28 May 2016

Abang dapat hadiah set alat tulis Minion

Assalamualaikum....

Semalam, hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah selama dua minggu... Yeayyyyyy.... Ramai dah balik kampung, cuma kami yang belum sempat nak balik kampung.

Planningnya nak hantar je abang ke sekolah seperti biasa.... Memandangkan yuran bulanan sekolah abang tetap macam biasa.. cuti sekolah ataupun tidak, dari pagi hingga la ke petang.

Planning la.. kejadiannya tengok la nanti macam mana. Sebab abang dah faham pasal cuti sekolah ni, nanti dia akan perasan ramai kawan yang tak datang ke sekolah, melainkan kawan-kawan yang satu pakej Zamrud dengan dia je yang akan ada.

Tengok la macam mana.. mungkin ada hari hantar dan ada hari tak, atau mungkin setiap hari akan hantar.. atau mungkin juga takkan hantar langsung jika abang berjaya memujuk rayu mama dan papa dia tak nak ke sekolah..

We will see..

Yang pastinya... abang perlu dijadualkan untuk menyiapkan homework dia yang sangat banyak itu. Tapi saya percaya, selagi tidak siap homework, hati Khilfi Eusoff tak akan tenang.. hihihi.. 

Semalam abang bawak balik "hadiah" dari sekolah. Katanya semua kawan-kawan dapat. Saya tak sure, sekolah yang berikan atau ada ibu bapa yang berikan.. Kadang-kadang tu banyak je abang dapat goodies bag sebab ada kawan sambut birthday katanya.

Abang sangat lah seronok dapat alat tulis Minion tu. Sekali dengan Kashfi Elyass pun seronok sekali! Berebut-rebut dengan abang Eusoff. Mujur abang mengalah je dengan adik.

Malam tadi selepas siap homework, kejadian ni.....

Set alat tulis Minion

Abang dah gantung kat tengkuk pun Elyass masih buat cubaan nak rebut.. Mencuba tangga kejayaan.. kan?

Budak kecik tu dah chop makanan dah...  Memang la budak kuat makan.. abang kurang gemar jajan..

Suka nak cuba-cuba pakai.. Kalau abang Eusoff tak pandang pun benda nih.. pelik katanya..









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015