06 May 2016

Sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, untuk abang Eusoff

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat, hari penuh rahmat dan keberkatan.. Insya Allah.

Hari ni feeling-feeling seperti nak pergi kerja je.. Keluar sama-sama dengan papa dan abang, menempuh perjalanan yang sibuk dengan kereta. Lepas hantar abang ke sekolah.. kami berpatah balik ke Sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, Wangsa Melawati.. untuk bertanya urusan pendaftaran abang Eusoff untuk tahun 1 sesi 2017.


Untuk makluman semua ibu dan papa, yang masih tidak mendapat info.. pendaftaran sesi kemasukan tahun 2017 di seluruh Sekolah Rendah Agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, sudah dibuka sekarang, Mei 2016. Laju-laju pergi ambil borang kat sekolah dan register tau.. bimbang tempatnya terhad, tak ada penempatan untuk anak-anak kita bersekolah agama nanti. Katanya pendaftaran akhir adalah sehingga penghujung Jun 2016.

Pendidikan duniawi penting, pendidikan ukhrawi juga penting. Jom kita bagi 2-2, moga anak-anak pandai seimbangkan untuk membina sahsiah diri mereka masa-masa mendatang. Insya Allah.

Masa untuk mengisi borang... 


dan lengkapkan segala dokument yang diperlukan.....


Isnin nanti hantar borang yang dah dilengkapkan, Insya Allah..

Untuk pendaftaran Sekolah Rendah Kebangsaan untuk abang Eusoff.. ceritanya di sini : 
Selesai daftar persekolahan abang tahun 1, 2017

Sekarang dah Mei, berbaki 7 bulan sahaha lagi untuk abang Eusoff melangkah ke tahun 1.

Allahumma yassir wala yu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin..







1 comment:

  1. salam, boleh saya tau no talian Sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, Wangsa Melawati yang dimaksudkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015