Tajuk drama yang amat...hihihhii..
Tiap-tiap petang, wajah-wajah dambaan hati yang dirindui.. tentu-tentu la permata hati, abang Eusoff dan baby Elyass....... dan...papa juga!
11/05/2015 -Isnin
Masuk kete je, benda pertama saya terjah dulu.. dah tentu la Elyass.. Peluk-peluk, cium, gomol..kasi gelak seposen dua.. baru perhatian beralih ke papa pulak.. Terus dapat report dari papa Elyass kena gigit.
Apa!!??….
Terus laju-laju check seluruh tubuh Elyass, kat mana kena gigitnya.
Ok.. kat lengan kiri, bersusun bekas gigi.
Pengasuh Elyass mintak maaf sungguh-sungguh en.suami cerita, dia tak perasan waktu kejadian. Sedar-sedar Elyass dah menjerit kesakitan. Ceritanya Elyass rebut mainan kawan.. dan mendapat balasan cash dan-dan itu juge… hahhah
Eh…. Tak rasa nak marah la.. anak-anak kecil.. bukan tahu apa.. Pengasuh pulak bukan lah sepenuh masa boleh perati anak-anak kita.
Entry sekadar mencatat cerita untuk dikenang-kenang bila dah tua..
Sekian.
No comments:
Post a Comment