04 June 2012

Selamat Pengantin Baru..

Salam..

Hujung minggu yang sangat seronok. Sebabnya, kami suami isteri,serta nanak dan saudara-mara (sebelah en.suami) berkumpul beramai-ramai di kediaman pengantin perempuan di Seremban, meraikan perkahwinan raja hari, Kak De Azila (Kakak sepupu en.suami) dan pasangannya, Abang De, En.Nazree... Alhamdulillah, perkahwinan berlansung dengan lancar sekali dalam suasana yang sungguh harmoni.. majlis bertambah meriah dengan berkumandangnya lagu-lagu berunsurkan keislaman... sebagai halwa telinga kepada tetamu-tetamu yang hadir..

Doa kami, suami isteri, kepada Kak De dan suami semoga perkahwinan yang berlangsung atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Dikurniakan zuriat soleh dan solehah, menjadi pelengkap kasih dan sayang dalam rumah tangga. 

Selamat Pengantin Baru Kak De dan Abg De..
Sekali-sekala saya dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang mengumpulkan semua ahli keluarga sebelah en.suami ini, saya boleh merasai keseronokan yang teramat sangat.. Sebab nya, kami bergabung menjadi 1! Semoga ukhuwwah ini akan berterusan hingga ke akhirnya. Amin....

Kami suami isteri dan nanak tidak ketinggalan nak bergambar sakan di atas pelamin Kak De yang indah itu... Saya dan suami, feeling naik pelamin kali ke-2 lerrr.. dan nanak... kagum yang amat rase dapat duduk di kerusi pengantin yang empuk itu...sampai tak nak turun...! :-)

Forever in LOVE!!

Wooww....cedap nie duk atas nih!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015