Salam....
1.
Kenapa anda ingin join seminar ini
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..! Itulah perumpamaan yang
paling sesuai untuk saya apabila, mendapat khabaran dari blog Kelvin Zahri. Tak
sia-sia saya jadikan blog Kelvin Zahri sumber rujukan “panduan blog untuk
kurus” di blog saya. Terima Kasih Kelvin atas khabaran gembira ini.. Ribuan terima kasih kepada PuanBee.com dan Prince Court
Medical Centre.
Terus kepada persoalan, Kenapa saya ingin ikut serta di dalam seminar
ini?
Terus terang saya katakan perkara pertama yang terlintas di fikiran saya
waktu pertama kali membaca entry Kelvin Zahri ini, adalah:
Apakah itu inspirasi?
Inspirasi ialah idea pencetus untuk melakukan sesuatu kerja.
Selama saya mengawal pengambilan makanan harian secara sendiri-sendiri
dengan sokong padu oleh suami, Alhamdulillah.. Allah memberi saya kekuatan
untuk melaksanakan misi itu. Setiap hari dengan sedikit azam dan sokongan suami,
saya mampu mengawal kuantiti makanan yang diambil, dan yang lebih
penting saya mampu mengawal kualiti makanan yang diambil, terutamanya
pengawalan kualiti dari segi pengambilan minyak dan lemak. Alhamdulillah ada
peningkatan dalam penurunan kg saya walaupun ianya bukanlah satu angka yang
besar.
Selama sebulan saya menghitung hari dalam misi mengurangkan kg ini, saya
rasa kurang inspirasi dan semangat. Sememangnya kata-kata semangat dari suami
tidak pernah putus, tapi dirasakan saya mahukan lebih dari itu.
Kata-kata semangat dari kawan-kawan sepejabat?? Saya merupakan pekerja baru di tempat kerja sekarang, dan mungkin faktor itu membuatkan kata-kata semangat dari kawan-kawan di tempat kerja adalah kurang. Saya pula jenis yang tidak suka menghebohkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. Lagi-lagi berkaitan ingin mengurangkan kg ini. Bagi saya ini merupakan isu sensitif, tidak semua orang suka akan isu ini, dan paling saya tak nak apabila ada orang yang akan memperlekehkan misi saya ini. Dari inginkan inspirasi, saya terus down!
Kata-kata semangat dari kawan-kawan sepejabat?? Saya merupakan pekerja baru di tempat kerja sekarang, dan mungkin faktor itu membuatkan kata-kata semangat dari kawan-kawan di tempat kerja adalah kurang. Saya pula jenis yang tidak suka menghebohkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. Lagi-lagi berkaitan ingin mengurangkan kg ini. Bagi saya ini merupakan isu sensitif, tidak semua orang suka akan isu ini, dan paling saya tak nak apabila ada orang yang akan memperlekehkan misi saya ini. Dari inginkan inspirasi, saya terus down!
Dalam mencari-cari inspirasi dan semangat, saya usahakan dengan membaca
majalah-majalah kesihatan seperti Rapi, majalah Wanita, saya juga membaca
blog-blog yang juga mempunyai misi yang sama seperti saya. Saya juga membaca
blog-blog kesihatan termasuklah blog Kelvin Zahri ini. Alhamdulillah..saya rasa
Azam saya untuk kurangkan kg, disuntik semangat dalam setiap pembacaan
majalah-majalah dan blog-blog. Lagi-lagi ada blog yang menceritakan kisah-kisah
kejayaan hasil dari plan-plan diet yang diikuti.
Hasil dari semangat itu
akhirnya saya pula yang membuka blog sendiri, Apabilaazambercerita.. sebuah
blog yang menceritakan perjalanan misi
mengurangkan kg saya yang saya definasikan kepada umum “Cerita saya yang penuh dugaan dan cabaran.. “Azam” yang dimaksudkan
adalah keinginan, tekad dan harapan saya” Alhamdulillah.. Semakin
bersemangat saya apabila, ada kawan-kawan blogger yang berkongsi minat yang
sama dan saling memberi kata-kata semangat untuk mencapai misi itu!
Apabila saya rasakan
progress penurunan kg saya sedikit perlahan…saya rasa sedikit kecewa, namun
begitu saya tahu saya perlu kuat semangat..jangan cepat mengalah. Saya sudah
berusaha gigih.. dan saya sudah dapat keputusan yang saya inginkan…walaupun cuma
hanya dalam jumlah yang sedikit.. Saya tidak perlu terlalu
kecewa kerana itu!
Semangat saya ditopup balik
apabila saya menjumpai produk Herbalife.. Hehe.. Ini bukan jalan pintas untuk
kurus ok.. Ya, saya tahu… saya perlu teruskan usaha mengawal kalori dalam
pengambilan makanan, disamping membuat senaman secara konsisten, dan
mengamalkan cara hidup yang sihat dan produk Herbalife adalah sebagai
makanan tambahan! Alhamdulillah… Progress penurunan ada, walaupun bukan juga
dalam angka yang besar, namun penurunan itu konsisten, itu yang saya mahukan.
Bulan ini merupakan bukan kedua saya bersama Herbalife dan hasil dari produk
ini disamping amalan-amalan gaya hidup sihat saya, saya semakin positif dalam hidupan
harian.
Saya sedia maklum, bukan
selama-lamanya saya boleh menggunakan produk ini hanya semata-mata untuk
kurangkan kg ini, memandangkan harga yang sedikit mahal itu.. Cukuplah sehingga
saya dapat berat badan yang idea…dan mungkin pada waktu itu saya perlu hentikan
pengambilan Herbalife ini. Insya Allah, saya akan terus meneruskan
amalan-amalan gaya hidup yang sihat itu sehingga ke akhirnya.
Dan kini, saya gigih
tiap-tiap hari mencari semangat-semangat baru untuk saya teruskan misi ini, dan
akhirnya saya terjumpa “Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Bloggers” dan saya
amat-amat teruja! Saya tekad untuk mencoret entry ini hingga ke akhirnya untuk
memastikan saya menjadi salah seorang yang boleh menyertai Seminar ini. Saya inginkan lebih ilmu dalam bagaimana cara yang betul untuk tampil
lebih kurus. Saya impikan sesuatu keajaiban yang akan berlaku! Insya Allah…
2) kenapa rasanya
ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Saya suka bercakap
atas dasar pengalaman diri sendiri. Terlalu banyak faktor yang boleh menyumbang
kepada masalah berat badan berlebihan. Namun begitu terdapat tiga perkara yang
paling utama, iaitu:
1.
Makan mengikut nafsu
Nafsu makan merupakan
satu perkara yang amat sukar untuk dikontrol. Lebih-lebih lagi kepada penggemar
makanan macam saya ini. Kadang-kadang perumpaan seperti “Hidup untuk makan”,
amat bertepatan sekali! Padahal
perumpamaan sebenarnya adalah “Makan untuk hidup”.
Perut sudah menghantar
signal “kenyang” kepada otak, namun nafsu masih lagi mahukan makan-makan dan
makan… Bukan hanya makan pada waktu-waktu makan yang sepatutnya sahaja, tapi
juga makan pada waktu-waktu yang bukan sepatutnya..terutama sekali makan pada
waktu tengah malam. Makan pula dalam kuantiti yang banyak dan bertambah-tambah.
Sehinggakan pada satu tahap termuntah balik apa yang dimakan.
Perkara ini pasti
tidak akan terjadi jika diri sendiri sedar akan akibat dari makan mengikut
nafsu ini dan bersedia untuk membentuk kesedaran akan tabiat makan itu.
2.
Tidak mengawal kalori dalam pemakanan
Apabila sudah makan
mengikut nafsu sahaja, jadi setiap apa yang dimakan tentulah tidak akan menitik
beratkan kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut. Negara kita amat
kaya dengan makanan yang penuh dengan kalori. Umpamanya untuk makan pagi, sudah
terhidang Nasi Lemak, Roti canai, Nasi Minyak, Pulut kuning berkuahkan rending
daging, lontong, kuih karipap, dan banyak jenis makanan lagi. Minuman pula Tea
tarik, milo, kopi, nescafe dan banyak lagi.
Tidak terkecuali makan
tengah hari dan malam.. yang memang banyak pilihan makanannya.
Jika setiap apa yang
memasuki ruang kerongkong tidak diambil berat isu kalori, sudah pastilah
masalah berat badan berlebihan akan menghantui sepanjang kehidupan. Lebih teruk
lagi jika disusuli dengan sakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung,
strok dan lain-lain penyakit merbahaya lagi.
3.
Tidak Bersenam
Perut yang sudah penuh
diisi dengan bermacam-macam makanan tinggi nilai kalori, sudah tentu
mengakibatkan badan menjadi berat, lemah dan tidak bertenaga. Sudahnya tilam
empuk yang menjadi pilihan. Nak berjalan pun sudah tidak berdaya untuk
mengangkat kaki. Apatah lagi untuk bersenam.
Tanpa senaman cergas
untuk menggalakkan pengeluaran peluh inilah yang akan mengakibatkan kekuatan otot berkurang, ketahanan jantung dan paru-paru menurun, dan seterusnya terjadi pengumpulan lemak di dalam badan yang tentunya berakhir dengan masalah berat badan yang berlebihan ataupun obesiti.
No comments:
Post a Comment