01 August 2016

Bilik pakaian merangkap bilik tetamu

Assalamualaikum..

Pernah baca tak entry ini? Carboot sale @ au5 Lembah Keramat
Entry ini pula? Drawer pakaian anak-anak sudah roboh

2 entry itu bercerita tentang bilik ke-3 di rumah kami. 


Throw back - Bilik kosong pada awalnya -cat asal putih

Apabila bilik ke-3 yang tunggang langgang dengan keadaan penstoran kain baju yang tak pernah settle ditambah lagi drawer pakaian anak-anak dah roboh. Tiap-tiap hari pun berzikir kat telinga en.suami, tak leh nak hadap dah dengan keadaan begitu saban hari. Rasa hati tak gembira. Kain baju anak-anak susah sungguh bila nak dicari. Bila keadaan drawer dah uzur sebegitu, nak melipat baju anak-anak pun dah kelaut dalam feelingnya. Sungguh tak tipu! Baju anak-anak selalunya memang akan menggunung tinggi je la dalam bakul. Bila nak cari terpaksa la dengan gigih sekali menggali.

Pasrah. 


Throw back - Setelah dimasukkan barang dan belum disorting ke ruang masing-masing 
- kami cat pink

Akhirnya, sebelum puasa haritu, setelah en.suami pecahkan tabung ayam :p tertunailah harapan mendapatkan almari pakaian baru untuk anak-anak. Pakej sekali almari pakaian untuk mama dan papa juga, setelah 8 bulan berpindah ke rumah sendiri, kain baju semua di dalam storage box duduknya, kecuali kain baju yang sentiasa di pakai, digantung hanger dan sangkut di penyidai baju terbuka.

Ikutkan kata hati, untuk almari pakaian kami, kami mahukan almari pakaian custome made dari kedai perabot, ngam-ngam penuh dinding. Tapi mengenangkan tabung ayam kami tu ciput sahaja jumlah terkumpulnya, terpaksa la kami beli mana yang ada di kedai perabut sahaja (ready stock). Tapi rezeki kami agaknya, ngam-ngam juga penuh dinding kelebarannya 8 kaki, cuma ketinggiannya yang hanya 8 kaki itu, tak dapat la sampai syiling. Ada sedikit ruang atasnya. Tapi tak apa, mungkin boleh dimanfaatkan untuk penyimpanan sesuatu suatu hari nanti.


Throw back - Tiada pula gambar fokus ke dalam bilik ke-3, tapi gambar ini sudah menampakkan sedikit 
rupanya kann..

Serius teruja! Dengan kehadiran 2 ketul almari pakaian anak-anak dan almari pakaian kami, bilik ke-3 sudah berubah wajah. Ternyata bilik menjadi luas berbanding sebelum. Maka dengan keadaan ini, hasrat saya untuk menjadikan bilik ke-3 ini sebagai bilik tetamu 70% sudah terlaksana. Lagi 30% masih ada lagi beberapa barang yang tidak diperlukan di dalam bilik ini, masih difikirkan cara terbaik untuk melupuskannya. 

Sudah iklankan beberapa barang untuk dijual di dalam fb, dalam group Perabut Rumah Terpakai.. seperti tiada siapa yang berminat... :( Saya cuba di sini pulak la... hihihi


Ada yang berminat ke? Sy copy iklan di sini ye..

Assalamualaikum..
Jualan untuk kosongkan bilik pakaian. 
Ada sesiapa yang sedang mencari storage box untuk kediaman/office?
Harga storage box "baru" di luar sana agak mahal??
Kenapa tidak dapatkan storage box terpakai dan paling penting keadaannya masih lagi tersangat elok dan harga pun berpatutan..
Boleh email saya : dianaeusoff@gmail.com @ wasap saya 013-9659038.
Penghantaran boleh dibuat sekitar UKAY PERDANA sahaja! Nak datang ambil area rumah juga di alu-alukan.
Kawasan lain boleh cod dimana-mana kawasan yang dirasakan sesuai, Insya Allah (mengikut budi bicara).

Harga boleh nego nipis-nipis..janji jadi..😊




Rupa terkini bilik ke-3?


Rupa terkini - Barang-barang di sebelah kanan gambar yang ingin dilupuskan

Masih ada projek-projek kecil yang nak dilaksanakan untuk bilik ini. Tunggu tabung ayam penuh balik nanti, Insya Allah... :)

Nanti ada masa, saya share almari baru anak-anak ye.. Kat gambar terakhir pun dah nampak sipi-sipi kan... itu lah dia..






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015