Assalamualaikum..
Hari ini nak share di sini, satu menu dan cara penyediaannya.
Awal-awal dulu semasa baru cuba nak perkenalkan menu puri brokoli ni kat Elyass, saya rasa sangat pelik. Sedap kerr? Tapi saya berpegang kepada "Belum cuba belum tahu..dah cuba nanti tahu lettew..".
Ok saya buatkan je lah.. memandangkan sayur brokoli juga mempunya manfaat yang tersendiri. Ia juga merupakan sejenis sayur yang disyorkan untuk baby.
Ok cara penyediaan yang sangat mudah; ikut langkah-langkah berikut:
1. Satu pokok brokoli
2. Dipotong kecil-kecil, dibasuh bersih.
3. Masukkan ke dalam steamer dan stim lebih kurang 20 minit. Itu anggaran masa saya.
4. Setelah brokoli lembut, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus
5. Masukkan ke dalam bekas kecil-kecil dan sedia untuk disejuk bekukan.
Senang kan?
Saya bagi puri brokoli campur dengan puri kurma ataupun kismis. Alhamdulillah anak kecil saya tu sangat suka. mmmm... Elyass sangat mudah makan dan tidak memilih. Jadi kerja menyediakan makanan untuk dia sangat mudah.
Saya pun pernah cuba puri brokoli semata-mata, tetap Elyass makan hingga habis.
Sedap le tu.....
No comments:
Post a Comment