05 May 2015

Resepi puri ubi kentang

Assalamualaikum...

Pernah sekali saya cuba beri Elyass rasa sikit kentang lenyek KFC. Sikit sangat tak cukup agaknya, menjerit-jerit nak lagi..hihi...

Bila anak dah suka, mama terus pasang niat nak buatkan puri kentang / kentang lenyek untuk Elyass. Resepi yang sangat-sangat mudah dan simple. (Saya rasa semua resepi baby pun mudah, atas kita nak buat ataupun tidak aje..)

Biarpun cara pembuatan yang sangat mudah, izinkan saya share cara pembuatannya di sini ye...?



1. Sediakan beberapa biji kentang. Kentang dikupas kulit dan dipotong kecil. Dibasuh bersih.
2. Setelah itu masukkan ke dalam steamer dan steam selama 30 minit. Bagi yang tiada steamer boleh juga merebus kentang tersebut.
3. Kentang yang sudah lembut, dikisar sehingga halus. 
4. Sedia untuk dihidang kepada si kecil anda.
5. Lebihan tadi bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kecil bertutup untuk disejuk bekukan.

Untuk sos ala-ala KFC saya tak buat la.. cukup kentang lenyek je untuk Elyass. Itu pun sudah sedap menjilat sudu. Makan semangkuk tak cukup... dia mintak lagi..hihi


video


Nampak berselera kan...?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015