Isnin haritu balik Terengganu dengan si kecil Elyass. Naik bas tanpa papa dan abang Eusoff.. pengalaman baru untuk mama.. mujur Elyass behave sangat-sangat 4 jam perjalanan TBS - Paka.
Sampai kampung, teringat misi yang tergendala.. misi melepaskan susu badan untuk Elyass. Niat nak guna batang pokok bakawali. Zaman abang Eusoff dulu, mencuba dan dukacita dimaklumkan usaha itu gagal.
Gambar batang pokok bakawali adalah seperti di atas nun. Itu lah "batang pokok bakawali" istimewa untuk Elyass..hihi
Dan resultnya...
Hanya dengan sekali percubaan sahaja.. Elyass tewas dengan rasa pahit itu hingga muntah-muntah!... kesian..... Bila dioffer lagi ngeleng laju-laju dan memang dah tak nak dah.
Senang sungguh si kecil sorang ni. Rasa kesian tapi boleh dah putuskan susu badan sebab dia pun dah 2 tahun..
Lebih macho saya sekarang kan..? ☺ |
23/08/2016 - Elyass berhenti menyusu badan. Tips saya gunakan BATANG POKOK BAKAWALI jee..
Mana nak dpt btg tu?..dlm proses jugak ni...x berjaya lg..
ReplyDeleteAlaaa.. lambat baca komen Jaja.. kalo tak boleh je bawak balik batang ni untuk Jaja sebatang dua.. :(
ReplyDeleteKat mana-mana pun ada rasanya ni..
wahh dah bercerai susu dah? kita blom lagi ni even susu dah hampir tak ada tapi si kecik tu suka sgt nyonyot. macam x sampai hati lagi nak stopkan tapi bulan 11 ni cukup 2 tahun. huhu..
ReplyDeleteNiat hati memang nak ceraikan awal Elyass ni. Pengalaman abang Eusoff dulu, umur 4 tahun baru bercerai susu badan, umur 6 tahun (awal tahun) baru bercerai susu botol.
ReplyDeleteSemua pun lambat..
Jadi untuk adik ni, standby awal sikit..
Sedih juga masa nak decide buat aritu.. tapi.. mama cekalkan hati...hihi