01 May 2015

Resepi stok bilis baby

Assalamualaikum…

Kembali lagi dengan resepi untuk makanan baby.

Masuk je usia Elyass bulan ke -8 aritu, April 2015, saya dah mula berikan bubur nasi dalam menu harian dia. Alhamdulillah..abis semangkuk dia makan, licin.. Menu awal-awal aritu bubur nasi campur ngan serbuk ikan bilis aje pun. Itu pun dah cukup menyelerakan..nyumm..nyum..

Syukur sangat Elyass bukan seorang baby yang cerewat pasal makan.

Mulanya ingat nak masak je bubur nasi dan terus masukkan bilis 4-5 ekor. Siap masak, kisar halus pulak. Fikir punya fikir, waktu tak berkejar dengan masa, mungkin cara itu sangat sesuai. Tapi dalam waktu berkejar-kejaran terutama di awal pagi.. macam leceh sikit.

So, saya rasa buat stok bilis lagi praktikal untuk saya.

Pembuatan yang sangat senang. Saya buat ni pun saya rujuk resepi kat internet. Alhamdulillah.. ramai yang tak lokek ilmu.. So saya panjangkan lagi resepi ini untuk mama-mama lain pula.



1. 3 gengam ikan bilis yang telah disiang (buang kotoran dan kepala). Beli bilis yang dah siap siang lagi senang. Basuh sehingga bersih, rendam seketika. Disejat seketika untuk pastikan ikan bilis tadi sedikit kering 
2. Setelah itu ikan bilis tadi disangai tanpa minyak sehingga masak. Warna ikan bilis berubah warna sedikit kekuningan.
3. Sedia untuk dikisar.
5. Hasil bilis dikisar halus, dimasukkan ke dalam bekas bertutup.
6. Bubur nasi kosong bersama serbuk ikan bilis sedia untuk dimakan Elyass..

Setelah itu stok bilis ini bolehlah disimpan di dalam bekas. Bila nak makan bubur hanya tambahkan sedikit serbuk bilis ini untuk memberi perasa masin kepada bubur anak-anak kecil.

Senang kan?? So selamat mencuba..


Peneman setia mama di dapur







3 comments:

  1. terbaik la.
    bukan setakat makanan baby, kita bleh jugak buat utk kita masak memasak kan.
    tak perlu la beli kiub ikan bilik maggi tu... betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aida..!
      Kadang-kadang ambil gak sesudu dua.. buat masak2...

      Salam kenal adianiez AIDA..

      Delete
    2. Betul aida..!
      Kadang-kadang ambil gak sesudu dua.. buat masak2...

      Salam kenal adianiez AIDA..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015