28 December 2015

Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Stationery

Assalamualaikum...

Awal-awal aritu rasa macam tak perlu beli kot stationery untuk abang, 2 tahun dia di CIC, tak pernah pun belikan stationery. Ada beli hanya untuk kegunaan pembelajaran di rumah aje.

Terbelek pulak dalam buku communication book, sewaktu nak sampul buku aritu.. nampak ada tulis stationery pun kena bawa juga.

Ajak papa Eusoff ke kedai stationery waktu lunch tadi. Belikan mana-mana yang memang perlu untuk abang.

Ini hasilnya....


Macam ni saje pun dah cecah RM39.06 selepas discount 10% untuk ahli. Beli kat Pustaka Rakyat (Gombak) Sdn. Bhd. Sekotak pensil warna, pencil box dan set pensil, pembaris, pemadam, dan penggorek..lahaiii.. lama tak sebut mende alah ni..:) dan beli satu set white board marker untuk kegunaan kat rumah. Warna-warna marker yang sangat menarik.. Mesti berebut je la nanti ngan adik Elyass..

Tetiba tadi tercall teacher untuk check perlu ke belikan stationery untuk sekolah?
Teacher kata tak perlu..sebab sekolah pun ada provide untuk student semua...

Papa kata rezeki abang Eusoff la tuu..

Boleh guna untuk pembelajaran di rumah je nanti..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015