15 December 2015

Carboot Sale @ AU5 Lembah Keramat

Assalamualaikum..

Jika diikutkan rumah sewa dulu-dulu, bilik ke-3 kami adalah wardrobe kami merangkap bilik menjemur pakaian, merangkap bilik store juga. Membazir ruang rasanya..

Bila dah masuk rumah sendiri ni.. niat di hati untuk menggunakan sebaik-baiknya bilik ke-3 kami. Harapan sebenar adalah untuk menjadikan bilik ke-3 adalah bilik tetamu. Sekurang-kurangnya jika ada tetamu datang, adalah ruang untuk mereka selesa-selesa solat, berehat-rehat, menukar pakaian mahupun untuk tidur. Tidak mengganggu bilik Eusoff dan Elyass yang biasanya jika menerima tetamu kecil, bilik itu lah ruang mereka untuk bermain-main... dan biasanya bilik itu akan bersepah dengan mainan.

Alhamdulillah.. hajat untuk mengosongkan 50% bilik ke-3, tercapai..
..............................................................................................................................................................

Hujung minggu baru-baru ini, kami sekeluarga joint carboot sale di AU5 Lembah Keramat. Bermula 1.00pm ~ 7.30pm. Dengan bayaran tapak RM10.00 sahaja. Tujuannya adalah untuk menjual mana-mana barang terpakai yang memang masih sangat elok di dalam bilik ke-3 kami.

Excited!!

Sampaikan sekeping gambar pun tak terambik untuk kenang-kenangan menjual di carboot sale tu.

Kecewa...

Mujur laa sebelum angkut barang-barang dalam kereta aritu, sempat la saya ambil sekeping gambar barang-barang jualan kami tu. Adalah kenangan untuk saya letak di sini..

Banyak barang-barang Elyass disitu... kenangan dah..

Alhamdulillah...

Bukak bonet kereta pukul 1.00pm, pukul 2.30pm tu barang-barang kami dah settle! Tengok betapa goreng pisang cheese panas betul...! huhuhu..

Kami pun tak sangka.. duga pun tak..

Agaknya barang-barang kami yang memang masih lagi elok dengan harga yang ditawarkan pun tak mahal sangat.. Siap diorang boleh tawar menawar lagi...

Ada barang-barang kecil kami jual, ikut harga yang mereka ikhlas nak bayar aje..
Tak fokus pada keuntungan semata pun.. Sambil berniaga, sambil mengutip pahala konsepnyaaa.. 

Elok barang jualan dah habis.. hujan renyai-renyai pulak.. elok sangat la... tutup bonet kereta dan kami pun balik tido..hihihihihi

Alhamdulillah... sekali sekala en.suami ikuti kehendak remeh-temeh saya camni seronok juga. Hujung minggu kami, jadi lain dari kebiasaan. (Biasanya dia susah nak ikut permintaan saya yang remeh-temeh camni)

Siap dia pulak yang layan pelanggan yang datang membeli.. saya masuk kereta layan anak-anak.. hiihihi.. (Perjanjian asal; saya yang kena menjual dia yang duduk dalam kereta layan anak-anak..)
..............................................................................................................................................................

Status bilik ke-3 kami sekarang, masih menjadi bilik baju kering yang tengah tunggu turn untuk dilipat... :) Tempat menjemur baju adalah di balkoni sekangkang monkey tu.. cukuplah untuk kain baju kami 4 beranak. Cuma hari-hari hujan, bawak masuk ke bilik ini juga untuk dikipaskan agar cepat kering.

Masih ada 6 kotak pakaian yang masih tiada tempat penyimpanan. Cuma ada sebahagian baju yang kerap diguna disangkut di dalam almari bujang en.suami.. dan ada sebahagian baju dilipat di dalam drawer plastik. Ada 3 bijik besar kotak plastik untuk simpanan barang-barang.

Masih nampak seperti bilik kain dan store juga.. Tapi sudah lapang berbanding sebelum. Sekurang-kurangnya jika ada tetamu datang bertandang, dah boleh solat di situ....







4 comments:

  1. wah...bestnya kalau join carboot sales..
    saya pun ada banyak jugak barang nak jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom joint Cik Hani...

      Boleh clearkan mana-mana barang yang masih elok, tapi dah tak diperlukan..
      Saya pun rasa lepas ni nak joint lagi.. Seronok..

      Delete
  2. Hye d!!!
    Terbaca plak blog u ni...
    Sweet je rsanye...
    Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa ye Rawdhah Amanie...??
      Me kasih tau tersinggah sini.. len kali singgah lagi.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015