Dalam sehari sangat banyak aktiviti yang Elyass akan buat.. dari pagi hingga la ke malamnya pula. Dalam pada dia fokus pada aktiviti yang dia sedang buat, masa tu saya akan laju-laju siapkan kerja yang tengah saya buat. Ada-ada masa, tergendala juga, sebab Elyass dah tarik tangan mama ajak joint sekali aktiviti dia.
Memang kena macam itu la... Kalau tak ikut kehendak lagi susah perjalanan sehari itu. Bila dah merajuk, ambil masa nak pujuk..kena layan dia mengamuk dulu. (Dah pandai mengamuk tau Kashfi Elyass niii.....)
Pagi ni, Elyass minta mama temankan dia main mainan. Cuba tinggalkan sekejap, dia datang tarik tangan mama ajak teman dia main lagi. Mama senyum je la sambil tangan cepat-cepat ambil hp untuk rakam la sekeping dua gambar untuk entry hari ini... :)
Duduk je dekat-dekat dengan dia.... dan Elyass ralit la main mainan dia sendiri. Tak susah mana pun nak melayan dak kecit ni. Temankan aje.
Gigih nak naik kerusi... dapat duduk elok-elok dah, dia mengadap mainan depan tu je la.. main tarik, tolak ke situ, ke sini bola-bola warna warni tu sambil mulut ngomel-ngomel bahasa dia. Ada-ada masa gelak.. buat lawak kot ehh...? hahahahha. Comel je tengok bila dia ralit betul main mainan. Mama buat-buat bercakap dengan dia pun, dia buat tak layan tau..
Dapat la dalam setengah jam duduk perati dia duduk main mainan depan mata tu. Kira lama juga la tu.. Boring agaknya benda sama, minta mama hulurkan box kayu tu pula. Keluarkan bongkah-bongkah kayu warna warni di dalamnya, dan dia cuba masukkan kot atap merah tu ikut bentuk yang sepadan. Mana yang dapat masuk, mama jerit cakap "pandainyaaaa.." tersengih nampak gigi kapak dua batang. Bila tak dapat masuk... uhh ahhh..uhh ahhh.. rupa macam stress dah. Hahahaaha
Dengan bantuan mama, semua bentuk dapat masuk dalam box balik dah... pandaiii..
Nampak muncung mulut tu?? Serius sungguh muka Elyass kalau dia fokus pada sesuatu..
Sudahnya dah boring main sambil duduk kat meja, dia ambil mainan dalam box pula.. Mainan la anak, janji nanti bila dah tak nak main... kita sama-sama simpan balik mainan kat tempat asal ye.....
Terkejut abang kang balik sekolah bilik bersepah... :)
Dapat la dalam 40 minit tertangguh kerja mama.. bila Elyass dah boring dan ajak keluar bilik... mama pun dapat la sambung kerja-kerja mama daa...
Elyass sambung tengok tv pulak tu.. citer kartun!
No comments:
Post a Comment