Lama tak up disini pasal makanan Elyass.. Makanan Elyass yang saya buat sama je yang dah pernah saya upkan entry di sini, so.. jadi tak nak la ulang-ulang tulis menu yang sama…
Hari ini ada menu baru yang saya cuba; saya namakan sup ayam dan lobak anchor. Sesedap rasa je letak nama. Naper ade Anchor? Sebab saya tumis guna Anchor unsalt butter. Tu aje..kihkihkih
Meh tengok cara simple menu ni:
Bahan-bahan:
1.
2 ketul isi ayam (bahagian dada) -dicingcang
2.
1 biji lobak merah saiz sederhana –dipotong nipis
3.
1 labu bawang saiz sederhana –dipotong nipis
4.
½ sudu unsalt butter Anchor
5.
Air
Cara masak:
-
Panaskan unsult butter sehingga cair
-
Tumis bawang besar sehingga layu
-
Masukkan daging ayam cincang dan tumis sehingga
sedikit masak
-
Masukkan segelas air
-
Masukkan lobak merah, masak sehingga sedikit
lembut
Untuk Elyass, saya masih lagi bimbang untuk beri makanan berstruktur sangat kasar. Jadi untuk menu ini, setelah siap dimasak saya kisar menjadikan struktur sedikir halus.
Setelah itu, campurkan dengan bubur nasi kosong.
Yummeh… Elyass makan abis semangkuk. Confirm Sedap!
Lebihan saya masukkan ke dalam bekas kecil-kecil untuk disejuk bekukan. Setiap pagi just campurkan 1 cube ke dalam bubur kosong..
WAH..menu simple..blh try..
ReplyDeleteYe simple-simple je... jom try!!
ReplyDelete