09 August 2016

Eusoff & Elyass Picnic @ Ulu Yam, Selangor

Assalamualaikum...

Ahad baru-baru ni, abang Eusoff dan Elyass gi picnic dengan kawan-kawan mama papa. Abang Eusoff dan Elyass jumpa kawan-kawan. Picnic dekat Ulu Yam je, dekat je. Abang Eusoff dan Elyass dah tak takut air dah. Walaupun air sungai.




Rileks je berendam dengan kawan-kawan.. siap main-main lagi kat sungai tu. Bila ajak naik, muka abang mencuka tak nak naik sebab nak main air lagi. Papa berendam sama dengan anak-anak.. mama duduk memerhati je dari jauh, melihat keseronokan dua beradik mandi manda, sambil borak-borak dengan ibu-ibu yang lain.




Sesekali buat aktiviti begini, jelas diwajah anak-anak rasa "gembira"... "teruja"..
Ye laa... selalu, kalau tak duduk di rumah.. papa bawak pergi jalan-jalan shopping mall.. tak pun ronda-ronda Kuala Lumpur. Sesekali anak-anak berpeluang, back to nature.. excited bukan main rupanya mereka.



Elyass walaupun dipangkuan papa sentiasa, tapi matanya melilau pandang sekeliling, tengok bird, monkey yang berkeliaran kat situ, mencari makan.. tengok a'an (air) yang mengalir tenang, bunyi deruan air sungai... bunyi burung, unggas, cengkerik.. menarik perhatian telinga dia. Memerhati dan mengamati... Tak meragam langsung dia haritu!


Ni kawan-kawan mama dan papa yang super best! Super sporting! Superman & Superwomen..hihii

dan kawan-kawan Eusoff dan Elyass yang Supersweet.... 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015