13 August 2016

Wodden Letter and Symbol from Typo KLCC

Assalamualaikum...

Hajat yang dah sangat-sangat lama.. pencarian di Kaison hampa, sebabnya selalu takde yang saya nak. Kalau ada pun kecil benor saiznya. Cari kat Daiso atau Mr.Diy tak pernah ada pulak. Sudahnya menggunakan talian hayat di page Kelab Kaki Deco. Cuba-cuba bertanya.... Alhamdulillah ada yang sudi berkongsi, kat Typo ada menda yang saya nakkan tu. 

Typo?? Memang tak pernah saya tahu. Berhuhu la saya sambil bertanya balik ape Typo tu? 

Rupanya satu kedai yang menjual pelbagai barangan comel-comel sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun untuk koleksi peribadi. Ada alat tulis, buku nota, mug, magnetic, bantal comel-comel pun ada dan macam-macam lagi la! 

Sama macam Kaison, Daiso atau Mr.Diy ke..? Tak sama sangat la. Tapi ada juga barangan-barangan yang dijual disini yang sesuai untuk dijadikan dekorasi rumah ala-ala rumah mat saleh gitu... Yang paling penting barang yang saya cari selama ini pun memang ada kat sini.. - WODDEN LETTER

Bukan nak banyak huruf pun. Nakkan E dan D sahaja.

E- Eusoff/Elyass
D- Diana

Setiap satu huruf berharga RM15.00. Beli dua huruf percuma satu lagi huruf. Senang cerita tiga ketul huruf adalah RM30.00. Pada saya harga yang berpatutan dah. Terus en.suami balik kerja petang, ajak ke Typo. Kat mana-mana pun saya ok je. En.suami pilih Typo kat KLCC sebab dekat dari rumah dan perjalanan lancar tanpa jem sikit pun!

Here we are!! At Typo KLCC.


Dapat 2 ketul wodden letter dan 1 ketul wodden symbol, terus balik rumah.

Letter E untuk tampal kat pintu bilik Eusoff dan Elyass.
Letter D untuk tampal kat SOHO mama.
Symbol <3 entah la nak letak kat mana. Tengok la mana-mana sesuai nanti.. Terasa seperti tersalah pilih warna untuk letter D. Tak naik pula warna putih dengan dinding bilik tidur warna kelabu cair tu. Tengah fikir nak beli cat je nak cat balik warna hitam.


Nah... belanja gambar pintu bilik abang Eusoff dan Elyass, sebelum dan selepas... 
Takde apa yang best pun sekadar tampal huruf E di pintu je pun. Tapi hati mama rasa happy, sebab dah lama berhajat dan akhirnya tertunai sudah.




Berseri-seri sikit pintu bilik anak-anak.. :p


  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015