Assalamualaikum…
Malam tadi kami menerima kunjungan dari mama, ayah, abang,
kakak putri (pengasuh Eusoff dan Elyass), mak dan kakak (Jiran kepada pengasuh
Elyass, tapi sangat rapat juga dengan Elyass)...
Alhamdulillah..
walaupun sudah 2 bulan tak bersua muka dengan Elyass, Elyass tetap kenal pada mereka..
dan Alhamdulillah juga, rasa sayang dan rindu mereka tetap ada pada Elyass.
Gigih dari Batu Caves datang ke sini semata-mata nak berjumpa Elyass. Terharu
rasa..
Abang Eusoff dah besar ni, kurang rapat dah.. Bila ditanya,
dia tahu siapa yang datang tu.. tapi kurang respond bila mama dan ayah nak
bergurau-gurau… dah besar, segan agaknya.
Teringat sewaktu umur Elyass dua bulan dan mama dah
nak masuk kerja selepas berpantang.. 13 Oktober 2014 (Isnin), tempatkan Elyass di rumah pengasuh baru, dalam taman
perumahan juga. Tujuannya nak pengasuh dekat-dekat dengan rumah.. senang bila
ada hal apa-apa, atau bila papa outstation, dekat nak mengambil Elyass. Tapi tak serasi pula. Baru cukup-cukup seminggu jaga Elyass, 21 Oktober 2014 (Selasa) direjectnya si kecil ni. Katanya Elyass ada sawan tangis.. menangis je
manjang.. susah dia nak buat kerja. Tapi, dia kata boleh je jaga sampai hujung bulan.. tapi mama, papa dah takde hati! Halal sahaja la bayaran penuh yang dah dibayar sebab katanya tak boleh pulangkan dah sebab sudah habis guna..
Kami redha je la.. walaupun sakit dalam hati hanya Allah
saja yang tahu, sebab perjanjian dah dibuat waktu Elyass masih dalam perut mama
lagi. Baru seminggu jaga, nak baby terus baik-baik..tak nangis. Secara
logiknya, bagi saya tempoh itu baby masih lagi dalam proses nak serasi-serasi
dengan pengasuh. Baby nangis selain dari lapar, tak selesa pampers, bermaksud
dia mahukan pelukan.. dakapan.. usapan.. Lama-lama bila dah serasi, Insya Allah
akan ok la. Takpe la… tak berjodoh kami nak kenal rapat dengan mereka.
Kalut kami mencari pengasuh lain. Tetiba teringatkan pengasuh
Eusoff dulu. Selepas maghrib 21 Oktober 2014 (Selasa) itu juga, dalam hujan lebat, kami pergi mencari mereka.
Alhamdulillah kami disambut baik.. dan mereka menerima Elyass dengan tangan
yang terbuka. Esok terus hantar je.. Hati kami pun lebih tenang berbanding sewaktu hantar kepada pengasuh sebelum.
Dan suprisenya.. takde pun complain dari dia Elyass menangis
teruk ataupun Elyass sawan tangis.. Katanya normal la menangis baby.. bila
pujuk-pujuk..peluk.. dia selesa, tak nangis dah la..
Betapa baby tahu yang dia sangat serasi dengan pengasuh yang
memang menerima baik kehadiran dia, sayang dan kasih padanya.
Alhamdulillah…sampai sudah mereka sayangkan Elyass..
walaupun dah tak menjaga Elyass dah pun. Semoga hubungan baik ini.. sampai bila-bila. Insya Allah.
Pengasuh yang sangat saya recommended! Ada yang sedang mencari pengasuh area Batu Caves/Selayang..?? Email saya ye :)
Arghhh... terthrow back kisah yang tak best.. maaf ye semua.. :)
No comments:
Post a Comment