Assalamualaikum..
22/12/2015, teacher abang Eusoff dah serahkan buku-buku baru 6 tahun untuk dibalut. (buku latihan dan buku tulis)
Tahun ni mama kena balut buku abang... tahun-tahun sebelum tak ada pun... :) takpe la.. takde masalah... Balut buku je..tak susah mana.
Senarai buku abang Eusoff 6 tahun |
Seingat saya, last saya buat aktiviti balut membalut buku ni masa saya bujang-bujang dulu. Duduk dengan kakak, dan tolong anak-anak saudara balut buku-buku sekolah mereka. Lama dah..
Ni cerita zaman mama Eusoff bersekolah dulu.. throw back sikit..
Saya sangat suka aktiviti balut membalut ni. Sewaktu sekolah rendah dan menengah dulu, saya dapat bantuan pinjaman buku teks kat sekolah. Nasib sangat baik kalau dapat buku elok.. Nasib kurang baik, dapat buku yang hampir lunyai dah.. Nasib kurang baik lagi kalau dapat buku yang dah tak ada kulit dah pun! :)
Sewaktu sekolah rendah dalam darjah 1 - 3, ayah yang akan balut buku saya. Ayah balut guna plastik alas meja transparent tuu. Beli meter. Semua ayah balut elok-elok, kemas-kemas. Lepas tu ayah yang akan tulis nama kat atas buku tulis dan dalam buku teks. Tulisan ayah sangat kemas. Bila dah naik darjah 4 - 6, balut sendiri dah.. tulis nama pun sendiri. Buku memang berbalut setiap tahun, kecuali dapat buku yang memang dah elok berbalut.. tak la..
Naik sekolah menengah.. buku kebanyakkannya dapat yang dah lunyai-lunyai.. nasib baik sikit dapat la yang elok. Dari tingkatan 1 - 5, buku saya memang berbalut kertas hadiah yang comel-comel dan saya akan balut sekali lagi guna pembalut plastik lutsinar tu. Buku yang buruk pun nampak baru je kat luar. Kalau dapat buku yang elok dah siap berbalut pun, saya akan balut balik. Suka nak tengok buku kemas seragam je... Adik-adik junior yang akan dapat buku saya lepastu, mesti seronok..sebab dapat buku elok balutannya..
Itu cerita mama Eusoff laa... Cerita lama dahh... Nostalgia sungguh bila diingat balik.
Back to cerita membalut buku abang Eusoff..
2 set pembalut buku tulis dan 1 set pembaut buku latihan |
Balik kerja Jumaat aritu, terus ke kedai buku untuk mencari pembalut buku abang. Banyak pilihan pembalut buku. Dari plastik yang gulung-gulung tu.. hingga la pembalut buku yang dah siap dengan size buku-buku zaman sekarang ni. Tinggal lagi letak buku dan tarik kemas kiri kanan dan selitkan aje. Siap! Lebih teruja tadi ada pembalut buku yang seperti sticker. Terus melekat di kulit buku tak bergerak-gerak. Cuma kena hati-hati sewaktu menarik sticker.. Lurut elok-elok agar takde gelembung udara nanti.
Mungkin ada lagi pembalut buku yang lagi best kat situ.. tapi tak sempat nak tengok semua la sebab ramai jugak masa tu mak ayah yang tengah sibuk nak memilih-milih pembalut buku anak-anak kat situ.
Centrekan buku, dan tarik kertas sticker tengah-tengah.. lekat kan.. |
Yang pasti pembalut buku plastik yang gulung-gulung stail zaman dulu-dulu tu dah kurang mendapat tempat di hati mak ayah zaman sekarang. Masa saya membeli tadi semua ambil yang moden punya tu. Katanya jimat masa membalut.
kemaskan sebelah hadapan dahulu, diikuti sebelah belakang buku.. lebihan atas, bawah, dan kanan buku, lipatkan ke dalam.. kalau potong ngam-ngam kulit pun boleh.. |
Zaman semakin canggih.. pembalut buku pun nak canggih juga. Ya.. :p
Buku abang dah siap pun berbalut.. Yeayyy...
Sedia untuk digunakan tahun 2016!
Excited!!! Good luck abang!!
pembalut buku sekarang dah siap bersticker, tinggal tampal jer...
ReplyDeletedekat2 nak buka sekolah ni memang syok..
Hi Cik Hani..
DeleteSyok gak...hahhaahha
Biarpun anak baru pra sekolah..
Tunggu sekolah rendah nanti lagi syok kan.. Kene gi koperasi sekolah beli buku anak-anak... Tak sabar 2017!
Beli kat mana ye
Delete