24 December 2015

Eusoff dan Elyass jalan-jalan naik train

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog kecil saya.

Hari ini, sepagi hanya berehat-rehat sahaja dirumah, sambil mama papa mengemas-ngemas rumah, selesaikan apa yang patut. Tengah hari mama papa masak berjemaah... favourite abang, ayam gulai. Papa masak menu Pahang, sambal bilis tempoyak. Nak kasi lagi umph.. mama tambah sambal belacan.. mmmm..sedap, abang Eusoff menambah 2 kali. Sambal bilis tempoyak dan sambal belacan abang tak makan..

Malam tadi saya bacakan blog-blog lama untuk abang Eusoff, semua pun cerita dia..

Sibuk pulak bertanya, "iyee ke mama? iye ke saya tu...?" hihi

Sampai la ke entry ini Eusoff jalan-jalan naik keteapi, terus request nak naik train. Pujuk rayu mama papa, "Please mama..please.. Please papa..please..." So, lepas solat asar kami siap-siap untuk naik train... yeayy! Abang Eusoff super excited!

Takut adik terlepas jauh... jenuh abang mengejar.. haa dapat!!

Mata tak lepas cari train.. lambatnyer train ni..

Parking kat stesen LRT Jelatek, menuju ke KLCC.

Tak perlu nak explain panjang-panjang kat abang Eusoff, hasil dari tengok Mr. Noddy, dia yang bagitahu mama papa dulu, "This is train station.."

Good boy! :)

Masa dalam train sibuk tunjuk itu..ini, mulut tak senyap langsung.. Bimbang sungguh mengganggu penumpang lain yang nakkan ketenangan.. Tapi saya biarkan aje abang berceloteh macam-macam. Dia tengah belajar sesuatu dengan apa yang dia sedang lihat tu.. 


"Nak take picture mama!"

Sampai KLCC request nak makan ayam goreng. Terus tuju KFC aje lah.. 


Masa ni dah siap makan dah...


Siap makan, mintak nak naik train lagi :)

Terus ke train station dan balik ke stesen Jelatik. Adik Elyass dah mengamuk nak tidur.. tapi abang masih lagi aktif, dalam train sengeh-sengeh.. pandang sini sana.. Tapi mulut senyap je.. sebab ramai sungguh orang dalam train masa balik tadi. Almaklum la.. dari stesen KLCC. Pusat persinggahan ramai kan...

Kami sampai Jelatik dah maghrib. Terus balik rumah dah..

Alhamdulillah.. sepetang yang best! Menunaikan permintaan si abang. Biarpun kami ke KLCC semata-mata untuk makan KFC je.. tapi sangat bermakna untuk abang Eusoff sebab dapat naik train pergi dan balik. Owh.. sebelum makan KFC kami bergambar-gambar kat Christmas tree yang sangat cantik!!! Abang Eusoff dan Elyass teruja, sebab cantik sangat!


Tengok Christmas tree tu... sangat cantik!

Kami sekeluarga :)

Sampai rumah.. abang bagitahu "Mama, lain kali boleh naik train lagi...?"

Boleh sayangg.......






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015