08 May 2016

Selamat Hari Ibu 2016

Assalamualaikum...

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu yang sedang membaca entry ini. Semoga sentiasa terus cekal menjadi ibu yang paling baik untuk anak-anak kita. Insya Allah..

Saya sendiri pun.. masih cuba menjadi mama terbaik untuk Eusoff, Elyass dan Insya Allah adik-adik mereka nanti. Sekali-sekala dapat teguran juga dari en. Suami, kalau saya tersalah cara memarahi atau menghukum anak-anak. Masih banyak yang perlu diperbaiki di sana-sini.

Banyak yang saya belajar melalui kesilapan diri sendiri dari teguran en.suami. Terima kasih papa!

Al-Fatihah untuk insan yang paling bermakna dalam hidup saya dan suami, insan yang paling dihormati dan dicintai, arwah emak, Fatimah Binti W.Long dan arwah ibu mertua Normah Binti Ibrahim.

Rindu pada mereka sentiasa bertandang setiap hari dan setiap ketika pun..!

Setiap tahun menjelangnya hari penghargaan untuk semua ibu-ibu di dunia ini, suka saya membaca kembali entry-entry hari ibu khas untuk mereka yang sangat saya cintai ini, walaupun tika membaca pasti akan ada air mata yang mengalir.. 

2012 - Selamat Hari Ibu
2013 - Selamat Hari Ibu 2013
2014 - Kad kecil penuh makna sempena hari ibu 2014
2015 - Suprise sungguh tiada entry untuk tahu ini.. sibuk dengan anak kecil barangkali..


Tahun ini, tiada kad dari abang Eusoff, tapi satu ucapan yang amat bermakna dari seorang anak, terus menusuk ke jiwa mamanya....

"Happy Mother's day.. mama..."

Terima kasih sayang-sayang mama... Kerana kamu.. mama berstatus "IBU" pada hari ini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015