05 February 2016

Tabung untuk Aleesya, membeli sambil menderma.

Assalamualaikum.....

Hari ini, Jumaat yang mendung.. Gelap je kat luar.. mungkin sikit masa lagi hujan bakal turun.. mungkin..

Saat-saat begini, teringat keletah anak-anak. Rindu rasanya pada abang Eusoff dan Elyass.. Waktu-waktu mendung seperti hujan bakal menyusul nanti ni, alangkah bestnya dapat baring-baring di tilam empuk, main menyorok-nyorok dalam selimut. Pasti bising riuh rendah dengan gelak-tawa mereka.

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini, anak-anak saya membesar tanpa masalah kesihatan. Demam, batuk, selsema biasa tu ada lah.. tapi teruk dari itu memang tak pernah. Doa saya, biarlah dijauhkan anak-anak dari penyakit yang teruk tu..Nauzubullah.. 

Tak mampu menghadapi.. apatah lagi membayangkan.. Ya Allah... Jauhkan lah...

Pagi ni hati saya dijentik dengan perkhabaran berita seorang anak kecil menderita dengan penyakit LEUKIMIA.

Jentikan yang meluruhkan jantung saya.. menyesakkan nafas saya. Tak mampu membayangkan diri saya di tempat ibu dan bapa dia. Jujurnya saya tidak langsung mengenali siapa ibu dan bapa anak kecil ini.

Tapi atas dasar kemanusiaan, apalah salahnya kita bantu-membantu hulurkan sumbangan. Sumbangan yang kecil, besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.


Untuk mengumpul dana kepada Aleesya, kawan saya, FB: Maizatul Akmar, telah merancang untuk membuat jualan amal kuih-muih. Segala hasil dari duit jualan akan disumbangkan kepada adik Aleesya.  

Tarikh : 07 Februari 2016 (Ahad)
Waktu : 09.00 pagi ~ 06.00 petang
Bertempat : Kg Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor. 

Semoga Allah memberi balasan baik kepada Mai atas kerja amal yang Mai lakukan. Saya tidak mampu buat lebih seperti apa yang Mai lakukan. Dengan entry ini..harapnya sedikit sebanyak saya boleh membantu Aleesya. Insya Allah!

*Mai bukanlah ibu kepada Aleesya, tetapi kawan kepada ibu Aleesya.

Kepada pembaca blog kecil saya yang berada di kawasan berhampiran, boleh la pergi membeli kuih-muih ye.. sambil membeli sambil beramal..

Perut kenyang.. pahala pun dapat.. :)

Kepada ibu dan bapa Aleesya, semoga tabah menghadapi saat-saat sukar ini. Sama-sama kita doakan agar adik Aleesya akan diberi kesembuhan nanti. Tiada apa yang mustahil jika itu yang Allah inginkan.

Semoga, ada matahari menyusul keluar nanti.. memberi sinar harapan kepada adik Aleesya.

Semoga Allah permudahkan.. Amin....

*Untuk bantuan atau pertanyaan yang lebih lanjut mengenai adik Aleesya, boleh add FB Mai, Maizatul Akmar. Boleh PM beliau untuk maklumat lanjut (lokasi sebenar gerai jualan).



2 comments:

  1. Terima kasih Diana... cantik susunan tiap baris ayat.. Semoga Allah balas jasa baik yg Diana & suami hulurkan..Berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul... InShaaAllah, jika tiada aral dan berkelapangan, smoga perancangan sy dpt dijayakan demi Tabung Bantulah Aleesya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini aje bantuan yang termampu Mai..
      Hari ini kita bantu orang, Insya Allah kemudian hari Allah hadirkan sesiapa untuk bantu kita pula..

      Dunia ini bulat umpama roda..

      Berpegang kepada prinsip itu.. semua orang pun pasti akan membantu. Percayalah!

      Sama-sama kita support "Tabung Bantulah Aleesya"

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015