Bila tiba saat ulangtahun kelahiran anak-anak, mama papa pastinya teruja lebih! Namun dalam teruja itu, pasti terdetik rasa sedih.. setahun ke setahun anak-anak membesar.. dan pasti juga mama papa makin men-tua. Saat anak-anak masih kecil di depan mata, sebolehnya "saat" ini digunakan sepenuhnya, biarpun penat, jerih dan perihnya membesarkan mereka. Kerana sampai saat dan ketika, mereka pasti melangkah jauh ke dunia luar sana, meninggalkan zaman kanak-kanak mereka, meninggalkan papa dan mama juga... sob..sob..sob... *Lap air mata..
Setahun ke setahun, kami setia menghitung.... dan selagi termampu, pasti akan mencoret kenangan itu di sini... lebih-lebih lagi "di setiap ulang tahun kelahiran mereka". Insya Allah.
Nak baca bagaimana sambutan birthday Elyass untuk satu tahun yang lepas? Di sini : Elyass Turn-1!
Untuk tahun ke dua sambutan kelahiran Elyass hari ini, 11 Ogos 2016, kami sambutnya malam tadi, sambutan yang ala kadar sahaja. Seperti tahun lepas, tahun ini kami sambut berempat juga. Syukur Alhamdulillah..... walaupun kecil-kecilan, namun boleh nampak betapa Elyass sangat-sangat seronok dengan sambutan kali ini. Sepertinya dia mengeti dan faham.
Semoga menjadi kenangan manis letting untuk mereka.. Insya Allah.
Ucapan dan harapan mama untuk Elyass, sama sahaja seperti tahun sebelum.. mama copy and paste lagi untuk tahun ini dan tambah sedikit harapan lagi yer Elyass sayang..? :p
Untuk anak mama papa; Kashfi Elyass:
Alhamdulillah... anak mama sudah 2 tahun.
Terima kasih Allah menganugerahkan kami anak yang sangat comel, sihat tubuh badan, sempurna fizikal dan mental. Semoga anak ini membesar dengan rahmat keberkatan-Mu. Cemerlang hidupnya di dunia, gemilang hidupnya di akhirat kelak, Insya Allah.. Ya Allah, Kau permudahkan kami dalam membesarkan anak ini.. Amin..
Tepek video di sini untuk kenang-kenangan..
Happy birthday sayang!
No comments:
Post a Comment