22 December 2015

Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Kelangkapan persekolahan

Assalamualaikum..

Tahun depan abang Eusoff dah 6 tahun. Tahun ke-3 berada di CIC Prima Samudera, Gombak.

Awal-awal aritu terfikir nak tukarkan abang ke tadika berdekatan dengan rumah. Tak la terlalu lama abang dalam kereta tiap-tiap pagi.. bila difikir-fikir balik, susah juga.. bimbang abang susah nak "ngam" dengan teacher baru. Dah la abang ni banyak pe'elnya...

Jadi, biarlah abang di sini.. menghabiskan tahun terakhir di CIC Prima Samudera sebelum melangkah ke darjah satu 2017.

Excited..!!



2015 masih bersisa +- 2 minggu lagi. Hujung-hujung tahun mak ayah yang ada anak sinonim dengan kebizian membeli kelengkapan persekolahan... Shopping mall semua demam back to school sekarang. Meriah!!

Dalam meriah tu sebenarnya, sedih tau melihatkan harga alat-alat kelengkapan persekolahan.. fuhhhh.. mahal sungguh! Lelagi +GST.

Nak tak nak memang la kena sediakan juga.. walaupun anak-anak seusia abang Eusoff bukan la pandai memintak pun. Tak reti pun lagi maksud nak bukak sekolah sesi 2016.

Itu sahaja pun kelengkapan persekolah abang Eusoff untuk sesi 2016 nanti:
1- Bag
2-Kasut
3-Stokin
4-Bekal air dan makanan
5-Baju sekolah (Order 5 pasang, baru dapat sepasang)

Itu sahaja la.. takde apa dah..
Buku, stationery.. sekolah sediakan.

Doa mama, papa.. abang Eusoff makin matang di tahun 2016 yerk.. :)

Amin....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015