanak pun tak terlepas detik-detik indah itu... Dan sekali bukak aje mata, haa...terus tangan dier tunjuk-tunjuk bende itu. Teruja sangat! Segar dah matanya.. Tapi tetap nak berdukung..ngan mama aje! papa tak nak! Letihnya saya....
Dalam penat-penat tu, ternampak la dekat sebelah pintu masuk ada satu tempat untuk menyewa stroller untuk kanak-kanak dan wheelchair. Sebab dah letih sangat, saya pujuk la en.suami sewa bende alah nie..... $15 untuk satu stroller (double). Ambik yang double ingat boleh letakkan bag sekali.. Tahu ape jadi lepas tuh.... Pembaziran $15.. nanak tak nak duduk pun! apa boleh buat....so, kitorang tinggalkan aje la bende tu, nanti ada la orang datang kutip kot... :-)
Dalam penat-penat tu, ternampak la dekat sebelah pintu masuk ada satu tempat untuk menyewa stroller untuk kanak-kanak dan wheelchair. Sebab dah letih sangat, saya pujuk la en.suami sewa bende alah nie..... $15 untuk satu stroller (double). Ambik yang double ingat boleh letakkan bag sekali.. Tahu ape jadi lepas tuh.... Pembaziran $15.. nanak tak nak duduk pun! apa boleh buat....so, kitorang tinggalkan aje la bende tu, nanti ada la orang datang kutip kot... :-)
Bermula la perjalan kami-kami di alam fantasi..chewahhh..
Berjalan-jalan melalui Kota Hollywood... Wah..dah terasa kat Hollywood dah pun.. Nak merasa ke tempat yang sebenar entah bile dapat kan.. So kat sini, boleh je laaa...layan jugak.. Untuk mula-mula nie kitorang tak masuk pun kedai-kedai tu...nanti la nak kuar nanti baru ronda masuk dalam lak...
Apa yang menarik di Hollywood ialah:
Monster Rock
"Come watch the Universal Classic Monster in an all new Rock-N-Roll extravaganza!"
Tempat-tempat menarik untuk membeli belah:
1.Universal Studio Store
2.Star Character
3.The Dark Room
4.Silver Screen Collectables
5.SuperStar Candies
6.The Brown Derby
7.That's a Wrap
Melalui jugak kota New York.. Best nyerrr...tak terucap ngan kata-kata..
Apa yang menarik di New York adalah:
Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg
"Be blown away as an empty sound stage becomes the setting for a major hurricane about to hit New York City-right before your very eyes"
Ok tak nak citer panjang-panjang... nie je la ape yang kami-kami main kat USS nie....
MADAGASCAR
Madagascar : A creat adventure <---Nanak boleh main
Melalui sungai yang panjang dengan menaiki bot ditemani oleh watak-watak hero Madagascar iaitu, Alex, Marty, Melman dan Gloria!
Abaikan muka saya yang maha excited itu...huhu |
King Julien's Beach Party-Go-Around <---Nanak boleh main
Menaiki "Merry Go Around" bersama-sama dengan King Julien, the Lemurs dan banyak lagi karektor-karektor Madagascar yang lain
FAR-FAR AWAY
Shrek 4-D Advanture<---Nanak boleh tengok
Boleh melihat, mendengar, dan MERASAI segala action "Princess Fiona & Shrek in a fairytale adventure" dari tempat duduk masing-masing....
Menaiki roller coaster yang laju sangat-sangat melalui bandar Far-far Away. Seronok sangat walaupun boleh tahan jugak la tahap kelajuan dier! Menjerit-jerit jugak la saya dan en.suami.hehahahh... turun je, kitoran bantai gelak sesama sendiri..ngeh..nghe..ngeh...
Donkey LIVE
"Sing along with Shrek's sidekick Donkey as he hosts this interactive "live" show"
Magic Potion Spin
"A fantastical ferris wheel for children in Fairy Godmother's Potion Shop"
THE LOST WORLD
Dino-Soarin'<---Nanak boleh main
Kanak-kanak, atau orang dewasa pun boleh memandu sendiri "Pteranodon" nie.. Sama ade nak terbangkan tinggi ke langit biru atau rendah.... (saya tak tahu, nak tinggikan tekan butang putih tuu...so, saya naik ngan nanak rendah aje laaa...) kesian saya..patut la nampak naper orang lain semua boleh tinggi-tinggi dan saya ngan nanak asyik rendah aje....
WaterWorld<---Nanak boleh tengok
Boleh menyaksikan sendiri stunt-stunt berani mati, letupan-letupan yang maha dahsyat dan real sangat di pertunjukan air secara live ini... Seronok woooo...hebat betul diorang-diorang nie...serious real sangat...!! Kalau terlepas pertunjukan ini memang rugi sangat la ke USS nie... Memang best!!!!
Jurassic Park Rapids Adventure
"Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked"
Canopy Flyer
"Enjoy a prehistoric bird's-eye view as you soar oven Jurassic Park"
Amber Rock Climb
"Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects"
ANCIENT EGYPT
Revenge of the Mummy<---Nanak x boleh main
Menaiki Roller Coaster di dalam bangunan (indoor), di satu dunia yang penuh kegelapan... Seriau gilerr..sebab dalam menjerit-jerit kelajuan roller coaster tu, menjerit lagi sebab face to face dengan mummies yang amat menakutkan dan mengerikan. Di tambah lagi, berhadapan dengan api-api yang maha panas itu...uikkksss... serious...hilang darah....gegegeeg
Yang saya tak sempat main:
Treasure Hunters
"Children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site"
SCI-FI CITY
Battlestar Galactica: CYCLON (BLUE Track)<---Nanak x boleh main
"This suspended roller coaster goes up, around and upside down with an intense corkscrew and a cobra roll"
"This suspended roller coaster goes up, around and upside down with an intense corkscrew and a cobra roll"
Roller Coaster yang maha menakutkan... (Ini yang paling besar, paling tinggi, paling mencabar, paling gah...paling segala-galanya) dan saya paling berhajat untuk menaiki benda alah ini.. Tapi, en.suami tak nak ler...takut dan kecut perut katanya... Saya tak kira, saya nak jugak naik..Rasa cam sia-sia ke USS tanpa naik bende nie... So, saya pujuk la adik ngan Lynda.. Ok.. Saya dapat naik... Tapi... waaaaaaaaaaooooooooooooouuuuuuuuu...series seriouuuu dan menakoooootkan..tapi Alhamdulillah saya ok!!!
Yang saya tak sempat main:
Battlestar Galactica: HUMAN (Red Track)
Yang nie lagi hebat kot..fuhhhh...gayat giler tengok, bergerak sama-sama dengan yang saya main kat atas tuh..
"Zooming at speeds of 82.8km/h, this seated roller coaster narrowly avoids collisions as it twists, turns and propels you over 14 storeys into the air"
TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
(En.suami dapat la rase main nie..saya lak, kene jaga nanak yang tengh tidur...)
"Joint OPTIMUS PRIME and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D battle againts the forces of evil"
Nanak ketiduran...letih kot.. |
Seharian bermain-main dan jalan-jalan kitorang lunch/dinner di Oasis Spice Cafe -Bertemakan ala-ala Egyptian dan Middle Eastern buffeteria. Sememangnya tidak diragui lagi kehalalannya (terdapat logo halal di pintu masuk), pilihan bagi vegetarian, Pilihan makanan yang sihat! dan Rasanya boleh tahan sedap..tapi mahal!!!!!! (Itu yang pastinya)
Dan penutup kepada hari di Universal Studio Singapore ini adalah pertunjukan jalanan yang sangat menarik oleh karakter-karakter Madagascar, Revenge of the Mummy, Jurassic Park dan Shrek come to life dan semua karakter-karakter Hollywood. Dipersembahkan dengan tarian dan muzik yang amat bertenaga dan di luar imaginasi kita. Sangat mengagumkan lagi-lagi dapat melihat live dengan mata dan kepala sendiri.. So amazing..!!!
Dan yang terakhirnya, masa untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenangan... :-) Memandangkan barang-barang tersangat la mahal.. tak ada la saya beli banyak-banyak... Saya beli cenderamata ni kat sini : Galactica PX @ Sci-Fi City. Tak lupa saya beli hadiah GA kepada mereka-mereka yang semuanya pemenang itu....
Lepas tuh, bergambar-gambar sakan untuk yang terakhir kalinya dan terus check-out dari Universal Studio Singapore.
Seronok betul sehari di USS, saya dan en.suami berazam nak datang lagi bila nanak dah besar sikit... Nak main apa-apa yang belum main lagi tuh.... :-)
Tunggu Entry part III kami, pengalaman balik ke Malaysia (Johor je pun) dan mane lagi tempat best kami lawati... :-)
wah...syoknyer. bila nak bg ole2 bib?hehehe..
ReplyDeleteBESTNYER!!!! nak pegi jugak
ReplyDeleteBib, Farisha, Ameer dan Atiqah...
ReplyDeleteOle-ole dah on da way tuu... :-) En.suami pos lewat petang isnin... Pos laju..tak tahu la selaju mana... Insya Allah.. hari ini atau esok sampai ler... Dah sampai inform tau... :-p
thanks, seronoknya baca tak sabar nak pergi disember nanti yahuuuuu
ReplyDelete